Thursday, December 31, 2020

Tarikan Wave Rock Di Bukit Baginda Batu Kikir Checked!!

Hi korang..

Jom sambung lagi citer dunia hiking SA...Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.

FAKTA BUKIT BAGINDA

Ketinggian:
1476 feet / 450 meter
Jarak:
2.2KM (Sehala)
Masa:
1.5 – 2 jam (Anggaran)

KADAR BAYARAN
Bayaran Pengurusan – RM3
Permit Hutan – RM5

Trek memang takde belanja langsung, pacak...pacak..dan pacak..langsung takde diskaun...kat atas ni SA mengalami mental blocked teruk, nak nangis tapi tak keluar air mata. nasib SA dengan sweeper yang tegas..garang nak mati...kalau takde kata- kata semangat dari sweeper ni...memang SA berjaya sampai ke peak walau jarak sampai dengan kawan- kawan lain dalam 20 minit lambat.




































Tepat pukul 12.45 tengahari dari peak kami turun ke bawah semula. Memang tak tunggu lagi dah. Tak nak bazir masa. teranyata trek waktu turun takde susah macam masa mendaki...sekejapan je kami semua dah sampai ke gua yang mula- mula kami masuk. Berhenti bergambar sebentar untuk kenangan. Rupanya dalam gua ni ada 2 makam. Nasib SA tahu dah kemudian dan bukan laluan SA mula- mula masuk dan keluar. 

Apapun pengalaman yang sangat menarik. cuma perlu berhati- hati dan bekerjasama. Team work sangat penting...SA perlu lebih fit untuk trip akan datang. Berat badan pun perlu diturunkan. Now berat SA 61kg...aduhai nak sampai ke 57kg tu rasa macam susah betul. Kalau tak fit susah untuk SA next hiking...

Bukit Baginda, Wave Rock Checked!!!!


6 comments:

  1. View gmbr dkt wave rock tu cantik

    ReplyDelete
  2. Nampak Kuch kay Kuchai di situ.
    Terasa kepenatannya
    Mrs. A baru tahu ni ada tempat hiking nama Bukit Baginda kek Pilahdelphia.

    ReplyDelete
  3. cantiknya .. mcm duduk dalam gua

    ReplyDelete
  4. perghh memang rare lah batu tu! tengok akak hiking buat saya nak jungle trekking!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah