Tuesday, October 1, 2019

They Are Siblings...

Hi korang...

SA masih tak up gambar birthday celebration Kakak Dania...hari ni sedikit busy...ini pun up entry ni masa SA kat dalam tandas...tak senonoh kan..hahaha...Sabtu lepas selain dari adik beradik SA yang datang untuk majlis serba ringkas, ada gak ayah Dania datang. Kebetulan Ex SA ni ada msg SA nak datang tengok Dania. Ingat dia nak amik Dania bawak keluar ke..rupanya nak datang tengok kat rumah je..Alang- alang dah ramai kat rumah tu yang SA plan buat makan- makan sikit dan buat potong kek..ikutkan plan asal memang Dania tak nak potong kek..tapi apa barang sambut birthday takde kek kan..adik beradik sepupu pun ramai..SA pun takde la masak beria sangat..just masak macam biasa untuk makan tengahari je...


Ini la adik beradik Dania..mereka adik beradik betul cuma berlainan mak je..Dania ada 3 adik dah..hahaha...kiranya my Ex dah ada 4 orang anak la termasuk Dania..Ada gak yang tanya..SA boleh erk terima EX dan family. Sesetengah orang tak boleh...alaa...senang je..benda dah lepas biar lah berlalu..dah jodoh takde nak buat macam mana..and then buat apa nak bermusuh kan...adik2 Dania pun panggil SA Mama..SA okey je...even dengan mak tiri Dania pun SA ok...for me..what passed is passed...life must go on...Semoga Ex SA bahagia hingga ke jannah...as long as Dania pun happy kan...

Eh nanti la citer bab sambutan birthday kakak Dania tu..gambar tak susun lagi ...hahaha...

21 comments:

  1. betul tu kak.. yg dah lepas tu biarkan lepas.. yg penting kita +ve dan pihak lagi 1 pun +ve.. hidup akan jadi lebih tenang dan bahagia..

    ReplyDelete
  2. untung dania ada adik ramai . bagus lah diorang rapat macam ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, hidup mesti diteruskan, kan!

    ReplyDelete
  4. betul..buat apa nk brdendam. terima la itu smua aturan Nya..comel2 diorg

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah SA, betul tu walau apapun hubungan ayah dengan anak akan kekal hingga akhirat.. SA ibu yang baik dan wanita yang amat kuat pada pengamatan kak Ana.. Meriah Dania dengan adik2 nya kan :)

    ReplyDelete
  6. Betul tu, Kak. Yang dah berlalu tu kita biarkan berlalu. Hidup mesti diteruskan.

    ReplyDelete
  7. Pikirkan yg positif ja kan SA..insyaAllah hasilnya pun positif jgk

    ReplyDelete
  8. betul2. hidup perlu positif dan pikirkan masa dpan. boleh lah SA fokus lebih untuk benda yg SA nak capai. Goodluck!

    ReplyDelete
  9. Awwww sweet la SA. Alhamdulillah. semoga SA pun ditemukan dan dijodohkan dengan org yang sayang SA sepenuh hati nanti. Amiinnnnn. Cantiknya kakak dania

    ReplyDelete
  10. Bagus la SA. Bila move on semua akan hidup gembira.

    ReplyDelete
  11. SA ni bukan je wanita yang kuat, tp wanita yang penuh karisma dan mmg dana salute lah, takkan kita nak pisahkan dania dengan ayahnya kan

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah bagus SA. semoga anak2 pun bahagia kan

    ReplyDelete
  13. ye...perkara dah lepas. Ammi pernah tgk gak org yg tak ada persefahaman bila bernikah tp lepas cerai alhamdulillah...jadi kawan baik. pasangan baru masing2 pon ok with each other.

    ReplyDelete
  14. betul..menda yg lepas, biar la lepas..buat apa nak ingat...dh joooh takat tu je..yg penting masing2 bahagia dengan cara hidup sekarang...dan tak ganggu orang lain..

    ReplyDelete
  15. bangga dengan kak SA! menjaga silaturrahim antara satu sama lain...

    heyy, update dalam toilet tu macam sis lin aje...hahahhaha

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Sha bangga sangat dengan kak SA.. Silaturrahim tu yang penting.. Tak ramai yang boleh berfikir seperti akak..

    ReplyDelete
  17. True that!! both side sangat positive. what ever passed is passed. Lagi selesa bila sama2 bagi kerja sama tak gaduh2 kannnn. Boleh jadi kawan.. Contoh yg baik mcm family Norman Hakim & Abby Abadi. Congrats SA!

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. Semoga perhubungan kita sesama manusia baik-baik je.

    ReplyDelete
  19. Betul kak. Benda dah lepas nak kenang dan nak simpan marah pun tak guna kan. Yang penting Dania happy, akak pun happy. Seronok Dania jumpa adik2 yang lain ye.

    ReplyDelete
  20. bagus klau ramai yang berfikiran seperti SA ni..yelah buat apa nak gaduh2 kan..terima takdir dengan rela hati..in shaa Allah ada rezeki SA bertemu jodoh lain..siapa tahu kan..SA pun muda lagi cantik plak tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah