Saturday, April 1, 2017

Resepi Udang Sweet Sour Tomyam

Dari Dapur Suria Amanda



Hi korang...

Dah makan? Apa menu hari ni?

SA hari ni masak simple je..tapi banyak la menu masak..ada 4 lauk..tapi nak up resepi yang baru SA cipta ni ha...udang sweet sour tomyam...eh macam mana plak tu?haaa...tiba2 terlintas di fikiran nak olah skit menu udang..asyik buat sambal je kan....SA rasa menu ni simple je serta tak susah nak cari bahan..apa yang ada je kat dapur dan kena kreatif sikit maka jadi satu resepi...sedap dimakan bersama nasi panas...

Jom tengok resepi..

Bahan- Bahan


  1. Udang Besar 15 ekor ( nak buang kulit/tidak terpulang)
  2. 1 inci halia - ditumbuk
  3. 1inci kunyit hidup -tumbuk
  4. 2 ulas bawang putih - tumbuk
  5. 3 ulas bawang kecil - tumbuk
  6. 2 sudu sos cili
  7. 2 sudu sos tomato
  8. 1 sudu pes tomyam
  9. 1 sudu sos tiram
  10. 1 tangkai serai diketuk
  11. Daun limau purut (jika ada) SA x guna sbb xde
  12. 1 biji bawang besar hiris bulat2
  13. 2 biji cili besar belah 2 untuk hiasan
Cara masak

  1. Tumis bahan 2-5 sampai naik bau
  2. Masukkan sos cili, sos tomato,pes tomyam dan sos tiram
  3. Masak sampai sedikit kering
  4. Masukkan air sedikit
  5. Masukkan udang gaul mesra
  6. Masukkan serai , daun limau purut dan bawang besar yg dihiris bulat..
  7. Hidangan ini x perlu letak garam sebab pes tomyam dan sos tiram dh masin
  8. Masukkan cili besar
  9. Siap dan boleh dihidang

Alhamdulillah siap resepi baru dari SA...hidangan untuk 7 orang makan...

Selamat mencuba ye.....

20 comments:

  1. assalamualaikum SA...wow !! terliur tengok ni...sedapnya...:)

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak. Ana dah lah hantu udang 😋

    ReplyDelete
  3. boleh try ni.. bahan2 pun senang je nak dapat..

    ReplyDelete
  4. It has been a while fae tak mkn udang as main dish

    Pos ke brunei kak hahahahah

    ReplyDelete
  5. Terima kasih SA untuk resepi yang sedap ni..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, nak cuba lah nanti.. tq for sharing SA :)

    ReplyDelete
  7. wah macam sedappp je lah udang tu SA
    biasa akak selalu masak butter prawn je
    boleh try sweet sour ni pulak next time

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar macam sambal udang ..sekali dah habis baca resepinya..baru tahu...boleh try lepas ni ..bahan pun mudah dicari

    ReplyDelete
  9. mak aii..sdapnya..:)

    Akak ni satu link entry review hadiah yang akak bagi tu : http://norminieza.blogspot.my/2017/03/hadiah-lagialhamdulillah.html

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaaa...terus rasa lapaq ni huhu

    ReplyDelete
  11. x pernah lagi masak udang sweet sour tomyam ni

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar.. sedapnye tengok gambar tu.. Menyelerakan.. Kena cuba nti ni.. :)

    ReplyDelete
  13. Adoii laa lapar plak memalam buta ni duk tgk udang huhu

    ReplyDelete
  14. Boleh bookmark ni.. Nanti nak try.. Heee

    ReplyDelete
  15. sedapnya, hujan hujan macam ni terliur pulak ><

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah