Wednesday, December 16, 2020

WW~Thailand Bakal Buka Pintu Kepada Pelancong Dari Semua Negara

BANGKOK - Thailand bakal membuka pintunya kepada lebih ramai pelawat asing dalam usaha merangsang sektor pelancongannya yang terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19.


Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek berkata, jemaah menteri hari ini meluluskan pelan untuk memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari semua negara.

Menurutnya, sebelum ini STV hanya diberikan kepada pelawat dari negara berisiko rendah Covid-19, namun bilangan pelancong yang memanfaatkan kemudahan itu adalah rendah.



“Jauh lebih rendah daripada jangkaan kami. Hanya 825 pelancong dari 29 negara dan enam kapal layar dari negara asing berlabuh di negara ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ratchada berkata, bagaimanapun, semua pelawat asing harus mematuhi peraturan di bawah STV termasuk menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik tiba.


Di bawah STV yang dilancarkan pada penghujung Oktober lepas, pelancong asing boleh tinggal di negara ini hingga sembilan bulan, namun mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti kuarantin alternatif sejurus tiba, selain memiliki insurans kesihatan yang merangkumi rawatan Covid-19 berjumlah AS$100,000.

Thailand, negara pertama di luar China yang melaporkan kes Covid-19 pada Januari tahun ini, menggantung penerbangan komersial serta menyekat kemasukan pelancong asing dalam usaha mengekang penularan pandemik itu.

Setakat ini Thailand melaporkan keseluruhan 4,126 kes positif Covid-19 dengan 60 kematian. - Bernama


9 comments:

  1. menariks..sekali baca..ala kena kuarantin 14 hari bila sampai, berapa ari plak nak amik cuti? memang x sesuai la..nak gi travel mana2 time mcm ni...

    ReplyDelete
  2. nak pergi ! takot takut bawa balik virus ke family pulak :(

    ReplyDelete
  3. banyak jugak duit kena sediakan sebelum boleh masuk ke Thailand tu..huhu

    ReplyDelete
  4. masa kuarantin lagi, duit hotel lagi..aiyakkk...bercuti kat negeri sembilan aje lah... boleh kak SA masakkan ;)

    ReplyDelete
  5. Tunggu betul2 tenanglah baru boleh melancong.

    ReplyDelete
  6. memang best dapat melancong tapi cost pun bertambah. kena tunggu covid ni betul2 pulih dulu.

    ReplyDelete
  7. kena tunggu betul2 selamat baru boleh travel.. kos confirm naik melambung ni

    ReplyDelete
  8. Nak tak nak Thailand terpaksa buka untuk kembalikan ekonomi negara mereka. Harapnya mereka yang kesana disaring dan tak menularkan virus.
    buat masa sekarang ni eloklah kita tak bercuti dulu kan. Dah pulih covid barulah rasa tenang sikit nak bercuti pun.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah