Friday, December 4, 2020

Kisah Mimpi...

Hi korang

Korang biasa dapat mimpi yang menakutkan dan memenatkan?SA baru - baru ni menghadapi mimpi yang SA x pasti apa maksud mimpi tersebut...mimpi tu pun takde sambungan...pelik dan masih terfikir sampai sekarang..harap- harap takde makna apa- apa la..sebab biasanya SA mimpi salah satu mimpi pasti akan jadi kenyataan...


Lelahnya dah tak terkawal, larian aku dah tak sekata. Dari awal aku cuba lari sekuatnya..peluh berjurai-jurai. Kenapa orang-orang ini cuba mengejar aku..dengan badan berketul-ketul diorang nak apa dari aku. Kalau diorang pukul aku confirm patah segala tulang temulang..Tiba-tiba tangan aku direntap kuat...puas aku menjerit suruh lepaskan...tapi jeritan aku x dipedulikan...badan basah dengan peluh...bercampur dengan peluh berjurai dari orang yg berjaya tangkap aku...tiba-tiba bunyi kokokan ayam yang kuat di tepi telinga...aku terjaga...ya rabbi..mimpi apa ni....moga ianya hanya mimpi mainan tido...yang nyata aku yang berpeluh-peluh terjaga....kalau hari2 berlari dlm mimpi dan kena kejar macam ni agaknya boleh kurus dapat 55kg tak?

Aduhai mimpi....harapnya biarlah sekadar mimpi....


12 comments:

  1. Mungkin Adam yang kejar Kak... Hehehe... gurau je... Tak tau la pasal mimpi-mimpi ni. Maybe akak penat sangat kot

    ReplyDelete
  2. Tidak pernah mimpi kena kejap.
    Harap-harap tiada perkara buruk berlaku.

    ReplyDelete
  3. Dana tak suka tidur bermimpi kak... sbb esoknya rasa penat nak mikir

    ReplyDelete
  4. tak pernah kena mimpi pelik2 mcm ni.. mengigau tu ada

    ReplyDelete
  5. Mimpi mainan tidur... hihi.. SA pikir byk sgt kot tu yg terbawa² ke mimpi... semoga mlm ni xde mimpi pelik² lagi ye

    ReplyDelete
  6. dulu akak pernah mimpi,nak blk kg kat kelantan,akak belikan mak sepasag kain kaler putih...
    bila terjaga rasa tak sedap hati...tak lama lps tu mak meninggalkan kami semua tanpa sempat akak balik

    ReplyDelete
  7. ammi pernah mimpi gini..mimpi tanpa motif. kena kejar anjing dr segala sudut. memang bangun tu terkejut and penat gila kot.

    ReplyDelete
  8. Harap mimpi itu hanya sekadar mainan tidur. Dekar waktu subuh tu, gangguan supaya SA cepat terjaga heheheee.

    ReplyDelete
  9. Oh my..jadi kenyataan mcm scary je kak SA huhuuu

    ReplyDelete
  10. kalau la dlm mimpi tu berlari boleh kurus .. i nak mimpi lari tiap2 hari hahaha

    ReplyDelete
  11. kadang kadang mimpi ni macam real kan. semoga tiada apa yang buruk berlaku.

    ReplyDelete
  12. mimpi mainan tidur..mudah2an hanya dalam mimpi..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah