Monday, October 21, 2019

Projek Tanaman Di Rumah Untuk Kegunaan Harian

Hi korang..

Selain dunia masakan, SA sangat minat dengan tanam-tanaman simple yang senang nak jaga. kalau yang besar2 dan perlukan perhatian yang lebih teliti memang payah rasanya...SA suka bunga tapi x boleh tanam bunga buat masa ni sebab anak-anak buah kecik2 lagi..diorang dh besar nanti baru boleh letak pokok bunga kat rumah...sekarang diorang tengah melasak kan..bahaya kalau ada pasu bunga kat rumah...kalau nak beli pun maybe beli pokok yang boleh gantung kat awning je...itu dalam perancangan je dulu...belum boleh buat sepenuhnya lagi..ingat plan nak beli pokok rose jepun tu...x pun orkid yang boleh gantung...

Entry ni sebenarnya dalam draft masa SA balik kampung hari tu..x perasan plak SA masih ada draft yang x publish...so hari ni SA up la..at least ada benda boleh share ngan korang kan...okey jom tengok gambar...


Pucuk pegaga kampung..


ini sejenis pokok hiasan..x tau apa namanya..


Sayur Kucai...subur betul


Lada hitam..yg tu dh nampak buahnya masak dh..


pun lada hitam tp buah masih hijau..


Pokok cili api


Pokok betik


Ni pokok hiasan..x tau nama


Pokok jambu air dh nak berbuah


Yang ni bunga sayur kucai


Pokok Nangka


ni bunga durian..pokok durian dh habis musim baru nak berbunga...alhamdulillah..


Gambar- gambar kat atas tu semua tanaman kat kampung..bukan semua la kebanyakkan yang SA amik gambar tu..kalau nak amik semua memang banyak la..


Haa gambar last ni pulak..projek terbaru Abah SA...dia duk menyemai pokok cili api untuk tanam kat depan rumah dan dalam pasu..ni hobby baru abah la lepas segala mak nenek pokok depan rumah dh habis keluarkan hasil kan..so kena la ganti yang baru..alahai tanah sekangkang kera je pun..tp boleh la tanam untuk keperluan seharian macam daun pandan,cili, kunyit, daun kari, limau kasturi dan serai..pokok cili yang yang lama dh matang dan x keluarkan hasil lagi dh so kena la tukar pokok baru..sebab tu abah gigih semai benih cili..x sampai seminggu dah tumbuh banyak anak-anak pokok dh...ada aang dipindahkan ke dalam polybag dan pasu tunggu besar sikit baru pindahkan ke tanah..mana yang dalam pasu tu dan dah besar biar je abah cakap....abah pun ada semai pokok pegaga jugak..nanti tanam jer atas tanah bagi dia merimbun, dia tau anak sulung dia ni suka makan ulam pegaga..tu sebab dia tanam..ni menantu bongsu dia dah belikan dia benis sayur Kailan, Bayam dan Sawi and semalam masa keluar kejap dia beli lagi benih kangkung dengan Bok Choy..Haaa dai dah start nak menyemai sayur la tu..tanah dah ada dan dah amik kat kampung....

Kalau tak ke sungai memancing abah akan buang masa membelai tanaman dia ni la..sebelum ni ada pokok jambu batu, tapi tak bagus buahnya, dah matang dia membusuk plak..nanti tengah fikir nak gantikan ngan pokok buah apa...pokok betik kat depan rumah tu pun dah hampir habis buahnya, jenuh makan buah betik je..ada gak kami sedekah kat jiran dan adik beradik..buahnya besar dan sedap..manis je...tu pun nak kena ganti pokok lain juga nanti...nanti la SA pi nursery kat Ampangan tu..tengok pokok apa yang sesuai...susah- susah sangat tanam Durian je la...hahaha..abah cakap buang tebiat ke apa kau ni...orang sebelah tu tanam durian dalam pasu besar pun boleh mati...

36 comments:

  1. seronok tau ada tanah boleh berkebun..duduk kampung mmg best..kalau rajin jek mesti dapat hasil..JM pun minat tanam-tanam ni tapi bila umah atas langit ni..tanam dalam pasu jek...ada tanam bayam brazil :-)

    ReplyDelete
  2. WAH bestnya.. senang bila nak masak petik je

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa...kalau tangan Sis ni, nak bercucuk tanam ikut gak moodnya, ada kala cucuk aje hidup, ada masa, cucuk siap baja belai, haramm tak naiknya pokok tu huhuhu...

    ReplyDelete
  4. cantiknya pokok hiasan mix warna merah tu! Bestnya ada tanah boleh tanam macam2. Gemuk betik dekat kampung kak SA!

    ReplyDelete
  5. Geramnya tengok lada hitam tu.... fresh !

    ReplyDelete
  6. bestnya subur semua, geram nengok kucai tu kak... dana tanam tak besar2 pun... geram betul

    ReplyDelete
  7. Best nya kucai ...akak tanam tak biak2

    ReplyDelete
  8. rumah ammi kat seremban tu pun mama tanam gak sesikit utk pakai masa hari2.. nak tanam beria-ia tanah sekangkang kera je depan rumah. belakang bersimen dah semua

    ReplyDelete
  9. Semua nampak subur je tu kak SA. Suka tengok tanaman menghijau macam ni.. Nak makan pun senang, petik aje

    ReplyDelete
  10. Tanam pokok cili tapi xbesar2 lg..

    ReplyDelete
  11. Uiks segar2 semuanya kak..itu la kan hasil berbudi pd tanah

    ReplyDelete
  12. sama macam abah Hans suka menanam dan berkebun
    rumah kitaorang yang paling banyak pokok
    jiran-jiran selalu datang rumah minta itu ini
    hahaha

    ReplyDelete
  13. Bagusnye.. I kalau tanam-tanam ni confirm tak hidup pokok nye.
    Orang kata tangan panas hehehe

    ReplyDelete
  14. rajinnya sis menanam..sy pun minat menanam ni tapi xpernah hidup uhuhu
    ayah cakap tangan panas xblh menanam :(
    salam singgah sis..

    ReplyDelete
  15. wah..menarik la pokok lada hitam tu. sbb jarang jumpa org tanam kat rumah.

    tengok tumbuhan kita segar2..mmg sgt2 membahagiakan. boleh buat tersenyum sorang :)

    ReplyDelete
  16. Ada buat pasu besar kat blkg rumah utk tanam pokok. Tp sejak ada kucing ni pasu tu dah x kena panas sbb bertutup la pulak sbb pasang jaring keliling. X dapat la nak berkebun dah. Klw tanam pun mati sbb x kena cahaya matahari.

    Jeles tgk org yg bercucuk tanam ni. Kalau yg tangan menjadi tu hasilnya mak ai. Boleh jual

    ReplyDelete
  17. First time tengok orang tanam pokok lada hitam kat rumah..dulu kecik2 nampak pokok tu kat ladang bukit bukau tepi jalan kat Sarawak..

    ReplyDelete
  18. alahai seronok tgk tanaman hijau ni. plg seronok bebila nak guna boleh petik je kan.

    ReplyDelete
  19. uncle suka tanam cita-cita je... hahaha

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, kebanyakan tanamannya dah berhasil.

    ReplyDelete
  21. masyaa Allah subur2nya pokok tanaman abah SA :)

    ReplyDelete
  22. Tak rugi berbudi pd tanah..selain boleh dipetik bila2 masa nk makan,ianya juga terjamin..

    ReplyDelete
  23. bestnya ada mini kebun dekat rumah, Kalau dapat bercucuk tanam macam ni memang x payah beli dah kalau nak masak just petik jer kat luar rumah. jimat dan sihat makan sayur-sayur organik

    ReplyDelete
  24. byk juga tanaman tu..mmg syok la bila tiba kutip hasil

    ReplyDelete
  25. seronok duduk rumah yang ada tanah macam ni..boleh bercucuk tanam..save duit, tak yah beli..nak makan je, amik kat depan umah..

    ReplyDelete
  26. seronok duduk rumah yang ada tanah macam ni..boleh bercucuk tanam..save duit, tak yah beli..nak makan je, amik kat depan umah..

    ReplyDelete
  27. Sy tertarik dgn pokok nangka tu..rendah je dah berbuah hehe..best ada kebun mcm ni..

    ReplyDelete
  28. seronok bercucuk tanam..jimat belanja..:)

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah, menjadi semua tanaman kat kg akk, ayah akk pun rajin jgk bab2 menanam ni kan...seronok tgk..

    ReplyDelete
  30. musim hujan ne tanah subur lagi pulak yang tanam jenis tangan sejuk menjadilah dapat merasa hasil berbudi pada tanah

    ReplyDelete
  31. Seronok kan tanam-tanam nie.. Kak Sue pun suka juga. Memang tengah mengila sekarang.. nie ingat nak tanam pegaga juga lah.. feveret akak tu..

    ReplyDelete
  32. Seronok tengok tanaman berhasil. Kalau kat kampung lagi seronok ada tanah luas. kat bandar ni memang kena tanam dalam pasu je lah. pegaga sedap buat ulam. favourite gak

    ReplyDelete
  33. Best tau berbakti kepada tanah ni..
    Kita suka gak berkebun.. Tpi tu la dengan nak pindah skrg ni.. Rasa malasnya lahai nak tanam lagi.. Sbb ya balcony rumah baru lagi kecik dari ni🤣

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah