Monday, December 17, 2018

Tidak Perlu Berpeluh Bagi Menghilangkan Kesan Minyak Degil, Hanya Dapatkan Pakar Ini!

Kini bulan baharu telah tiba sebelum menuju ke akhir tahun dan sesuatu yang baharu pula akan bermula. Ini menunjukkan lebih banyak musim perayaan akan berlangsung sepanjang bulan ini!
  
Bermakna anda perlu bersedia untuk memastikan rumah, tempat anda bekerja atau peralatan anda berada dalam keadaan bersih dan berkilat serta menarik sempena musim perayaan akan datang, dan juga bagi membolehkan anda bersedia untuk sesuatu permulaan yang baik sempena permulaan tahun baharu yang bakal menjelma tidak lama lagi.



Bagaimanapun, perkara yang mengecewakan kebanyakkan orang adalah apabila mereka perlu membersihkan kesan kotoran atau minyak (gris) degil. Mereka sedih apabila pemilik dianggap kurang teliti untuk membersihkan atau malas untuk membersihkan dan ini mampu menjejaskan suasana yang bermakna untuk diabadikan di media sosial Instagram.



Pernahkah anda mencuba membuang kesan kotoran minyak degil dan akhirnya kepenatan kerana tidak mampu membersihkannya? Nah, jika anda serius untuk melakukannya, anda hanya perlu membawa pakarnya iaitu WD-40® Specialist™ Fast Acting Degreaser (Pakar Penghapus Kesan Minyak Pantas WD-40®) . Penyelesaian berasaskan air yang bertindak pantas menanggalkan kesan berminyak, gris, kotoran, sabun dan sisa kotoran degil. 



Buihnya mempunyai fungsi terbaik dan cepat bertindak serta menyerap di atas permukaan yang anda mahu bersihkan, dan ia juga mudah dibersihkan. Dan ia boleh digunakan pada pelbagai jenis permukaan, termasuk besi, penutup ekzos dan lantai. Dan, paling penting ia adalah selamat digunakan untuk besi, kaca, plastik, getah, aluminium, termasuk permukaan bercat!



Bagi kesan minyak degil, hanya perlu biarkan beberapa saat untuk membolehkan formula ini  menembusi bahagian yang hendak dibersihkan, sebelum anda lap. Produk ini juga bagus untuk membersihkan roda aloi, rim tayar dan komponen enjin.



Penghapus kesan minyak ini juga mematuhi arahan Sekatan Bahan Berbahaya (RoHS), yang bertujuan untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar yang bertindak menghalang bahan terlarang dan berbahaya seperti logam berat dan bahan kimia persistent Brominated Flame Retardants (BFR).



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pakar Penghapus Kesan Minyak Pantas WD-40®, boleh melayari http://wd40.asia/wdsp-degreaser.

MENGENAI SYARIKAT WD-40®


Syarikat WD-40 adalah  organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia

7 comments:

  1. sebelum ni, ngatkan wd40 utk melembutkan besi2 dan melicinkan permuakaan besi. Rupanya banyak range dia ye

    ReplyDelete
  2. Selalu guna wd40 ni utk longgarkan besi berkarat je....

    ReplyDelete
  3. kita pun pakai juga brand ni kat rumah :))

    ReplyDelete
  4. Abah ika paai brand ni jugak. dari dulu. mmg fav dia ni :) Hee

    ReplyDelete
  5. Nak beli.. asyik lupa je.. adeh..

    ReplyDelete
  6. Bagus kalau ada pakar nie kat rumah.. senang nak hilangkan minyak..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah