Sunday, December 13, 2020

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Selalunya kalau masak asam pedas memang x pernah menjadi..puas berguru, google resepi ikut satu persatu arahan dalam resepi tetap tak menjadi...memandangkan mak x sihat ( kidney failure) dan selalu kurang selera makan..dia mintak masakkan untuk dia asam pedas ikan kembung...SA gigih masak hari ni...tawakal aje...berdoa sangat supaya menjadi dan menepati citarasa mak...alhamdulillah...mak kata jadi!!! terus kenyang perut SA..tak jadi makan..leka tengok dia dan semua yang kat rumah ni makan...akhirnya menjadi juga ...syukur....puas rasa hati...

SA guna resepi Azie Kitchen just tukar ikan je..

Asam Pedas Melaka

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 ekor ikan merah - potong 6 keping atau 5 ekor ikan - SA guna 6 ekor ikan kembung

5 sudu besar cili kering kisar - boleh tambah

1 sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap - SA lebihkan skit sbb guna asam jawa yg masih ada biji tu

Garam

Bahan tumbuk:

2 sudu ketumbar biji 

2 sudu jintan manis 


Bahan kisar:

8-9 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup

2 inci halia

Bahan hiasan

7 biji Sayur Bendi

2 biji tomato

2 biji terung

1 pokok daun kesum

2 batang bunga kantan


Cara cara:

Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan benar benar garing, masak dan terbit minyak. 

Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih, baru dimasukkan ikan. 

Masukkan bunga kantan dan daun kesum, biarkan seketika

Masukkan sayur bendi, tomato dan terung

Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidang.


Puas betul hati bila buat Aasam Pedas akhirnya menjadi...SA dah banyak kali buat macam ada je yang tak kena. Agaknya sebab kuat semangat nak masakkan untuk mak SA yang tak sihat makanya allah mudahkan semuanya buat SA...Giler tak excited kan...mestilah excited..lepas ni SA nak belajar masak kurma plak..bukan apa..SA masih failed masak kurma. baik kurma ayam mahupun kurma daging.Memandangkan SA masih bekerja dari rumah makanya SA akan cuba masak lauk kurma plak..bukan SA tak pernah cuba masak kurma. sama macam kes asam pedas tu jugak..SA masih failed sebab tak sama macam mak SA masak...


14 comments:

  1. sedapnya lahai asam pedas..dah lama tak makan..:)

    ReplyDelete
  2. Hai,jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. masak kurma senangggggg sangat! Kalau kak SA dah berjaya asam pedas, apalah sangat masak kurma hihi all the best!

    ReplyDelete
  4. practise makes perfect kak... hehehe... kakmim pun kalo nk cuba resepi baru mst jenguk kt blog Azie Kitchen... membantu sgt kn?

    ReplyDelete
  5. Fuh, mantap. Alhamdulillah. Lagi tengok bendi tu.

    ReplyDelete
  6. lps ni boleh cuba resepi ni sbb selama ni akak tak letak pun jintan manis dgn ketumbar tu

    ReplyDelete
  7. Ai masak asam pedas ni, Kalau kat rumah mak mesti menjadi. Tapi kalau kat rumah mertua, memanjang tak jadi.

    ReplyDelete
  8. sedapnya kak SA.. sha belum berjaya lagi buat asam pedas ini.. Masih try and error.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Masakan asampedas ikan memang tak pernah tolak tepi. Sedap.

    ReplyDelete
  10. tak reti lg nk masak asam pedas.. haha takut tak menjadi nanti terus murung

    ReplyDelete
  11. wahhh tahniah kak! akhirnya menjadi jugak asam pedas akak..alhamdulillah!

    ReplyDelete
  12. sedapnya tak pernah masak asam pedas ni.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya asam pedas ikan kembung. susah nak cari ikan kembung sekarang. harga pun dah mahal. huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah