Monday, April 10, 2017

PR MLM Memperdaya Blogger

Hi korang...

Maybe korang ada terbaca tentang kisah PR sebuah company MLM yang memperdaya blogger dengan menjanjikan product review berbayar tapi hakikatnya indah khabar dari rupa..semua tu tak wujud sebaliknya blogger di perkenalkan dengan program affilate diorang..
Kenapa SA cakap macam ni..sebab SA antara yang menjadi mangsa...sedih kan?sedih la bila SA dari opis..penat bekerja..terus shoot pi Bangsar semata2 sebab product review..sesampai je kena tunggu lagi dlm 20 minit sebab PR tu stuck traffic jammed.Lepas dh jumpa dia bawak pi Paparich kat tingkat bawah tu untuk discussion..eh mana blogger lain..xde..SA sorang je rupanya..then ingat dia nak order air ke apa..eh tak...dia terus bentangkan topic asal dia..dari satu penerangan sampai la satu penerangan di mana dia memperkenalkan program affiliate yang menjanjikan pulangan yang hebat..so blogger yang aktif memang menjadi tumpuan mereka..dia cakap dh ramai blogger yang sign up program affiliate diorang which is SA tau mmg takde..
Lepas dah habis penerangan tu ingat dia nak order la secawan 2 coffee ke..eh...x jugak...dia terus ajak pi showroom..di situ la semuanya terjawab..dia cakap kena purchase product dan bla..bla..bla..SA ckp i lebih berminat utk product review so boleh x i nak tau tentang product review..oh..kalau product review katanya supervisor dia yang handle..sekarang xde sebab outstation..nampak x kekeliruan disitu.. kalau product review  pihak company nak check dulu traffic blog dan macam2 la which is bayaran cuma dpt sekali..kalau affiliate pendapatan berterusan cuma SA kena jual product dan dapatkan lebih ramai downline...
Hati dah sakit...so SA buat drama skit..SA ckp kena balik dan bincang dengan husband dulu..SA x boleh terus2 setuju..terus SA cakap husband dh sampai dan dah tunggu...dia macam x puas hati..tapi SA nekad..apa nak jadi, jadi la..SA kena keluar dari situ jugak..300 product yang tidak dijual kepada orang luar kecuali yang ada membership...Ada jugak kawan blogger yang dh isi borang dan ada yang terpaksa beli barang..ada jugak yang sempat SA dan kawan2 yang terkena inform kat FB...SA memang rasa sangat2 tertipu..2-3 hari lepas tu PR tu call tanya keputusan SA..SA ckp i x decide dan tak berminat..dia kata takpe..take your time..bila dah ada keputusan inform dia...
Memang x la SA nak call...
Tarik perhatian blogger dengan ayat PRODUCT REVIEW & COLLABORATION PROJECT WITH BLOGGER.. memang modus operandi diorang berjaya tarik ramai blogger..tapi ramai yang tertipu...tak tau la apa nasib yang dah isi borang..ada yang kena beli product jugak dengarnya...Mana yang dah register kena la buat tindakan susulan..kalau tak sure masalah tiba di kemudian hari..the best part dia siap bg tau nama- nama blogger popular yang dah join affiliate dia ni..itu semua sebab apa..sebab dia nak kita betul2 yakin dan terus join.senang kan kerja macam ni...

So korang kalau dapat offer melalui FB korang especially melalui messengger dan ada gambar product essential oil...tolong la jangan reply...tapi kalau korang nak cuba jugak...terpulang...SA hanya berkongsi pengalaman...

29 comments:

  1. teknik dan taktik orang meniaga.. penuh strategi dan tipu daya.. berhati macam mana pun kadang terkena jugak

    ReplyDelete
  2. kena hati-hati sekarang ni,ramai benau yang gunakan blogger untuk kepentingan sendiri

    ReplyDelete
  3. Ada jugak kena approach PR ni. Dia cakap datang untuk product testing. Bila tanya pasal payment, dia jawab will discuss after product testing. Rasa macam ada something wrong,terus reply not free.

    ReplyDelete
  4. dapat jgk..tp dok jauh..tu dia krik2 skit..:)

    ReplyDelete
  5. ada bc kt fb blogger share psl isu ni...truk btul mempergunakan blogger

    ReplyDelete
  6. Kenapalah macam tu..ambil kesempatan..sungguh!jadi blogger bukan kerja mudah..janganlah ambil kesempatan dan guna jalan pintas.

    ReplyDelete
  7. dengar gak citer ni dari rakan blogger. kena hati2lah

    ReplyDelete
  8. menggunakan org utk kepentingan sendiri. jahat sungguh. selamat SA tak tertipu.

    ReplyDelete
  9. Macam-macam cara manusia hendak memperdaya sesama manusia... :(

    ReplyDelete
  10. pandainya depa nih... nk suh jual brang MLM tp nk pancing blogger...
    sbb SA kn ramai followers itu yg nk mengena tuh...

    nsb SA lg bijak dr depa kan, mcm2 btl kan

    ReplyDelete
  11. Teringat pulak zaman2 hampir tertipu dengan MLM. Ahahah siap pergi penerangan tapi buat muka dekkk langsung tanak join..hahaha. geramla kot orang yang bawa kita tu..

    ReplyDelete
  12. thanks for the info akk....more careful..
    nieyl klu lain macam emel tu...
    nieyl akan text blogger lain..minta pandangan...huhuhu...
    sbb mcm nieyl lagi la jenis x biasa sgt berurusan dgn PR ni..

    ReplyDelete
  13. Hampir2 terkena jugak nasib baik bila dia ajak datang untuk produk testing, saya tak berminat sbb hari kerja..lepas tu dia suh inform kalau free time weekend, nanti dia set kan..tapi hati macam tak berapa nak berminat sangat terima offer dia tu...sekali terbaca bro up status pasal ni..fuhhh..nasib baik tak terkena..macam2 dorang ni nak menipu kan...

    ReplyDelete
  14. Dapat gak SA. Bila dia suruh datang, memang tak boleh la. Dok jauh. Pastu tak reply dh mesej dia...

    ReplyDelete
  15. kit atak dapat..tapi sedih dengar mereka yang dah diperdaya

    ReplyDelete
  16. Kak Sue ada juga baca kawan bloggers share di facebook.. nasib SA tak tertipu..

    ReplyDelete
  17. Mujur elsa tak kena. Elsa ada baca jugak blogger lain yang terkena. Aduhai macam macam orang zaman sekarang

    ReplyDelete
  18. Br perasan PM dia...xde selera nk jwb hehehe

    ReplyDelete
  19. De baca dri rkn2 blogger lain.. hrp bloger lain hati2 lps ni

    ReplyDelete
  20. Dapat jugak. PM dari 2 org yg berbeza untuk produk yg sama. Nasib tak jebak lagi.

    ReplyDelete
  21. Huhuhuhu kesian kat blogger yg terkena kan kak...

    ReplyDelete
  22. Huhuhu..
    AM xda lagi yang PM personal nie..
    Minta2 d jauhkan lah dari masalah cam nie..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  23. aduhaii ramai sangat orang nak ambil kesempatan..hati2 SA..tq for sharing..

    ReplyDelete
  24. menakutkan..dorang ni suka ambil kesempatan ke atas blogger.

    ReplyDelete
  25. Ish macam-macam orang sekarang ni. Mintak dijauhkanlah.

    ReplyDelete
  26. Macam² la..ada juga orang yang nak ambil kesempatan camni

    ReplyDelete
  27. Yeah!! That's right. LeYa pun dah terkena.. Dari Klang, LeYa ade event time tu terpaksa keluar awal sbb ade temujanji dengan dia. Sampai2 tengok tak de blogger lain. Just jumpa dekat Oldtown bahagian bawah je.. pastu pegi showroom die.. Melaleuca... Memang tak la LeYa nak join.. LeYa pun bukan la blogger kaya mampu nak beli produk die.. hoho...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah