Tuesday, September 3, 2019

Filem Makmum...Memang Taubat Lahom La SA Nak Tengok...

Hi korang....

Pernah tengok atau dah tengok? Anak dara SA ada ajak last time tengok citer ni...amboii...kau tau mama ko ni penakut nauzubillah ko ajak tengok citer ni...memang tak la nak tengok...SA plak penakut dan jenis suka membayang...hahaha...kelam kabut hidup nanti...lepas tu semalam kan SA terbaca la kat FB ada yang review, apa yang dia review tu ada logiknya walau hakikat filem ni hanya sebagai hiburan sahaja. Korang bagi la SA RM500 untuk tengok citer ni ..SA amik duit tapi takdenya la SA nak tengok de...dulu SA tak penakut macam ni tau...dulu SA okey jer..tapi sejak bangun dari koma dan terbuka hijap sekejap dulu..memang SA jadi penakut sampai sekarang....

Eh jom baca kenyataan logik yang sempat SA copy kat FB semalam untuk share ngan korang..



Akhirnya dah keluar filem Makmum (2019).

Filem ni dari seberang. Remake dari filem pendek 6-7 minit hantu bersolat yang jadi makmum di belakang seorang perempuan yang ada kat Youtube.

Ada beberapa versi lain yang telah dibuat oleh Youtubers, tapi dengan konsep sama hantu jadi makmum.

Kemudian, pengarah telah menggoreng short film kepada filem panjang masuk panggung. Asalnya dari cerita makmum hantu. Sinopsisnya, boleh google sendiri, asal dari dengar-dengar bisikan, kemudian makmum hantu, related kehidupan asrama and so on.

Dah habis modal cerita hantu agaknya. Macam biasalah orang akan kata best cerita tu bila campur kesan sinematografi, efek bunyi seram, lighting, mekap kesan khas hantu dan lain-lain.

Tapi, orang tak fikir benda yang di luar kotak dari tu:

MENAKUT-NAKUTKAN ORANG NAK SOLAT

Orang sekarang sudahlah malas solat. Nak pergi masjid, lagilah malas. Lagi suka solat bersendirian. Kalau di rumah ada orang lain pun, tak berjemaah, nak juga solat sendirian.

Bila solat sendirian, akan rasa ada orang kat belakang. Terpengaruh dengan cerita. Orang dewasa pun terkesan, apatah lagi kalau budak-budak.

ALASAN TIDAK LAGI SOLAT MALAM

Memang tahajjud ni benda malas buat pun. Masa tersangat insaf dapat hidayah je buat. Tambah-tambah lagi bila dah tengok cite hantu macam ni, lagilah seram nak solat malam sorang-sorang.

SYAITAN VS ORANG SOLAT

Nabi SAW dah pesan, baca taawuz Auzubillahiminassyaitonirrajim. Benda ni pun dah buat syaitan tak nak dekat. Ayat-ayat Al-Quran yang kita baca dalam solat tu pun boleh buat syaitan terbakar. Tugas syaitan dalam solat adalah buat kita tak khusyuk. Sebab tu solat tu sendiri penuh dengan segala macam bacaan start dari Takbir sampailah salam. Sebab tak nak bagi space untuk syaitan celah masuk.

JIN ISLAM TUMPANG SOLAT?

Jin yang baik takkan buat orang takutlah. Depa pun ada tempat sendiri nak solat, ada masjid sendirilah di alam mereka. Tak laparlah nak solat di belakang manusia. Lainlah kalau manusia tu soleh macam wali-wali Allah ke, itu perkara luar biasa, tu pun jarang benar berlaku. Satu dalam sejuta.

Ni buat muka hodoh bagai, tu dah kategori hantu syaitan, jin kapir. Yang kelakarnya siap pakai telekung tu. Depa pinjam kat mana wei telekung tuuu

Pendek kata, takdenya hantu nak jadi makmum solat. Karut saja. Dia pun tak nak solat sebab dia pun hantu. Kita baca ayat Kursy pun dah berterabur lari.

SEMUA NI MENAMBAHKAN LAGI TAK KHUSYUK

Akhirnya, akibat terpengaruh benda-benda camni, lagilah kita tak khusyuk solat. Nak solat sorang-sorang, takut. Last-last, takyah solat. Great job. Solat fardu entah ke mana, solat sunat apatah lagi.

AGENDA TERSEMBUNYI

Adakah nak jauhkan orang dari bersolat? Terutamanya golongan perempuan sebab mereka yang solat sendirian di rumah. Itu kita kena fikir. Maybe lepas ni ada cerita hantu mengaji Quran pulak sama-sama, base on kisah benar berubat ada hantu ikut mengaji.

KESIMPULAN

Solatlah berjemaah atau sendirian, kalau dapat pergi ke masjid tu lebih baik untuk lelaki. Untuk perempuan, janganlah takut, semua tu mengarut.

Yang betul adalah, kita tu akan jadi macam setan bila tak solat. Kenapa nak takut dengan setan?

Takutlah pada Allah besarnya azab bila tinggalkan solat.

Jangan biarkan diri anda diselubungi cerita setan dan agenda setan, kerana solat mendekatkan diri anda dengan Tuhan, bukannya makin hampir pada setan.

Perangai kita pun cam setan bila tak solat.

Setan muka dah hodoh, tapi kalau kita tak solat, akhlak kita pun hodoh, agama kita pun runtuh.

Kalau nak jugak jadi makmum kita, suruh dia buang mekap dulu. Tebal sangat kalo tepuk berjerebu satu Ampang.


17 comments:

  1. hahahah memang betul tu kak! kita ok je kalo nak tengok, tapi insya'Allah tak terpengaruh sangat...tapi kalo kawan2 ajak, kita tengok dulu kawan tu...yakin ke tak dia boleh handle afer-effect lepas tengok cite tu...

    lagi satu, tak elok sebenarnya tengok cerita seram ni..ade sebab-sebab dia dari segi agama..huhu

    cuma pasal makmum tu, memang ade berlaku pada suami saya sendiri...huhuhu..tapi dia tak ambil port sangat, keep on solat aje macam biasa..😅

    ReplyDelete
  2. sama la..Ayu pun memang tak la nak layan cita2 mcm ni...penakut. he he..

    ReplyDelete
  3. saya pun memang tak tengok dah la. teringat lagi dulu tengok munafik, sekali mimpi sebijik dengan apa yg tengok. adoi. hahaha

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tengok cerita creepy Asia...lagi2 Malaysia. Sebabnya memang takde rasa langsung panggilan nak tengok tu. End up baca review je.

    ReplyDelete
  5. Adoiii mama ni tak rock la. Nama pun citer seram kot.. layan je la kan Dania kannn hahahahaha

    ReplyDelete
  6. ya Allah kak, kite sama lah, aritu masa dana terbaca sinopsis dlm blog psl filem nih, sekali je tgk gambar tu terus teringat2, balik umah solat dukla teringat2 kalau ada yg jwb time aku baca fatihah tu cemana... ya Allah, gila dia punya tkaut tu terbawak2 sampai beberapa hari.. itu baru tgk sikit je kalau tgk filem tu mau tak blh tidur malam. Nasib tak minta aiyan temankan time solat kt dalam bilik... naya sungguh

    ReplyDelete
  7. cter ni la anak buah nieyl cter ngan nieyl weekend aritu...
    nasib baik ler bukan nieyl yg tengok kak..klu x, nak solat pun ajak teman

    ReplyDelete
  8. tgk cite yg seram2 ni kalo time siang ok lg..kalo mlm2 seram juga haha

    ReplyDelete
  9. Saya mmg tak suka tgk cerita hantu... bayangannya melekat berhari hari

    ReplyDelete
  10. Semua atas pilihan sendiri, tapi nak pilih kena nilai kemampuan sendiri jugak ye.

    ReplyDelete
  11. Minta dijauhkan gangguan semasa kita solat

    ReplyDelete
  12. tapi kan saya memang pun takut kalau solat sorang-sorang waktu malam. rasa macam ada je orang berdiri kat belakang.
    kadang-kadang kalau kat dalam masjid or surau solat sorang-sorang pun takut gak hahahha..padahal kalau fikir logik kita kan kat tempat yang memang suci. pastu dengan kita ada wuduk, ada quran keliling kita.

    kalau dah dasar penakut tu kan...

    ReplyDelete
  13. Mrs. A suka je tengok citer hantu sebab sejenis berani kot ehh!
    Nak tengoklah citer ni later baca reviews SA lagilah nak tengok ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  14. sha memang tak akan tengoklah kak sa.. Baca okay lagi.. Tapi setuju sangat dengan perkongsian akak nie.. macam ada agenda tersembunyi je bila buat cerita macam ini..

    ReplyDelete
  15. Tobat lahom?? Ahaahah...kalau cite seram mcm ni Jm pun x mo nk layan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah