Saturday, December 5, 2020

Menu Lunch Hari Ini...

Hi korang!!!

Sabtu dh hari ni kan..biasanya hujung minggu mesti mak-mak nak gantung kuali kan...untuk SA jangan harap la rumah ni nak gantung kuali hujung minggu...x dapek do kata orang NS...masak tetap masak nak plak Pak Zain dan Mak Pah x suka makan kat luar tak tentu hala...kami memang dah dididik untuk makan kat rumah dengan family...janagn membazir katanya...duit ratus-ratus tu better beli je bahan dan masak kat rumah...apa guna korang kat rumah pandai masak....haaaa...kalau dh keluar ayat tu nasib ko la SA oii...tapi sesekali kita nak jugak makan kat luar kan..cuma PKPB ni takde la nak keluar x tentu arah..seeloknya duduk je makan kat rumah....

Sebab tu SA kalau balik kerja KL dan duk rumah sewa memang x masak...bukan sebab apa pun...sebab penat masak hujung minggu kan....masa tu la nak relax...adakala x makan malam pun masa kat rumah sewa...

Jom la tengok apa SA masak hari ni.....



Sayur campur...kat rumah ni hidangan sayur memang harus ada...


Rendang daging berkuah..asalnya ni lauk daging cincang lunch semalam..masih banyak dan kuah pun banyak so SA panadkan bagi kering macam rendang dan biar kuah pekat skit


Sotong Grilled ..Guna Air Fryer je....


Sos untuk sotong Grilled...senang je nak buat..beli sos cili thai, hiris daun ketumbar dan letak sos ikan satu sudu besar dan air panas skit bagi sedikit cair...


Tadaaaa...sexy x? Dah masak dah pun...cukup makan untuk 4 orang tghari ni...


Now tengah tunggu mak SA dialysis jap..lepas tu kang baru makan tengahari...abah complain kata x cukup ni sotong ni...anak kau suka sotong...eh...untuk sekali makan ok la ni...nanti SA nak buat daging ala-ala daging bakar danok plak la...lama x buat...udang pun ada tu kat dalam fridge...udang harimau lagi...beli banyak skit tadi sebab murah sangat...RM38 sekilo kat Zemart ..SA nak mintak abah beli daging batang pinang la esok..nak buat daging bakar plak..hahaha.....

So...korang masak apa hari ni?


13 comments:

  1. sedapnya rendang daging tu Sa..yum yum

    ReplyDelete
  2. yummy! mesti now dah kenyang kan hehe

    ReplyDelete
  3. rabia masak nasi goreng kampung dan buat ice cream tea o

    ReplyDelete
  4. Kak Amie kutip sayur cendawan tu. Sedapnya! Sotong air fryer tu menggoda seleralah pulak!

    ReplyDelete
  5. Saya memang hantu seafood sebab saya pescatarian, daging pun saya tak makan so bila nampak seafood, automatic terus terliur hehe that grilled squid nampak sedap sangat 👍🏻

    ReplyDelete
  6. Lauk pauk yang menyelerakan. Sotong grilled tu..sedapnya!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya namapak sotong tu.
    Semalam tak masak lunch kat luar, hari ni masak simple je sup sayur dengan ikan kembong sambal

    ReplyDelete
  8. Sedapnya lauk kak SA... nyum2.. Kita dua haei ni malas..xmasak pun... Sebab xlekat dekat rumah

    ReplyDelete
  9. tu diaaa...menu akk x pernah mengecewakan...semua nampak sedappp

    ReplyDelete
  10. memang menggiurkan...senang gak nak buat sos untuk sotong tu ek..asalkan ade sos ikan..

    ReplyDelete
  11. semua makanan sedap2 macam masak kat kedai.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah