Wednesday, November 16, 2022

Melayan 2 Beranak Ni Makan Di AZ Steak House Senawang

Assalamualaikum...

Bulan lepas punya cerita...scroll gambar dalam handphone tengok eh ada gambar ni...dan ada gak gambar SA bawak diorang jenjalan kat Nabila Farm...tapi tengah tak rajin ni nanti la kita share ye....kita share yang ni je dulu...Korang pun yang follow SA memang sedia maklum yang SA akan berkahwin semula nanti tahun depan insyaallah....ini adlaah pertemuan pertama SA dengan bakal anak tiri SA. Khalaf Zikri...first time jumpa dan dia datang sekali dengan Babahnya masa first time jumpa family SA October lepas..

Balik kerja diorang amik SA kat KTM dan SA bawak diorang makan kat Senawang. Sebenarnya SA blur tak tau nak bawak diorang makan kat mana...sebelum makan check in hotel untuk diorang dulu then baru makan kat area Senawang...AZ Steak House Senawang jadi pilihan.. Kesian diorang dah lapar kan sebab terkandas jammed masa tu...maka terjadilah perjumpaan pertama SA dengan bakal anak tiri...menyantuni Khalaf yang sedikit lasak tapi mendengar kata....Bagusnya Khalaf ni dia cepat mesra...dengan anak- anak buah SA si Opick dan Aydan pun boleh mesra cumanya beza umur diorang agak jauh...



Selfie is a must


Yeayy...jumpa lagi...kali ni bawak anak plak...


Tak duduk diam si Khalaf tu...usia baru 9 tahun dan suka explore


Menu SA lamb chop


Khalaf makan chicken chop

 Babahnya makan apa ntah..beef steak siap ada nasi kalau x salah SA....


Lepas tu dia mintak suap plak...nak makan lamb chop SA...SA layankan aje...


Sampai la habis lamb chop baru berhenti....

First time jumpa dia dan dia tak kekok pun dengan SA...SA plak memang dah biasa dengan budak- budak...mana yang x betul tu SA akan slowly tegur la...so far Khalaf okey boleh terima SA dan SA pun ok boleh terima Khalaf...Dania pun ok dengan Khalaf cuma masa tu jumpa kejap aje...so x sempat nak beramah mesra dengan kakak Dania sebab kakak kerja...he keep on calling Kakak Dania as Damia...sabar jer la...SA memang la x pernah ada anak lelaki kan...tapi SA ada ramai anak buah lelaki so SA takde la rasa kekok..Khalaf pun panggil SA "aunty mama". Khalaf ni sepenunya bawah jagaan mommy dia..sesekali bila cuti baru Babah dia amik dan jaga...bagus la macam tu kan..walau dah berpisah tapi kebajikan anak tetap di bawah tanggungjawab mereka.

Korang kalau bercuti ke Seremban dan x tahu nak makan kat mana boleh la cuba AZ Steak House Senawang ni...sedap pun sedap..harga pun berpatutan dan servis pun cepat giler....pantas....


AZ Steak House Senawang
 12-G JALAN BPS 3, BANDAR PRIMA SENAWANG, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Hours: 
Open 1.00pm  Closes 11:30PM
Phone: 019-661 4120


11 comments:

  1. halah halah...... manjanya khalaf ni... nasib baik papa khalaf x mintak suap jugak.. hihihi.. part servis cepat giler tu yg menarik... selalunya kedai western ni slow melow je

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi, tergelak baca komen Kak Mim sampai kita lupa dah apa ayat nak komen, hahaha.

      Delete
  2. sedap ker? x pernah lagi makan kat situ..lalu je selalu

    ReplyDelete
  3. tahniah untuk awak... semoga semua berjalan lancar

    ReplyDelete
  4. alolo manja aunty mama ye tak lama lagi boleh jadi bodyguard aunty mama&kakak dania

    ReplyDelete
  5. dekat amat dengan rumah saya ni SA hihihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki SA. Moga mudah segala urusan ya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah
    semoga segala perancangan ke jinjang pelamin dipermudahkan, amiinnn

    ReplyDelete
  8. Macam best je makanan kat situ. Yang penting servis cepat.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.
    bersama anak si dia, kita layan mcm anak kita, kan :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..serasi bersama. Semoga perjalanan seterusnya dapat mengeratkan perhubungan. Aamiin...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah