Thursday, February 22, 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

18% CASH BACK DARI SHOPEE DAN MENANG SAMSUNG NOTE 8


Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari



“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.





Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.


Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:


1. Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri

2. Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek

3.Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan

4.Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun

5.Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.

Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.


Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.


45 comments:

  1. Menarik tawaran yang diberikan, mesti ramai pengguna akan layari shopee ni sempena hari gaji

    ReplyDelete
  2. Menarik nie SA, bukan setakat ada sales ja. Siap ada game lagi, hadiah pun bukan main mengancam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Havoccc main game hadiah besar tu HP samsung... bestnyeee lah

      Delete
  3. Saya ni memang ari2 window shopping kat shopee..hahaha rabak pokettt 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow hari-hari? beli apa tu... sharinglah dekat Bonde juga mana tau nak bei jugak

      Delete
  4. Tengah focus on Elianto punya produk. Hahahahahaaa stress bila gaji takde nie. Acaner nak shopping

    ReplyDelete
  5. Kalu x ada gaji cam ne ekk...huhuhu.
    Tapi xapa..shopee mmg rajin ada buat promo. Sis ni pun tgh tunggu barang je ni dr shopee..😉

    ReplyDelete
  6. TB masih ada barang-barang yang dalam list belum checkout lagi.. tengoklah nanti boleh lah shopping kalau ada offer2 macam ni kan..

    ReplyDelete
  7. bestnya dah lama tertunggu promosi macam ni...menarik dan memberi lebih penjimatan. blh join contest pulak tu...hehehe

    ReplyDelete
  8. banyak sangat benda yg murah2 kat shopee. kena selalu check, sbb harga sentiasa berubah

    ReplyDelete
  9. Tak pernah sekali pun try shopping kat Shoppee ni. Sekarang memang musim promosi. Shopping sakan ar semua orang. eh...ke saya je?

    ReplyDelete
  10. Shopee memang murah kalau nak dibandingkan dengan online shop yang lain. Dah beberapa kali shopping dekat shopee. Memang puas hati. Service pon cepat. Tahniah shopee.

    ReplyDelete
  11. i banyak betul list yang masih belum checkout dari shopee, setiap kali nak check out shipping delivery pulalagi mahal dari harga barang hhahaha

    ReplyDelete
  12. Hummpphh! I just bought a watch from somewhere else last night. Should have used Shopee and win myself a Note 8!

    ReplyDelete
  13. Adui bila masuk website shopee berpinar mata. Banyak betul offer shoppe ni ye. Salu shopping Lazada je. Nak try shopping shopee la pulak.

    ReplyDelete
  14. Wah... Banyaknya cash back. I want to shop there too and hopefully can win some prizes.

    ReplyDelete
  15. banyak kan 18% tu.. tak sabar nak tunggu, rasa masa ni berlalu dengan lambat betul... nak grab promo shopee tang elianto tu, nak beli eyeshadow bebanyak hehe

    ReplyDelete
  16. cantiknya sandal tu.. ada pula offer ya. Tak sabar betul la.. banyak ni diskaun

    ReplyDelete
  17. Gaji masuk awal... dah habis dah T-T so.... nak xleh nk join komepen hari gaji nie.. Lain la kalau dia buat awal hari tue hahahah

    ReplyDelete
  18. Shopping lagi..hahahaha...aduhaiii...semoga tak terpedaya nak shopping! hihihi

    ReplyDelete
  19. Saya sekarang ni pun dah asyik tengok Shopee hehehehe tapi kat sini nak cari barang kecil-kecil sangat mudah dan harga berpatutan cuma ada yang oversea jadi penghantaran lambat lah.

    ReplyDelete
  20. Sejenis keterjebakan dengan shopee kali ni. Hari2 dok belek apps shopee. Tak sabar nk tggu date tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont forget Ana... jangan lupa pasang alarm kat hp tu tau!

      Delete
  21. omg...pulangan tunai!!! ni yang tak boleh lepaskan.. memang suka sangat shopping kat shopee.. macam2 promotion they have.. wish to have more in the future.. lolz...

    i love this platform so much

    Racheal

    ReplyDelete
  22. nak tggu gaji gov bln 3 lambat lagi..so dok diam2 dulula..hahahaha

    ReplyDelete
  23. havoc di media sosial mengatakan tentang #shopee haruskan sy berdiam diri disini ... tak boleh jadi ni

    ReplyDelete
  24. Shopee...shopping...siap jerlah duit..pilih mana suka...on9 jerkan?takyah susah2 nak cari parking kete nak shopping kat Mall, tekan on9 jer...shopee

    ReplyDelete
  25. Wah, menarik ni... tapi bulan ni Government dah gaji awal.. huhhuh

    ReplyDelete
  26. syok shopping kat Shopee ni...macam2 adaaaa

    ReplyDelete
  27. godaan apakah ini. hari gaji tak mau online lah. hehe

    ReplyDelete
  28. I memang suka online shopping ni.. Nak beli barang sekarang jugak..

    ReplyDelete
  29. Thanks for the infor sharing, the more we shop the more we save.

    ReplyDelete
  30. Menarik juga tawaran shopee ni.. hadiah2 yg ada pun lumayan. Shopping dan safe bajet perbelanjan, klu ada rezeki boleh menang hadiah lagi :)

    ReplyDelete
  31. terjebak juga..ni dalam troli dok ada lagi..kikiki

    ReplyDelete
  32. saya baru je merasa beli dari shopee.. rupanya mmg best la kak.. ni nak order barang lagi ni haha

    ReplyDelete
  33. Tak nak baca! Tak nak tengok Shoppe! Sebab Rawlins dalam poses detoks dari online shopping - dah terlebih belanja last month hahaha

    ReplyDelete
  34. memang best beli-belah kat Shopee ni. lagi best time ada diskaun. shopee semakin menjadi pilihan ramai pengguna sekarang ni, mana tak nya..harga yang ditawarkan pun murah dan pilihan barangan pun banyak kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  35. I have heard Shoppee before and it's pretty interesting to try. I think I need to try this for online shopping.

    ReplyDelete
  36. I enjoyed shopping at Shoppee and the transactions are always smooth! I always have the app handy :)

    ReplyDelete
  37. The prize is so attractive! I don't mind start download and start shopping at Shoppee APP now.

    ReplyDelete
  38. Rambang mata dibuatnya.. lagi2 kalau barang tu memang diperlukan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah