Tuesday, December 22, 2020

Bukit Batu Sawa Jelebu Checked!!!

PART 1

Hi korang...

Sabtu lepas SA dan beberapa kawan berkesempatan hiking ke Bukit Batu Sawa Jelebu NS, Memang Bukit Batu Sawa menjadi idaman SA dan kawan- kawan. Trek yang tidak begitu susah memang menjadi pilihan selepas 2 bulan lebih tak hiking akibat PKPB. Walau sekarang masih PKPB, kami tetap teruskan niat kami hiking ke sini tapi masih mengekalkan SOP. Seawl pukul 7.30 pagi SA dan kawan- kawan menuju ke Kuala Klawang. SA tumpang kawan dari Melaka dengan wife dia iaitu Sarjan Rifin dan wife Wati. 

Sedikit keliru dengan Waze yang hantar kami ntah kemana- mana. Sedikit lambat sampai tapi kami tak kisah. Tak dapat tengok awan karpet pun takpe asalkan hasrat kami ingin menikmati keindahan pemandangan di atas puncak Bukit Batu Sawa tercapai. Sampai- sampai je kami park kereta dana meneruskan perjalanan menuju ke kaki bukit. Kami memulakan pendakian sekitar pukul 9 pagi iaitu seusai berjalan kaki dari kawasan parking.

Daripada situ, kami melalui kawasan kebun getah. SA dan kawan- kawan di hurung nyamuk. Besar- besar nyamuk tu. satu hal plak kami duk menampar- nampar nyamuk yang hinggap di badan.

Daun-daun pokok getah yang kering menutupi laluan sehingga ke simpang menuju ke hutan lalang. Lalang yang tinggi ‘menenggelamkan’ kami. Bagi mengelak miang pada kulit, kami cepat-cepat melepasi laluan tersebut. Nasib SA pakai inner, tarik sekejap sampai ke pangkal lengan untuk elakkan kulit luka dan miang lalang. Tapi cantik jer kalau bergambar dalam lalang tu...


Permulaan perjalanan


Parking di kawasan yang disediakan. Bayaran sebanyak RM3 dikenakan dan masukkan kedalam tabung yang disediakan oleh pemilik tanah


Parking kat sini insyaallah selamat.


Sedikit jauh perjalanan menuju ke kebun getah. Mencungap- cungap SA...nampak sangat tak fit..


Belum apa- apa SA dah berpeluh..


Jalan masuk ke kaki bukit perlu melalui kebun getah


Tidak dibenarkan masuk ke Bukit Batu Sawa sekiranya tiada kebenaran atau permit. so korang yang nak pergi ke sini sila buat permohonan  dan bayar permit sebanyak RM5


Pemandangan kebun getah


Cantik jer daun- daun berguguran


Nasib tak hujan...kehadiran pacat sangat SA risaukan


Akhirnya kami sampai ke kawasan lalang yng maha tinggi...bergambar kejap


One more pose...


Sabar jer la kan ..lalang ni miang rupanya

Setelah berehat seketika di kawasan pencawang elektrik yang ditumbuhi lalang tadi kami meneruskan perjalanan..3 orang dari kami iaitu Lin Ahmad, Izan Aiza dan Amie mendahului SA...kami teruskan perjalanan. Ikutkan Bukit Batu Sawa ni tak tinggi dan tak ambil masa yang lama pun


SA pancit...memandangkan x cukup latihan


Maaf kawan- kawan dan terima kasih buat dua husband and wife ni setia menunggu SA...sama- sama slowly kami naik..walau sedikit lambat...


Bila dah sampai kat sini bermakna kami semakin hampir ke peak...



Untuk sampai ke peak, perlu melalui laluan yang sedikit pacak. Dia belanja SA habis...memang SA sedikit pewai. Peluh tak tahu nak cakap macam mana berjurai- jurai. Masa SA naik tu memang sentiasa berselisih dengan hikers yang lain...untuk hari SAbtu tu tak berapa ramai yang naik...

Selepas melepaskan lelah sedikit, SA teruskan perjalanan ke peak...

Kita sambung next entry untuk gambar yang lebih banyak dan menarik.....

BERSAMBUNG


7 comments:

  1. Fuuuhhh... LeYa pun lama tak hiking. Agak pancit jugak ni kalau mula blk ni.

    ReplyDelete
  2. Hebat! Cantik view. Tahniah SA!

    ReplyDelete
  3. caya la Along!! Ayu memang x minat aktiviti sport & lasak2 mcm ni.. ha ha .. ramai yg ajak tapi M besar sgt...

    ReplyDelete
  4. Boss, I follow U (Your Blog)..ok.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah