Sunday, June 14, 2020

Resepi Baby Octopus Goreng Ketumbar

Hi korang...

Pernah makan Octopus? suka makan octopus? SA suka je..benda-benda rare ni SA mmg suka nak cuba.. Octopus atau sotong kurita tapi yang ni SA beli yang baby octopus. Mulanya memang teragak-agak nak beli sebab tau memang xde yang nak makan...tapi keinginan mengatasi segalanya..hahaha..SA pernah makan octopus kt hotel mana ntah tapi cara masak dia lain..ingat nak buat sambal macam sambal sotong biasa tapi macam x kena plak..so SA refer dengan kawan SA Chef...so dia suggest masak macam ni je..haaa...maka jdilah masak simple macam ni asalkan sedap...ada separuh orang cakap buat grill madu tapi macam x kena je..sebab tekak orang kat rumah ni tekak melayu kan..

Korang nak resepi?

Memandangkan SA rajin hari ni so SA bagi je la resepi eh...kalau korang x nak guna octopus korang boleh tukar kepada udang atau kupang...jom tengok resepi..


Kita letak gambar dh masak atas sekali bagi aura geram tu naik...


Bahan- bahan ~ Cili api dalam 10 biji, halia sikit, bawang putih 4 ulas, bawang merah kecik 2 ulas dan bawang besar sebiji...bawang besar tu hiris kasar, bahan yang lain tumbuk lumat..
Daun ketumbar 2 pokok ( hiris kasar) , madukkan sekali akar dia, Serai sebatang, sos tiram 2 sudu, lada sulah 1 sudu, kunyit serbuk 1 sudu kecil..

Cara masak ~ Tumis bahan yang fitumbuk sampai naik bau dan garing, masukkan sos tiram, serbuk kunyit d, lada sulah dan octopus..gaul rata dan biarkan seketika, masukkan daun ketumbar dan bawang besar yang dah dihiris, gaul mesra, perasakan garam dan siap!!!


Octopus ni SA beli dari kawan opis yang buat bisnes bahan segar delivery...


Siap dah....

Sedap masak macam ni...SA ingat nak buat kering xde kuah..tp air dari Octopus tu jadi kuah plak..tapi sedap...next time boleh repeat order lagi ..baby octopus ni SA beli satu pack RM15. So beli 2 pack...memang berbaloi...SA masak semua lepas tu kalau x abis kang boleh makan masa dinner....

Selamat mencuba ye....

14 comments:

  1. Terliur pula. Belum pernah rasa anak sotong kurita lagi.

    ReplyDelete
  2. alahai geramnya kak oi... dahla comel je semua tu

    ReplyDelete
  3. Selalu makan sotong ni bila makan sushi je. Belum pernah masak sendiri

    ReplyDelete
  4. sedap plak nampak. org korea makan mentah je atau rebus cecah sos.heheh

    ReplyDelete
  5. Cuci mata sungguh tengok sotong2 tu suria..hehe

    ReplyDelete
  6. baby octopus ni kadang diorang masak lembik2 rasanya ek...yang lembik2 macam kat sushi king tu takleh nak telan lak..huhu

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lak jumpa baby octopus ni ....

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kak baby octopus ni.. Buat sambal pun sedap kak.. Saya suka...

    ReplyDelete
  9. tak pernah try lagi makan baby octopus ni. rasanya macam sotong putih atau sotong kering yg buat sambal tu? harga berapa SA?

    ReplyDelete
  10. Sedapnya nampak octopus SA ni.
    Octopus ni Mrs. A panggil davy jones salah satu watak dalan Pirate of the caribean tu.
    Macam seram nak makan tapi kalau dah ada, makan jugaklah.

    ReplyDelete
  11. macam tak pernah makan je baby octopus ni. goreng ketumbar lagilah tak pernah makan. kot jumpa boleh cuba resepi akak.

    ReplyDelete
  12. Nani tak pernah try makan baby octopus ni, masak goreng ketumbar pun first time dengar. Nampak sedap lah pulak.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah