Monday, February 26, 2018

Permintaan | Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Peria

Hi korang...

Ada yang whatsaap SA nak resepi Udang Masak Lemak Cili Api campur Peria yang SA up last week..memandangkan SA agak busy dengan tugas hakiki ingat nak publish weekend, tapi weekend pun busy jugak jaga mak yang tak sihat.Makanya SA up la hari ni..SA pun takde apa- apa entry nak submit. So maaf ye...sekali lagi SA up gambar yang bakal menjejehkan air liur korang...SA tak nak hampakan permintaan beberapa blogger yang nak cuba resepi campak- campak SA tu..ikutkan konsepnya sama aje..so..jom tengok resepi...



Bahan- Bahan


  1. Udang - terpulang berapa ekor, SA gunakan 4 ekor sahaja
  2. Cili Api  - 10 biji
  3. Kunyit hidup 2 inci
  4. Peria Sebiji  - belah 6 atau 8
  5. Santan kotak  - 1/2 kotak
  6. Air 1 cawan
  7. Garam
  8. Serai - 2 batang dititik


Cara masak...

1. Masukkan santan dan 1 cawan air dalam periuk...

2. Masukkan cili api yg dh ditumbuk lumat dengan kunyit hidup...serta serai...

3. Masakkan diatas api yg perlahan..kacau sentiasa supaya x bertahi minyak..

4. Biar santan betul2 masak / menggelegak...tambah garam

5. Masukkan udang

6. Masukkan peria yang dah dibelah td

6. Jangan masak terlalu lama...udang dh bertukar warna boleh tutup api...



Sedap makan dengan nasi panas ...

Tambah plak if ada ikan masin tenggiri jeruk...wallaaaa.....sodap!!!!


Selamat mencuba korang.....

34 comments:

  1. yummy nyaa... jd lapaq mak.. hehe

    ReplyDelete
  2. Tq kak share resipi..memg terbaik...

    ReplyDelete
  3. nieyl jeles tauuu....
    udang akak mesti besar²..
    geram tgk..

    ReplyDelete
  4. Besarnya udang! Masak lemak cili api nie best. Eyqa share ye akak :*

    ReplyDelete
  5. Peria tu takut nak makan sebab pahit tapi pahit tu ubat katanya....Udang tu ya allah gemuks gemuks nya. Buat lapar pulak tengahari yang panas ini. Hehe. Makan dengan nasi putih panas2 dah tak pandang kanan kiri dah ni....

    ReplyDelete
  6. Godang nya udang tu SA. Sedap ni. Kecul ailio nengok. Gulai udang dengan nanas pon sedap jugak kan. Tak pernak lagi letak peria. Boleh try ni. Peria tu rendam dengan air garam dulu kan sebelum digulaikan.

    ReplyDelete
  7. Aiyak! you tease I dengan masak lemak udang ni lagi??? Haih! you bagi resipi..i ni tak masak. Nak beli tak sedap. Bila nak jemput saya yang dapur tak berasap ni pegi rumah menjamu selera? kekekeke

    ReplyDelete
  8. Aduhhhhh buat jadi lapar aje nie. Terima kasih sebab sudi shre resepi nie. Nanti saya try but kt rumah

    ReplyDelete
  9. beso gabak udangnya SA.... mmg gandingan mantops

    ReplyDelete
  10. setakat ni belum pernah jumpa SA masak udang saiz kecik. Semuanya beso-beso. Terbaik!

    ReplyDelete
  11. tak pahit ehh masuk peria sekali. tp tgk hidangan ni mmg nmpk ketara kesedapannya. teringin la pulak

    ReplyDelete
  12. teringin lah nak makan masakan SA nampak macam sedap je udang masak lemak, serious lama dah tak makan udang, sebab tengah proses catu makanan ni. :(

    ReplyDelete
  13. Sedapnya la udang msak lemak ni ha. Besar pulak tu udangya pUn besar. Okeh nanti ada masa boleh try resepi Kak SA. Moga mak akak cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  14. Sedapnya... maklumlah Rose memamg suka udang! Tapi memang tak pernah cuba masak dengan peria sebelum ni. Terima Kasih SA untuk resepinya.. nanti boleh cuba!

    ReplyDelete
  15. sedap udang ni...boleh try nanti masak kat rumah ikut resepi sis..

    ReplyDelete
  16. Taknak baca resipi
    Tenguk gambar aje dah ngences

    ReplyDelete
  17. Wow, so yummy the prawn. Want to try how to cook this awesome dish. Have not try cook with bitter gourd.

    ReplyDelete
  18. Masak lemak letak udang memang sedap. Tapi peria tu lah lia x berapa makan. hehhe

    ReplyDelete
  19. Finally i get to learn this recipe... never cook lemak style before... really OMGGGGGGGGGGG

    Racheal

    ReplyDelete
  20. Sedapnya kak. Wajib cuba resepi ni. Terliur dah ni. Tq for sharing kak.

    ReplyDelete
  21. Resipi SA memang ngam2 untuk akak, masak sorang makan sorang hihi, mudah nya resipi SA ni yam, tak guna bawang , cuma serai ngan cili api dan kunyi hidup.
    Semua bahan ni ada kat dalam peti es, nak coba lah, biasa akak masak lemak mesti ada bawang, tak minat bawang pun sebenarnya sekadar mengikuti resipi aja. Lahni nak coba resipi SA lah pulak

    Thanks SA for sharing this simple menu, mesti nyummm nyumm kan

     Jom kita mulakan Affiliate Marketing Program untuk tambah pendapatan

    ReplyDelete
  22. sedapp ni kak..terliur dah saya...ni klu masak ni hubby bukan mkn sbb dia x suka masak lemak..tp udang besar2 tu sedap manis tu

    ReplyDelete
  23. SA memang pandai masak betul tengok pada gambar-gambar, teringin lah sis nak makan hasil airtangan SA..bila lah boleh ekkk..hehehe. Buat sementara tu...sis akan cuba resepi2 SA ni dulu..:D

    ReplyDelete
  24. memang terbaik la resepi ni, buat orang laparrrr

    ReplyDelete
  25. Sedapnya SA, lapar jadinya nie. Nanti nak try la resepi nie, sedap nampak udang n peria tu..

    ReplyDelete
  26. campak campak pun nampak sedap je ha... nanti Sal nak try gak la ..

    ReplyDelete
  27. campak2 pun sooodap Kak SA itula tergoda orang nak cuba..

    ReplyDelete
  28. Alahai sedapnya kak. Saya x pandai masak lemak. Boleh Cuba lah resepi nnti

    ReplyDelete
  29. senang je kan kak.. takde tumis2 pun kan.. hehe.. nak cuba nanti

    ReplyDelete
  30. Haruslah sangat sedap kan.. Tengok gambar pun dah mengancam..hehe..

    ReplyDelete
  31. Dalam rumah ai ni tak semua makan udang walau udang sentiasa ada dalam peti sejuk tu. Kadang2 sedekah je dekat orang je udang2 tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah