Tuesday, February 13, 2018

Panduan Hadapi Detik Cemas Di Jalan Raya

Hi korang

Musim perayaan bakal tiba kan...CNY tak lama jer lagi...confirm jalan sana sini sesak..semua pakat nak balik kampung sebab CNY jatuh pada cuti hujung minggu yang agak lama kan...semua pasti ambil peluang sambung cuti kan. Nak plak cuti tahun lepas masih banyak lagi dan perlu dihabiskan.Biasanya bila tiba musim perayaan macam- macam boleh jadi tanpa kita duga.Malang tak selalunya berbau sebab walau kita cuba pastikan agar keselamatan kita terjamin mungkin akan berlaku pula kerosakan. Sebab tu kereta perlu di servis bila sampai waktunya.Panik ketika kereta tiba- tiba berhenti atau berlaku kemalangan adalah suatu yang normal terutama di kalangan kita wanita. Walau bukan SA sendiri yang alami tapi boleh jer kot nak share tips hadapi detik cemas di jalan raya.

gambar sumber google

Paling menakutkan kalau perkara yang tak kita jangka macam kemalangan atau kerosakan kenderaan berlaku di tempat sunyi dan jauh daripada orang ramai. automatik panik sampaikan..kalau SA memang panik dan apa boleh buat menangis je la..Oleh sebab itu, semua pemandu perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku kecemasan.Berikut antara tindakan yang boleh diambil ketika menghadapi detik cemas di jalan raya.

  1. Tenang dan rasional. Ini sangat penting sebelum mengambil sebarang tindakan selanjutnya.
  2. Jika kereta berhenti di tengah jalan, tekan butang kecemasan supaya kereta belakang tahu anda di dalam kecemasan.
  3. Tinggalkan kereta dengan segera dan cari tempat selamat.Jika kenderaan masih boleh dipandu pindahkan kereta di tempat yang tidak menghalang laluan trafik.
  4. Pastikan telefon berfungsi untuk membuat panggilan bantuan
  5. Jika ada kecederaan serius, hubungi ambulan untuk dapatkan rawatan segera.
  6. Pastikan anda mendapat laporan perubatan untuk tuntutan daripada pihak insurans.
  7. Pastikan barang berharga di bawa bersama
  8. Kunci kenderaan dan jangan sesekali terlalu percayakan sesiapa.
  9. Dapatkan nama penuh, nombor lesen memandu, alamat terkini dan nombor telefon pemandu lain yang terbabit
  10. Kawal emosi, tenang dan jangan buat tindakan melulu. Jika kerosakan kecil anda boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa melibatkan pihak polis.
gambar sumber google

Tapi kebiasaannya lelaki kalau terlibat dalam kemalangan diorang ada yang tenang dan ada jugak yang bertindak diluar kawalan sampai jadi pergaduhan kan...kita yang perempuan ni selalunya menangis la..nak plak kalau kenderaan lain yang terlibat tu lelaki..sure kita yang perempuan ni kena buli..hahaha...harap tips diatas dapat sedikit sebanyak membantu kita semua agar tidak panik sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan.Sebaiknya serahkan pada yang pakar dan jangan sesekali cuba selesaikan jika tidak jumpa cara yang betul untuk penyelesaian. Penting juga untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.elakkan dari pergaduhan yang akhirnya akan menyebabkan kecederaan.



Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina.....

14 comments:

  1. Memang kena post akak ni. Dah nak cuti panjang ni sure kna tau apa nak buat kalau berdepan situati cemas

    ReplyDelete
  2. good info sharing SA..memang kena sgt musim2 perayaan ni kann

    ReplyDelete
  3. Nak bertenang tu yang macam susah.. huhu

    ReplyDelete
  4. Good sharing SA.. bab nak bertenang tu tak tau la Kak Sue boleh ke tidak SA.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Pernah juga kemalangan, selalu sorang2 je tapi ada sekali terlanggar kereta orang. Tengok kereta dia ok ja, zumal minta maaf pastu terus cabut sebab tengok gaya orang tu macam gangster...

    ReplyDelete
  6. btl..klu perempuan dia x leh nak relax...
    sbb nieyl sndr pun x leh nak relax...
    menangis²..hehehe

    ReplyDelete
  7. Bagus share tips ni sebab kita tak boleh jangka apa yg akan jadi kan. jadi, bersedia dengan pengetahuan yg ada

    ReplyDelete
  8. Panduan yag berguna untuk kita semua.

    ReplyDelete
  9. Good info tapi saya tak balik kampung CNY ni..hurmm..

    ReplyDelete
  10. Tak kisah nak balik perayaan ke apa, memang kena pastikan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan jauh

    ReplyDelete
  11. sangat bagus tips ni SA, sesuai kan untuk sesiapa pun yang memandu walau ke mana saja.

    ReplyDelete
  12. Tips yang sangat berguna.. TQ Kak SA

    ReplyDelete
  13. Baru je rasa baru-baru ni.. :(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah