Tuesday, April 18, 2017

Nasi Goreng Ikan Sardin Ayam Brand Dalam Minyak Zaitun

Hi korang...

Sejak dapat sekotak barangan Ayam Brand bersempena dengan Sambutan Ulangtahun ke 125 Tahun, SA jadi pening nak masak dan pelbagaikan menu Sardin...semuanya menduga dan memberi cabaran buat SA untuk mencipta resepi.

Sebelum kebuntuan semakin melampau...jom la SA kongsi menu yang dah biasa orang buat tapi kali ni SA guna barangan yang dibekalkan iaitu Ikan Sardin Dalam Minyak Zaitun.Ikan sardin Ayam Brand sememangnya kaya dengan OMEGA 3.


Bahan- Bahan untuk membuat Nasi Goreng Ikan Sardin Dalam Minyak Zaitun.

  1. 1 pack Ikan Sardin Dalam Minyak Zaitun ( di hancurkan)
  2. 3 Ulas bawang putih
  3. 2 Ulas bawang merah
  4. Cili Thai 6 Biji
  5. Sayur kobis dihiris halus
  6. Semangkuk Nasi

Cara Masak
  1. Bahan 2-4 di tumbuk halus
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau..
  4. Masukkan sedikit garam
  5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan
  6. Masukkan sayur kobis
  7. Masukkan nasi dan gaul rata
  8. Gaul sampai semua bahan mesra
  9. Padam api dan sedia dihidang.
  10. Boleh taburkan bawang goreng kalau suka
  11. Boleh hiriskan telur dadar juga



Senangkan?

Selamat mencuba ye korang.....

" Canned food is not only the safest means of conserving food, it is regarded by scientists as the best means to protect most nutrients, especially those sensitive to air oxidation, like vitamins or Omega-3.
Ayam Brand™ guarantees NO preservatives, NO added MSG and NO GMOs in all its canned foods."

Info lanjut tentang  AYAM BRAND boleh layari :

Website : http://www.ayambrand.com.my/
Instagram : @ayambrandMY

25 comments:

  1. pandai kak SA cipta resepi hehe kena cubalah nanti :D

    ReplyDelete
  2. dkna baru menjinak diri masak nasi goreng ikan sardin ni...sedap rupanya.. tambah cili lebih, pergh ! makan tak ingat dunia heheee

    ReplyDelete
  3. wah hari2 mkn sardin.. Siyokkk.. feberet lea sardin..

    ReplyDelete
  4. Senangkan? Nasi dan lauk sudah bersatu, tinggal nak suap ke mulut je... :)

    ReplyDelete
  5. alahai nampak sedap kak. mintaaa hehe :P

    ReplyDelete
  6. mmg sedap bt nasi grg sardin kak, dana biasa jgk bt gitu... org kt umah tu pun suka
    ... tak pun bt kuah spageti sardin...

    mmg tak nyesal cuba

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. Lama dah tak beli sardin.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Wow..nice...makan panas-panas berulamkan timun..yang biasa nasi goreng ikan bilik..kali ni nasi goreng ikan sardin.. :)

    ReplyDelete
  9. kite buat masak kari je sardin tin beso tuh SA, senang keje

    ReplyDelete
  10. dapat makan kak sa masak lagi sedap dari masak sendiri. hehe

    ReplyDelete
  11. Tak terfikir boleh buat nasi goreng. Selalu org buat sandwich je kan.

    ReplyDelete
  12. yanie pernah buat guna sardin tapi bukan nasi goreng.. buat macaroni goreng sardin hihihi..sedapp...

    ReplyDelete
  13. sedap nampak SA goreng nasi guna sardin..kita xpndai dan risau hanyir..nti nk.cubala

    ReplyDelete
  14. Lama jugak tak merasa nasi goreng ikan sardin ni.

    ReplyDelete
  15. Haiii sedapnya nasi goreng sardin. Lama tak masak nasi goreng sardin.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya, nak cuba nanti buat Nasi Goreng Ikan Sardin..

    ReplyDelete
  17. sdapnya..nnt nk buat jgk lah..:)

    ReplyDelete
  18. kreatif SA masak..Kalau saya, blur dah nak masak apa...

    ReplyDelete
  19. sedapnya lahaiii...tetiba rasa lapooo...huhuhu

    ReplyDelete
  20. ikan sardin kegemaran semua, sedapnya SA, terliur baca entri ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah