Friday, June 5, 2020

Persiapan Raya PKPB SA Dan Keluarga

Hi korang...

Raya dah lama berlalu dah..SA baru sibuk nak up kisah persiapan hari raya SA..Biasa sehari sebelum raya SA dan keluarga ada kat kampung buat lemang beramai- ramai, memandangkan kalai nia beraya norma baru...so takde la merasa buat lemang bakar lagi dah..kita tukar buat lemang kukus. Tapi tetap kukus guna buluh...Rasa pun tetap sedap macam lemang bakar jugak..tahan 3 hari dan tak basi tau..Tahun ni semuanya serba sederhana. Hanya ada rendang daging, rendang udang dan sup gearbox. Ada la beberapa makanan lain yang kami order je untuk tambah- tambah disamping kuih raya. Tahun ni SA beraya kurang meriah..beraya makan- makan hanya hari pertama je..lepas tu start raya kedua dah normal macam biasa..macam takde apa- apa yang berlaku pun....hahaha...cuti raya panjang pun SA buat sprint cleaning rumah je..takde la plan nak kemana- mana memandangkan mak SA pun tak berapa sihat...

Jom la tengok gambar...


Gearbox abah beli 3 batang untuk buat sup, best sebab banyak dagingnya..


Udang besar- besar untuk buat rendang


Buluh yang di kerat untuk buat lemang kukus

 

Kunyit hidup dan serai bahan penting untuk rendang


Gearbox dan tulang rusuk


Paru dan daging batang pinang untuk rendang


Get ready dengan beras pulut


Bawang merah untuk sup


Bawang putih


Halia yang dihiris


Dah siap masukkan daun pisang dalam buluh


Cili padi untuk rendang


Abah potongkan daging untuk rendang


Mak masukkan beras pulut dalam buluh..


Masa ni mak bebel..belajar buat..esok2 mak dah takde sape nak buat lagi..alaaa...


SA bantu apa yang patut dan mengacau je lebih...


Si Aydan ni main air je..kacau ikan keli atuk dalam kolam tu..


Rendang SA dah terjerang


Lemang pun dah nak masak


Dah letak santan dah...


Dah hampir masak


Dah siap keringkan.

 

Ni plak sup gearbox..SA tumis masa tu kul 3 petang...menjelang berbuka dah siap dah..


Lemang rebus..ok la kan?


Lemang rebus pun sedap...


Rendang udang buat suami adik SA yang x makan ayam dan daging


Sup gearbox masa ni tengah mendidih


Daging abah buat masak lempap...tumis bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan daging fresh..masak sampai air dari daging tu kering dan dagaing empuk...perasakan garam dah siap..memang tak pernah missed buat masak ni..


Sup dah siap masak..


Nasi impit dan kuah kacang


Tadaaa...SA takat hidup sup dan makan daging je la..lemak dan sum sum tu SA x makan...


Itu je la persiapan raya PKPB SA yang simple, simple tapi banyak makanan...cuma sedihnya 2 family lagi takde..tak dapat balik sebab tak boleh rentas negeri kan...rindu kat dioarang..lama dah kami terpisah ni..SA dapat bayangkan kalau SA tak balik masa mula2 MCO lepas..sure SA dah meraung- raung dah...kan?

Kira aci la kan SA lambat up kisah sehari sebelum raya..kisah raya dah up dah kan..gambar raya pun dah share..tahun ni tak macam tahun- tahun sebelumnya...belum terlewat lagi rasanya untuk SA ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 

8 comments:

  1. Akak buat rendang 2 hari sblm raya.. Frozenkan..

    Btw rendang udang SA tu mengancam betul la

    ReplyDelete
  2. Perghhh terliur gile nengok sup tu seperiukkk..mesti seapkannn..
    Aishh macam nak masak raya sekali lagi je rasanyaaa...

    ReplyDelete
  3. Meriah juga ni SA walaupun katanya rata PKPB... Brrtuah SA dapat beraya dgn parents

    ReplyDelete
  4. walaupun PKPB, raya tetap raya kan 😬

    ReplyDelete
  5. tetiba rasa lapar pulak akak dgn rendang udang tu..hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapek melomang dengan family.. tahun ni tak abah saya tak melemang. Anak² semua tak dapat balik..

    ReplyDelete
  7. kat gambar tu caption lemang rebus tu mesti salah kan? lemang kukus kan? haha...tapi serius nampak elok kejadian lemang tu...macam dibakar jugak rupa dia...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah