Wednesday, December 26, 2018

Mudahnya Bayar Zakat Dengan Perbankan Internet..


Hi korang...

Zakat merupakan rukun islam ke empat dan sememangnya wajib disempurnakan oleh kita umat islam. Kepada anda yang layak membayar zakat sepatutnya melaksanakan kerana di dalam rezeki kita pastinya terselit rezeki orang lain dan inilah salah satu sebabnya kenapa membayar zakat adalah wajib.




Untuk itu SA nak menyeru dan mewar- warkan kepada korang semua yang layak berzakat jom kita sama- sama tunaikan rukun islam ke empat ini.Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen YEZ (Year End Zakat) bagi menggalakkan dan memudahkan masyarakat berzakat sebelum berakhir tahun 2018.

Mengapa perlu berzakat? 

  1. Dengan berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang. 
  2. Orang yang berkemampuan membantu orang yg miskin dan fakir. Kita turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut. 
  3. Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat. 
  4. Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. 
  5. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. 
  6. Membersihkan diri pembayar zakat. 
  7. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. 
  8. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada. 
  9. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik. 
  10. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia. 
  11. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka. 
  12. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. 
  13. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT. 

Pelbagai kaedah dan kemudahan disediakan untuk kita semua membayar zakat. Zaman internet dan moden sekarang lebih memudahkan kita semua. Tak perlu fikirkan kesesakan lalu lintas, parking, beratur panjang atau sebagainya. Segalanya di hujung jari sahaja. Selain kaunter zakat bergerak yang disediakan Pusat Pungutan Zakat, turut disediakan khidmat bayaran melalui perbankan online.


Jom tengok video Imam Muda Asyraf menyeru kita semua untuk membayar zakat dengan mudah melalui perbankan online.





Pembayaran zakat melalui Perbankan Internet boleh dilakukan oleh pemegang akaun bank seperti berikut:


1. www.maybank2u.com.my

2. www.bankislam.com.my

3. www.ambank.com.my

4. www.cimbclicks.com.my

5. www.pbebank.com

6. www.rhb.com.my

7. www.ocbc.com.my

8. www.hsbc.com.my

9. www.posonline.com.my

10. www.hlisb.com.my

11. www.irakyat.com.my

12. www.affinonline.com

13. www.i-muamalat.com.my

14. www.agronet.com.my

15. www.mybsn.com.my

16. www.myeg.com.my


Lagi berita baik untuk korang..


3,000 PEMBAYAR ZAKAT TERAWAL MELALUI PERBANKAN INTERNET BERPELUANG MENDAPAT DVD MP3 KOLEKSI HIMPUNAN CERAMAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN - Bermula 14 Disember (Jumaat) sehingga 28 Disember 2018 (Jumaat).


Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Selamat Berzakat

"Hidup Menjadi Super Indah Dengan Berzakat"

Tunaikan zakat demi kehidupan keluarga yang lebih berkat.


📌 Tunaikan zakat harta & pendapatan anda sebelum 31 Disember ini untuk mendapat rebat cukai sehingga 100%.


12 comments:

  1. terbaek. mudah je sekarang ni :)

    ReplyDelete
  2. mudah dah sekarang yea nak bayar zakat..tak ada alasan lagi

    ReplyDelete
  3. Saya biasanya deal dgn Zakat Selangor kak. Sbb ddk pn d selangor kn

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni nak bayar zakat pun dah mudah .Tak ada alasan lagi tak bayar zakat kan

    ReplyDelete
  5. Kita pun dah lama start bayar zakat online mudah kat rumah pun boleh buat hehehehe

    ReplyDelete
  6. Bersegera lah kita membayar zakat sebelum akhir tahun ni

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah zaman skrg ni segalanya dipermudahkan termasuklah berzakat

    ReplyDelete
  8. lagi mudah untuk org yang busy mcm akak kan.

    ReplyDelete
  9. senangnya.. malam malam ngadap online oleh bayar zakat

    ReplyDelete
  10. Rawlins buat potongan gaji agar tidak terlupa. Nie dah boleh buat pembayaran online, harapnya makin ramai akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing kan

    ReplyDelete
  11. Bagus sekarang nie.. Macam-macam cara boleh nak bayar zakat.. dah tak susah dah..

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni, nak byr zakat pun senang .. Just online saja ...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah