Monday, February 4, 2019

Anugerah Juara Lagu 33- Keputusan Penuh

Hi korang...

SA tak tengok habis Juara Lagu 33 malam semalam sebab SA perlu tido awal sebab hari ni SA kerja. Yeee....SA kerja uollss hari ni...so tak tengok habis la AJL33. Sempat peserta pertama dengan kedua je..pas tu..SA naik atas tido..dulu masa muda- muda sanggup tunggu sampai habis..pas tu susah nak tido sebab teruja kan..nasib baik dah usia senja- senja ni minat dah tak ke arah tu..hahaha..pagi ni SA google je siapa pemenang..kalau free nanti nak tengok ulangan kat you tube je..

Berikut merupakan keputusan penuh AJL33..


Juara: 
Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah


Naib Juara: 
Bunga- Ara Johari


Tempat ketiga: 
Sampai Bila - Misha Omar


Vokal Terbaik: 
Misha Omar


Persembahan Terbaik: 
Sufian Suhaimi

Photo credit to google.com


Hadiah Anugerah Juara Lagu Ke 33

Lagu Terbaik - Rm 50,000 + Trofi

Kedua Terbaik - Rm 35,000 + Trofi

Ketiga Terbaik - Rm 20,000 + Trofi

Vokal Terbaik - Rm 12,000 + Trofi

Persembahan Terbaik - Rm 12,000 + Telefon Bimbit Samsung A9 + Trofi


Tahniah buat semua pemenang..yang lain- lain tu memang patut menang cuma SA x faham yang tempat kedua tu macam mana boleh menang, nyanyi pun kelaut..erm..kriteria macam mana yang juri tentukan erk..apapun..dah lepas dah kan..tak perlu dipertikaikan...SA sebak tengok persembahan Sufian Suhaimi..persembahan dia tu memang sampai ke hati semua orang...pihak yang satu lagi tu kalau x leh move on sila senyap..tak pasal- pasal kena kecam...

9 comments:

  1. sha pun terkejut no 2 tu leh menang..mungkin lirik dia laa kot..klu ikut penyanyi...rosak...huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat semua pemenang ...
    Tersasar tekaan Sis huhuhu

    ReplyDelete
  3. Lagu tempat kedua tu menarik tapi sayang yang menyanyinya tak sampai ke hati Ai.

    Apa-apapun tahniah buat semua pemenang.


    ReplyDelete
  4. ingatkan Hael akan menang lagu solo dia. rezeki nak menang yang duet.
    kite ok ok jelee pemnang ni. hope Misha yang juara.

    ReplyDelete
  5. No 2 tu, hurmmm no comment la. Tapi lagu tu memang best je pun cuma malam tu je jadi dull.
    Tapi dah rezeki komposer kot, kan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah semua. Kami pn tak tgk, sb berada di Bandung masa tu

    ReplyDelete
  7. Tahniah semua.. semua yang bertanding malam tu semua lagu best-best belaka

    ReplyDelete
  8. Yeah! Memang ramai pertikaikan no 2 tu..hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah