Monday, February 19, 2018

Menu Simple Sepanjang Cuti Chinese New Year

Hi korang...

Awas entry ni bakal buatkan korang lapar dan terliur..hehehe..cuti CNY lama kan..macam biasa la kalau dah berkumpul tu sure la aktiviti makan..makan dan makan...lepas tu aktiviti ternak lemak ni memang menjadi kewajipan...eleh...korang pun sama kan...sure ada aktiviti makan- makan yang kalau SA ternampak lalu lalang kat timeline media sosial..buat SA terliur dan lapar je..

Cuti CNY SA tak kemana- mana..memang lepak jer kat rumah dari raya pertama sampai raya ke dua..raya ketiga semalam baru la keluar rumah kejap bawak mak yang tak sihat balik kampung. Dia nak makan kat kampung katanya..biasa makan ramai- ramai kat rumah sendiri..tapi semalam adik beradik dah balik rumah masing- masing..tinggal la kami 4 beranak..memang takde selera la nak makan..Mak plak tengah batuk teruk..lagi la selera makan takde...

Jom tengok apa yang SA masak


Pagi Jumaat suruh adik bongsu beli roti canai...pagi- pagi tu masak kari ayam untuk makan dengan roti canai..apa lagi..menu kari ayam bawak ke tengahari


SA up dengan sayur buncis goreng


Ikan masin goreng...


Pagi tu pun buat kuih keria...tapi tak sira ngan gula melaka la..sira ngan gula putih


Menu malam semalam..Ikan tilapia sweet sour...ikan tu abah pancing..besar..berat dalam 900gram


Balik kampung adik sepupu buat tomyam ayam..


Ada lauk tempoyak daun kayu


Sambal gesek


pucuk ubi celur


sambal belacan ni SA buat...

Alhamdulillah berkumpul semalam selera masing- masing makan..terutama mak dan abah...bukan main lagi berselera diorang makan. Lepas dah makan SA plak buat photoshoot produk- produk untuk review. Saje je buat semua kat kampung senang kerja nanti. Ada 2 produk belum settle sebab tunggu greenlight..yang lain semua dah settle dah..tunggu payment jer lagi..hehehe...so lepas ni banyak la entry santai kat blog SA ni...korang jangan marah plak kalau banyak entry masak memasak..lama dah niche Food Blogger ni senyap sepi jer kan...pas ni nak pi buat JJCM semula...

Jumpa lagi next entry ye....

34 comments:

  1. Amboi semua sedap-sedap nie SA.. laparrrr..

    ReplyDelete
  2. ALAMAKKKK....SEDAP2 LAH MENU NI...OK DAH ADA IDEA NAK MASAK APA...HIHI

    ReplyDelete
  3. Selamat dah kenyang masa buka entri ni. Kalau tak menangis tgk semua lauk2 tu.

    ReplyDelete
  4. Aduhhh sedap tengok terliur dekat ikan kering sambal tempoyak tu

    ReplyDelete
  5. Sdpnya menu...sambal gesek tu pergh...

    ReplyDelete
  6. Sedap2 semuanya
    Pilih ikan tilapia sweet sour dengan ulam pucuk ubi cicah sambal belacan.

    ReplyDelete
  7. Kak SA ni kannnn.... Memang sengaja ni buat LeYa nak mencari makanan... Kan dah lapar...hehehe..

    ReplyDelete
  8. sedapnya semua..makan ramai² berselera ni..mau tambah nasi lagi

    ReplyDelete
  9. Kakkk lauk tempoyak daun kayu tu buat orang terliur. Sedapnyaa! Kuih keria pun sedap, lama tak makan.

    ReplyDelete
  10. Sedap semua menu SA masak tu, kalau Bonde mmg membuak-buak rasa nak makan.. Bukan sahaja bertambah nasi n lauk tak tau berapa kali repeat masuk dapur hu hu hu dapnye pucuk ubi rebus tu.

    ReplyDelete
  11. Heheheeh akak, saya dah kering idea nak masak. Tapi memang seronok la tengok mereka makan. Masak lauk kampung lagi berselera. Gulai lemak semua tu. Yummmmm. Ulam dan sambal belacan jangan dilupa hehehe.

    ReplyDelete
  12. menu simple ke ni? rasa macam dah bersyukur Alhamdulillah dapat menu macam ni lebih lagi pucuk ubi celur tu ! yummeh ! Ni nak kena cuba ni, I pula masa CNY I masak ikan kerisi goreng sayur campur sambal belacan hahaha memang nikmat, thanks for sharing kak SA

    ReplyDelete
  13. Lauk pauk sedap sedap belaka. Ya ampun! Kecur tengok

    ReplyDelete
  14. Lauk tempoyak tu sgt mengliurkan huhu..sedap nya kak..ni simple pun dah sedap..yg complicated tu lagi bertambah sedap lagi tu hahha

    ReplyDelete
  15. Tak ke mana jugak cuti CNY haritu. Duduk mereput jer dekat rumah. Allahu... Semua lauk pauk tu buat kecur ailio. Especially tempoyak daun kayu tu. Dah lama tak makan. Kat kedai pon susah nak cari. Nak buat sendiri tak berapa pandai.. Huhuhu... Semoga mak SA cepat sembuh.

    ReplyDelete
  16. Memang SA...anda dah buatkan saya terliur di sini dengan melihat sambal, ikan kering anda masak tempoyak tu...3 ni pun dah cukup buatkan saya terlior tau...huhuhu

    ReplyDelete
  17. menu ni selera org kg, Alhamdulillah dapat menu mcm ni tmbh plak time cuti ni, mmg nikmat sgt masak ikan goreng,sayur campur sambal belacan. Tq k SA

    ReplyDelete
  18. Simple tapi meriah! Saya suka! Haha... Tengok amaran ayat pertama lagi rasanya setiap entri resipi dan masakan akak memang buat kecur liur lah. XD

    ReplyDelete
  19. Kenapa tak jemput saya datang rumah 🙈 Ya Allah nampak menyelerakan sangat. Lagi2 kuih keria tu

    ReplyDelete
  20. OMG! So meriah all the hidangan! Ikan tilapia sweet sour tu mengancam my nyawa...T.T lapar~~~~

    ReplyDelete
  21. Fuhh memang kecur air liur SA hoii..
    meriah makan macam ni, nak nak makan ramai-ramai kan. Memang berselera btol..

    ReplyDelete
  22. huk huk huk.. nak menangis tengok gambar-gambar kat atas ni.. semua nya menun yang TB suka kak oii.. semuanyaaa.. percaya takkk.. semuanya.. hahaha.. semua nampak sedap.. pucuk ubi kayu tu.. apa lagi.. adoi.. semua sedap.. kan best kita dok dekat2.. ehhh.. hahahaha..

    ReplyDelete
  23. Semua menu ni terliur dan terangkat. Makan dengan nasi putih mesti tambah 2 3 kali ni. Sedapnya.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  24. Why oh Why Kak SA? Sedapnya lelauk sebegini sebab Rawlins suka masakan simple and kampung sebegini. Memang makan bertambah dan tak pandang kiri kanan pun.

    ReplyDelete
  25. Lauk simple tu yang sedap tu kak. bertambah selera bila makan beramai²

    ReplyDelete
  26. Lauk kg mmg sedap, lagi-lagi kalau ada sambal belacan. Bertambah-tambah nasi.

    ReplyDelete
  27. Kemainnya akak. Boleh bukak kedai dah ni. Saya tengok pun terliur je rasa.

    ReplyDelete
  28. Wah macam semua sangat menyelerakan, time macam ini i suka ikan masin goreng with sambal belancan, ulam and nasi panas

    ReplyDelete
  29. Amboi raya cina, dia masak kaw kaw punya ek... kita raya cina masak biasa2 je.. sebab makan sendiri... wife kerja...

    ReplyDelete
  30. Walaupun simple tetap meriah menu makanan akak..kemain lagi menunya oii

    ReplyDelete
  31. adoiii..simple ka macam ni SA,meriah sangat ni..betul-betul membuka selera makan ni..merbelessss

    ReplyDelete
  32. Laju-laju skroll ke bawah.. menu sedap2 buat rasa lagi cepat lapar.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah