Saturday, September 21, 2019

Slot Akasia TV3 ~ Lelakimu Yang Dulu

Hi korang...

Macam menarik je citer ni...jom baca sinopsis...


Drama : Lelakimu Yang Dulu
Slot : Akasia TV3
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian

SIPNOSIS

Lelakimu Yang Dulu sebuah drama adaptasi novel mengisahkan konflik perkahwinan yg berlaku antara Hasrul dan Daliya sehingga Daliya membuat keputusan untuk membawa diri bersama kandungannnya yg dirahsiakan daripada pengetahuan Hasrul.

Selepas dua tahun mereka dipertemukan semula, Hasrul baru mengetahui yg mereka mempunyai anak bernama Heidi Isyraf dan dia ingin mengambil anak itu daripada Daliya. Bagi Hasrul, Daliya isteri yg tidak setia kerana meninggalkannya di saat dia hilang segalanya.

Namun, Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu, tak mungkin dia akur pada segala kehendak Hasrul walaupun lelaki itu masih lagi suaminya. Hasrul pula tak akan mudah mengalah, dia menjadikan anak mereka sebagai alasan untuk memerangkap Daliya kembali kepadanya.

11 comments:

  1. Dh lama akak tak tgk tv..sesekali tgk berita ja

    ReplyDelete
  2. best ker?
    xminat sharnaaz sangat
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Aah.. Layan gak semalam.. Saya suka drama yg funny dan catchy

    ReplyDelete
  4. Ada tertengok sikit kelmarin.. Comel pula Nelydia Senrose tu..

    ReplyDelete
  5. Tak tengok pun drama ni. Sekarang ni tak sempat nak layan mana-mana drama😅.

    ReplyDelete
  6. layan jugak cerita ni jumaat tadi. huuhu sbb mmg minat dua2 ni kalau belakon. Sharnaz ni kalau belakon mmg mcm diri dia sndiri tpi ntah la heehe

    ReplyDelete
  7. best tak citer ni? tak lyn sgt sbb waktu magrib..:)

    ReplyDelete
  8. Best gak cerita ni.. Lama dah x tgk dua org ni berlakon last cerita nama jebat n mastura tu kan

    ReplyDelete
  9. sekarang ammi malas nak tgk cerita sambung2 yg kene tunggu. bila cerita tu dh habis barulah hegeh2 tgk kat iflix...jd boleh tgk skali harung

    ReplyDelete
  10. layan juga cerita ni. suka tengok gabungan SA dan Nely

    ReplyDelete
  11. tengok jugak cerita ni, tapi tak follow sangat..mana yang sempat bukak aje...menarik juga sebab pelakonnya kuat...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah