Friday, April 28, 2017

Tarikan Baru Di Muar Don Hu Jurassic Park Garden

Hi korang....

Hujung minggu lepas cuti panjang 3 hari kan so SA dan family habiskan cuti ke Muar. Eh kenapa Muar..pergi rumah adik lelaki SA kat sana...ikutkan SA dilanda demam masa tu tp gigih la SA melayan anak-anak SA kat sana..SA x berjalan pun kat sana..lepak rumah and pi pasar je..ntah kenapa mood nak berjalan xde..lebih pada lepak..so xde la gambar banyak..SA sempat bawak anak- anak berjalan kat Don Hu Jurassic Park Muar di Sabak Aur Muar..SA baru tau wujudnya tempat ni yang dikatakan dh viral kat media sosial..ntah bila viral x tau la..maybe SA terlepas pandang..semangat nak pi sini berkobar - kobar bila si kembar excited nak pi..SA ikut je la..masa tu tengah weng demam kan...sampai je..dari jauh dh dengar bunyi Dinasour..apa lagi...meraung menjerit la si kembar ketakutan..Si Qhaira tengok si kembar menangis macam kena rasuk terus dia pun berubah muka..at lasr si kembar x masuk pun taman ni..takut..apa la..itupun takut....so bawak Qhaira dan Dania je masuk....

Jom tengok gambar....


Seee...masuk percuma..patut la ramai yang terjah...memang banyak ukiran Dinasour seolah2 memang hidup..ditambah plak dengan bunyi dan suara real Dinasour..memang rasa masuk di alam lain tau..minat mendalam terhadap haiwan pra sejarah mendorong pengusaha pokok semaian Dato Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif mewujudkan Don Hu Jurassic Park Garden yang ditempah khas dari Guangzhou China. Wujudnya taman Dinasour ini berjaya menjadi tarikan pelancong sekitar Johor Bahru dan negeri berdekatan...


Qhaira ketakutan di teman Atuk..tengok muka dah lain macam...puas Atuk pujuk bergambar..


Dengan kakak Dania...terus terlepas tangisan ketakutan...hahahaa...puas yakinkan dia itu semua patung aje...


Si cantik mama sorang ni x yah cakap la...memang excited sentiasa


Dania di sisi Dinasour


Abaikan muka SA yg tengah demam...


Nampaknya kakak Dania terlebih happy..Qhaira masih blom dpt mood


Cantik gambar ni..nanti nak print la..


Kakak mmg x yah ajar pose..pandai aje


Seram tgok Anaconda tu ha...


Eh comel la..x tau nama..patut owner letak nama2 jenis Dinasour kat sini..at least memang boleh tambah pengetahuan pengunjung especially anak-anak..kan?


Kakak dalam pose bagi makan Dinasour..amboi..macam nak bagi ayam makan je kakak..


Yang ni mmg nampak real..seram kalau betul2 hidup


Dengarnya taman ni luas dan owner tempat ni sedang tambah beberapa bahan tambahan untuk menarik perhatian lebih ramai pengunjung..asalnya taman ini merupakan nursery pokok semaian dan masih menjual pokok-pokok..bahagian dalam taman ni disediakan mini cafe, gerai jualan cenderamata berunsurkan haiwan pra sejarah dan t-shirt. sambil melawat boleh la membeli belah kan...nanti kalau dah bertambah bahan pameran sure tempat ni lagi mendapat tumpuan pelancong....

Bayaran masuk adalah PERCUMA!!!!

Best kan?

Kalau korang nak rasai pengalaman berada di dunia dikelilingi haiwan prasejarah

Jom terjah

Don Hu Jurasssic Park Garden Muar
2700, Pintasan Muar
Kampung Sabak Aur
84000 Muar
Johor

Waktu operasi : 8.00 pg - 8.00 mlm



10 comments:

  1. Best nya. Pandai dan kreatif owner tu nk attrack org ke sana. Nk singgah lah nnti kalau ke segamat. 😍

    ReplyDelete
  2. Waa.. Macam best ja. Save dulu tempat ni, boleh la gi lawat nanti..

    ReplyDelete
  3. best kan ada tpt cenggini dan percuma

    ReplyDelete
  4. Bawa anak kecil mesti tak nak dekat ni.

    ReplyDelete
  5. Baru mummy tau ada tempat mcm ni.. bila-bila free wajib pi ni... Syok! Hero2 mummy mesti suka

    ReplyDelete
  6. Perghhh FREE tu yang syokkk... hahaha :P

    ReplyDelete
  7. alamak malu je orang johor tak sampai sana lagi hahaha

    ReplyDelete
  8. Seronok laa kakak dania dan qhaira boleh jalan2..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah