Wednesday, November 16, 2022

Cara Mengurangkan Kesakitan Kaki Ketika Hiking

Assalamualaikum..

Hi korang...

Siapa di kalangan followers dan readers SA yang suka hiking?hari ni SA nak share tentang pengetahuan dalam dunia hiking...sedikit sebanyak insyaallah boleh membantu sekiranya kita menghadapi sedikit masalah ketika mendaki....



Semasa aktiviti hiking,gunakan tapak kaki depan untuk memanjat dan gunakan tumit untuk mendarat...ini skill asas bagi mereka yang nak bermula.sbb kalo kat sekolah dulu pon itulah cikgu sukan ajar. Semasa mendaki tiada impak yang banyak digunakan dalam hentakan...cuma banyak langkah yang perlu korang atasi seperti keadaan tanah yang bertangga yang memerlukan korang pya langkah yang stabil agar dapat menstabilkan badan korang...Dan ini memerlukan kekuatan lutut,tulang kering atau betis.jadi,sila buat senaman dahulu sebelum memulakan aktiviti.



Semasa mendarat pula,gunakan tumit sebagai landing gear..ini bagi memastikan lutut anda tidak cedera kerana impak hentakan boleh mengakibatkan kecederaan.bila korang guna tumit,maka hentakan itu ditampung oleh kekuatan peha.jika korang gunakan tapak kaki depan untuk mendarat,risiko lutut cedera amat tinggi.ini adelah hukum asas pergerakan.dan bole juga mengakibatkan cramp/kekejangan otot.Turun dengan kadar yang perlahan dan stabil,agar dapat mengurangkan hentakan dan menjaga kaki dari cedera.

Jangan turun bukit dengan laju kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan lutut dan sebagainya.


Gunakan pokok-pokok sebagai penahan impak badan ketika menuruni bukit.ini dapat mngurangkan risiko kelajuan impak dan seterusnya mngurangkan bebanan yang kaki kita tanggung

Cuba kecilkan langkah korunk dalam proses menuruni bukit.Jangan besarkan langkah kerana banyak risikonya seperti kekejangan dan ketidakstabilan.

Sapu minyak panas atau bam panas atau lotion mustajab sebelum memulakan aktiviti hiking.ini dapat membantu melancarkan peredaran darah agar dapat mengurangkan rasa nyeri pada otot kaki

Stabilkan pernafasan semasa menaiki bukit.Kawal pernafasan kerana ia amat membantu pergerakan.Bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut.Ini juga adelah asas pernafasan yang betul.

Kurangkan bebanan yang dibawa semasa mendaki.Aku cadangkan cukup bawa minuman isotonik dan makanan roti pada kadar sederhana saja.Ini bagi membantu badan agar larat untuk memikul gerakan.Bergantung juga pada ketinggian bukit atau gunung. 

Gunakan bag yang sesuai untuk memudahkan pergerakan.Seperti bag hydrapack DEUTER MOUNTAIN.rekaan nya mmg sesuai untuk hikers and trekkers keran bagnya telah siap waterbag dan corong air untuk korang minum melaluinya.jadi tak perlu bersusah payah nak kuarkan botol air dari belakang bag.Kat uptown ade jual dgn harga sekitar RM80.Ini juga terpulang atas kemampuan masing2.

Pakai seluar yang selesa dan tidak ketat.Ade terdapat jenis seluar yang khas untuk aktiviti hiking n trekking.harga sekitar rm80-100..Ini amat membantu.TRUST ME!

Gunakan kasut yang sesuai.Yang mempunyai tapak berlawan arus yang cengkam dan khas untuk hiking.Ini bagi memastikan cengkaman kukuh jika melalui trekk yang basah atau licin.Juga yang mempunyai kadar keselamatan yang tggi untuk mengelakkan kecederaan jari kaki.Jangan gunakan sandal pd aktiviti lasak atau di hutan yang agak banyak rintangan pada trekkingnya

Pakailah sarung tangan yang grip agar dapat memaut dengan kemas dan juga melapisi tapak tangan anda dari cedera semasa menahan impak lambungan jika menuruni bukit.Ia juga sebagai safety precaution.


Tips untuk semua newbie hiking dikongsikan oleh Suriaamanda


7 comments:

  1. Good tips... Last hiking ni zaman muda mudi masuk keje je.. Lps tu jadi malas dah heheh

    ReplyDelete
  2. belum pernah rasa pengalaman hiking..perasaan nak cuba tu ada

    ReplyDelete
  3. Ammi last hiking (ahaksss hikinglah sangat) masa masuk BTN. pastu takde

    ReplyDelete
  4. dah lama tinggalkan aktiviti hiking ni. Sekarang ni lebih suka briskwalk saja.

    ReplyDelete
  5. good sharing.. tq. MA x minat sgt hiking ni....jogging & brisk walk je la
    bila kita nak gather2...roger2 ek... tunggu kak SA sihat betul2 dulu

    ReplyDelete
  6. dah lama tak hiking, nak dekat 3 bulan dah..

    ReplyDelete
  7. Dulu suka hiking tapi sekarang berat betul nak hiking. Ada juga beberapa hiking gear, stick dan gloves. Biasa jadi kalau nak turun tu lah. Susah juga nak guna tumit..Langkah kecil tu membantu juga walaupun lambat sikit. At least kurang sikit rasa sakit kaki.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah