Thursday, May 10, 2018

Syioknya Raya Di Bulan Penuh Cahaya Bersama 11Street.my

Mari Meraikan Syioknya Raya Bersama 11street 

  1. Rakyat Malaysia cenderung untuk memulakan aktiviti membeli-belah sempena Hari Raya seawal 6 minggu sebelum sambutan dan majoriti (83%) daripada rakyat di negara ini akan membelanjakan kurang daripada RM1,000 semasa musim perayaan tersebut. 
  2. 11street menjalinkan usaha sama dengan lebih 120 hotel dan restoran untuk menyediakan pelbagai tawaran buka puasa yang menarik, dan juga bersama CJ WOW Shop bagi  memperkenalkan pilihan pakaian Muslimah yang lebih meluas .
  3. Kempen Syioknya Raya memperkenalkan ruang saringan pencarian mesra Muslim yang membenarkan pengguna mencari produk-produk mesra Muslim yang diiktiraf Halal dengan lebih mudah  

11street (www.11street.my), salah satu peneraju pasaran dalam talian di Malaysia pada hari ini mendedahkan tabiat dan sikap perbelanjaan rakyat Malaysia bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya.

Menurut tinjauan yang dilakukan bersama lebih 5,000 responden, rakyat Malaysia cenderung untuk memulakan persediaan Hari Raya seawal enam minggu sebelum sambutan. Namun demikian, majoriti (83%) rakyat Malaysia hanya akan membelanjakan kurang daripada RM1,000 semasa musim perayaan yang akan datang itu. Di samping itu, kajian yang dijalankan turut mendapati 40% daripada peserta merupakan golongan berusia 26 hingga 35 tahun yang gemar membeli-belah secara dalam talian.  



Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan 11street berkata: “Kami amat berbangga untuk memperkenalkan kempen terbaharu kami – Syioknya Raya – yang terdiri daripada  pelbagai jenis diskaun,  hadiah-hadiah yang menarik serta ciri-ciri baharu di platform 11street. Daripada tinjauan yang dijalankan, kami mendapati rakyat Malaysia gemar membeli-belah lebih awal, lantas membolehkan kami memulakan kempen musim perayaan pada 2 Mei ini. Para pelanggan 11street boleh menjangkakan diskaun sehingga 90% untuk membantu mereka menguruskan kewangan masing-masing sepanjang tempoh promosi ini.”

Lim menambah, syarikat berhasrat untuk menyediakan pengalaman membeli-belah di dalam talian yang holistik sepanjang musim perayaan ini, malah kempen Syioknya Raya 11street akan memaparkan penambahbaikan terbaharu di platformnya dengan saringan pencarian mesra Muslim dimana pengguna dapat mencari produk Halal yang diiktiraf dengan lebih mudah bagi memenuhi keperluan Ramadan dan Hari Raya mereka.

“Rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah efektif agar dapat memberikan nilai bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan. Maka, pada tahun ini, kami menawarkan lebih 120 tawaran berbuka puasa daripada lokasi-lokasi menjamu selera yang popular seperti rangkaian Hotel Pullman dan Royale Chulan, Westin Kuala Lumpur serta restoran-restoran di bawah Kumpulan Felda memandangkan penemuan kami turut mendedahkan ramai rakyat Malaysia membuat pencarian online bagi baucar buffet Ramadan pada harga berpatutan,” kongsi Lim.



Pada bulan Ramadan tahun lalu, jualan baucar Makanan & Minuman meningkat sebanyak tiga kali ganda. Turut didapati, kebanyakan pelanggan membuat pembelian baucar buffet Ramadan secara pukal untuk memenuhi keperluan sajian keluarga atau majlis buka puasa korporat. 


Selain itu, Fesyen Raya kekal sebagai kategori paling popular dalam kalangan pelanggan tempatan sepanjang musim perayaan Ramadan dan Hari Raya ekoran hubungan signifikannya dengan tradisi. Oleh demikian, bagi memenuhi permintaan Fesyen Raya tahun ini, 11street akan bekerjasama dengan CJ WOW Shop untuk mempelbagaikan lagi pilihan pakaian Muslimah kepada pengguna. 

CJ WOW SHOP merupakan platform beli-belah menerusi televisyen yang terkemuka di Malaysia dan antara tawaran fesyen utama adalah pakaian tradisional berpadanan warna, koleksi hijab,, pakaian serta aksesori yang bergaya yang berharga antara RM50 hingga RM150 setiap set.

Di samping pakaian Muslimah, 11street akan turut memaparkan rangkaian produk paling laris menerusi platform beli-belahnya, yang merangkumi barangan kediaman dan dapur, peralatan memasak, perabot serta produk kesihatan dan kecantikan.


Sepanjang tempoh kempen Syioknya Raya, para pengguna boleh menjangkakan diskaun menarik yang disediakan yang melibatkan sehingga 150 jenama popular dan hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM30,000 seperti mesin basuh, peti sejuk dan barangan elektronik kediaman. 

11street juga akan memberi ganjaran berupa hadiah bernilai RM9,000 kepada mereka yang membeli-belah menerusi aplikasi mudah alih 11street, seperti mana yang kita tahu sekurang-kurangnya 60% pelanggan kami menggemari kaedah pembelian menerusi peranti mudah alih mereka. 

Syioknya!

5 comments:

  1. Berdebar-debar nak menerima kedatangan Ramadhan memandangkan kali pertama berhadapan dengannya dilokasi berbeza.. jauh dari biasa..

    ReplyDelete
  2. dah nak masuk bulan Ramadhan kan...kejap je

    ReplyDelete
  3. Dah mula dah kan sales sana sini sempena raya tak lama lagi. Ada diskaun n dapat hadiah lagi tu..

    ReplyDelete
  4. tak check pulak 11street raya ni, ada sales rupanya

    ReplyDelete
  5. Keh.. keh.. Memang syoklah kalau jumpa nie sebelum raya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah