Wednesday, November 16, 2022

WW~ Jangan Sekali-Kali Kita Meremehkan Sesuatu Perbuatan Baik Walaupun Hanya Sekadar Senyuman



KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.

McDonald's pula tak pernah kata burger dia jauh lagi sedap dari KFC.

TETAPI keduanya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.

MERCEDES Benz tak pernah memburukkan kereta BMW.

BMW juga tak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES BenZ.

TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.

Kawan-kawan

Kita tak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita.

Kita juga tak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikkan kita.

Malah, Kita tak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan produk kita. 

Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Allah lah yang menentukan segalanya.

Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu untuk mencapai kejayaan bersama.

Kejayaan kita tak akan kekal dengan menghancurkan orang lain.

Kebahagaian tak akan dicapai dengan melukakan orang lain.

Rezeki kita juga tak bertambah dengan mencantas orang lain. 

Carilah BARAKAH dalam apa jua yang kita lakukan untuk BEKALAN kita dikemudian hari.


7 comments:

  1. Tapi kempen pilihan raya kali ni lebih banyak jaja keburukan pihak lain

    ReplyDelete
  2. Hot mama..cantik baju saya suka baju belang

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah.
    tq atas peringatan :)

    cantik baju kurung SA.

    ReplyDelete
  4. Betul sangat. Barulah sama-sama maju kedepan. Jangan kita dengki dengan kejayaan orang lain dan jangan memburuk burukkan.

    ReplyDelete
  5. Cantik baju...tambah seri si pemakai. Moga kita sama-sama berjaya tanpa ada rasa iri hati yang memudaratkan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah