Tuesday, June 16, 2020

Bonding Time Anak Beranak Di AEON Seremban 2

Hi korang...

Dari awal bulan 2 tahun ni SA tak keluar bonding time dengan anak dara kesayangan SA ni...Ahad lepas dia dah bising boring dah duk rumah...tak tau dah nak buat apa..memandangkan dah PKPP maka SA cuba la bawak dia keluar sekejap..tak sampai 2 jam pun sebab masih paranoid dengan bahaya Covid -19. 
SA pi AEON sebab nak memborong novel..lama tak membeli novel padahal banyak je novel blom baca lagi kat rumah...hajat hati nak beli karya Ramlee Awang Murshid nak buat koleksi..tapi tak tau plak mana satu naskah dia yang pertama dan seterusnya. Nanti kena study dulu la..sebab kawan- kawan yang suka beli RAM nyer novel semua cakap kena beli dari novel pertama kalau nak buat koleksi..SA ni jarang beli novel yang genre seram ni...sebab SA jenis suka membayang...bila dah membayang tu sure la SA ni penakut..so nanti la cari senanrai novel RAM.


nampak dah terselit 2 buah novel ditangan?


Masa ni kat ruang legar AEON Seremban 2, tak ramai pun orang

Then terus pi Popular Book Store


Bnayak novel yang tengah promosi 20% diskaun


SA amik yang ni


Dan yang ni..

Sebenarnya dah makan kat rumah masa tu...tapi SA nak bonding ngan Dania, nak borak- borak, nak ada sessi heart to heart talk...bila dah ada anak yang kian membesar, dah remaja, kita kena layan dia macam kawan- kawan..kena tanya dia ada masalah ke..dan macam-macam yang patut kita share la..so far Dania anak yang baik dan mendengar kata. Cuma kesian dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah...so hati dia sedikit keras. Adakala senang tersentuh. So sebagai semorang ibu SA kena pandai mainkan peranan.

Selfie sebelum makan


Saje curi- curi amik gambar dia..

Kami berdua lepak kat Row Six, restaurant Asian Cuisine, first time gak masuk sini...tempat lain ramai orang...


Tomyam Rice Noodles with seafood


Stir Flat Noodle With Tenderloin Beef


Ice Lemon Tea & Lychee Branch...

total damage makan berdua RM65.90

Itu je la cara SA habiskan masa ngan Dania...borak- borak santai...so far ok la...dia pun tak bosan sangat cuma keinginan nak berjalan tu terbatas sebab dia pun takut dengan Covid-19. Dalam pukul 5.30 macam tu kami pun balik rumah. Dah lama dia berkurung sampai tak tau nak pi jenjalan mana..terdetik gak minggu ni nak bawak dia pi KL...tengok la kalau jadi.....

11 comments:

  1. Memang kena ada masa berdua untuk borak-borak tanpa gangguan.
    Saya pun masa PKPP barulah keluar makan dan beli barang.

    ReplyDelete
  2. ammi memula plan nak gi AEOn gak ahad tu cari baju ngan seluar kerja. tp bila pikir nak spend time dengan mama tak jadilah.

    Ammi antara peminat karya RAM. Kalau SA nak start baca siri Sunan, SA kena mula baca
    1. Bagaikan Puteri
    2. Cinta Sang Ratu
    3. Hijab Sang Pencinta
    4. Cinta Sufi...

    ada lagi 6 rasanya untuk settle siri sunan. tp seriuslah..baca cerita ni sampai ammi terpikir sunan ni betul ke wujud?

    ReplyDelete
  3. since PKP ni, memang x pernah lagi bawa ian & iris gi jenjalan kat mall.. bising gak dah masing2 tu, mcm SA la..still paranoid lagi. wah bestnya shopping novel. Ayu nya stok nak baca pun tinggal 2 buah je. Beli online masa PKP ari tu 6 buah.
    I Promise by Acik Lana..best!!!

    ReplyDelete
  4. Halamakk...ni nak cari buku acik lana pula ni...

    ReplyDelete
  5. takut nk baca buku seram ni...tiba2 masuk mimpi lak...
    ada anak dah remaja ni... mmg betul..kita kena buat mcm kawan...

    ReplyDelete
  6. Baca novel RAM..akan berdebar je tau, bkn bacaan santai..haha

    Manis wajah anak SA

    ReplyDelete
  7. bestnya. dah lama saya tak ke mall sejak pkp..huhu

    ReplyDelete
  8. best boleh jalan2..tapi tetap kena berjaga2 kan...sama la macam dania, kalo keluar tetap ada rasa gerun sebab covid ni belum berakhir lagi..

    ReplyDelete
  9. seronok tu memang seronok dapat keluar tapi itulah masih lagi xbebas macam dulu. still kena hadkan waktu keluar. sesekali dapat keluar berdua camni okaylah. at least dapat spend masa keluar sama-sama.

    ReplyDelete
  10. Besar dah Dania, makin cantik! Sekali sekala bonding time macam ni memang best kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah