Sunday, June 28, 2020

Bina Rumah Banglo Ala Resort Di Tepi Pantai

Hi korang.....

Bercerita tentang hasrat untuk membina , membeli atau mengubahsuai rumah bukan la perkara yang boleh dianggap mudah. Dengan keadaan ekonomi negara kita yang tidak stabil dan semuanya serba serbi mahal sekarang, tak ramai dapat menunaikan hasrat untuk memiliki kediaman yang diidamkan.Harga rumah zaman sekarang sangat - sangat tidak boleh diterima akal. Terlampau mahal kan.Bila SA duduk- duduk santai kat office terdengar kawan- kawan bercerita tentang hasrat mereka untuk memiliki sebuah rumah. Walau tak besar mana asalkan cukup untuk mereka sekeluarga berteduh. Tapi masing- masing mengeluh bila bercerita tentang harga. Untungnya kalau ada tanah sendiri kan. Boleh jer bina rumah ikut konsep dan citarasa sendiri. Sayangnya tak semua ada tanah sendiri..ye tak? Hari ni SA bukan nak bercerita tentang nak beli rumah tetapi lebih kepada berkongsi tentang rumah idaman SA. 

Entry kali ni sememangnya ada kaitan dengan impian masa SA kecik- kecik dulu.Masa kecik-kecik..masa berbual dengan mak abah, biasa la masa kecik- kecik akan ditanya dah besar nanti cita- cita nak jadi apa kan?..pernah SA suarakan hasrat di hati nak bina rumah banglo 8 tingkat..wakakakaa...imaginasi dan impian masa kecik-kecik dulu bukan main kan..sampai 8 tingkat tu ha nak buat utk mak abah dan family..eh x mustahil kan...mana tau kalau ada rezeki tapi hakikatnya hanya mampu beli rumah 2 tingkat je untuk mak abah dan satu family berkumpul...walaupun SA dah ada rumah sendiri tapi SA masih mempunyai impian untuk memiliki sebuah rumah banglo ala resort. Alaaa macam rumah banglo ala resort di tepi pantai. Mana la tau kan...



Contoh rumah ala resort yang menjadi impian SA


Kenapa Saya Suka Design Rumah Banglo Ala Resort?



Sebab apa SA suka rumah banglo ala resort? Sebenarnya family SA ni agak besar dan kalau boleh masa berkumpul bila tiba hari istimewa tu biarlah semuanya selesa kan. Al Maklumlah anak- anak buah dah bertambah. Kami 5 beradik jer pun dan kalau boleh biarlah setiap satu family ada bilik untuk beristirehat dengan selesa. Contoh macam banglo kat atas tu...sebuah banglo yang sangat cantik dengan 7-8 bilik. SA sukakan rumah yang luas dan kalau boleh ada laman yang luas dan  dihiasi dengan landskap yang simple untuk view yang lebih indah. Bila waktu petang boleh duduk rehat di luar rumah dan semestinya ada gazebo dan kolam renang so boleh duduk- duduk santai petang- petang hirup udara segar. Dapat tak korang bayangkan ketenangannya...Pada pendapat peribadi SA design rumah banglo ala resort ni sangat unik dan tidak lapuk ditelan dek zaman.

SA juga suka rumah yang ada bilik dan bilik air yang banyak sebab memikirkan family SA yang besar, so sesekali berkumpul jadi mereka tak perlu keluar dari bilik untuk mandi. Semestinya ini akan memberikan keselesaan kepada tetamu untuk menjaga aurat mereka kan? Apabila rumah besar dan mempunyai design ala resort juga pasti menjadi perhatian. Seni bina dan lokasi yang strategik mampu menarik perhatian sekiranya ingin dijadikan Homestay atau pelaburan untuk masa depan.

Kenapa Best Buat Rumah Style Resort Di tanah Tinggi Dan Tepi Pantai?


Memang menjadi impian semua orang inginkan rumah yang besar ala resort dan kalau diberi pilihan SA memang nak sangat rumah di tepi pantai atau di tanah tinggi. Sebab apa? sebab utama dah tentunya SA sukakan keindahan alam. Keluar rumah jr kita dihidangkan dengan pemandangan yang indah, aman dan tenang.




Sebab- sebab  kenapa SA pilih rumah style resort di tanah tinggi dan tepi pantai.

  1. Privasi keluarga - Suka dengan kawasan rumah yang luas dan suka dengan keindahan atau pemandangan sekeliling rumah. Bagi yang cintakan ketenangan pasti ingin lari dari kesibukkan bandar dengan membina rumah di kawasan yang tinggi atau tepi pantai.
  2. Lokasi untuk Weekend Retreat- Bila family besar, banyak aktiviti gathering yang boleh diadakan. So dengan rumah yang cukup selesa ni rasanya takde masalah nak berkumpul ramai- ramai pada hari istimewa atau perayaan. Masa ni la seronok berkumpul dengan sahabat handai dan saudara mara.
  3. Homestay Dan Jana Pendapatan? - Selain itu, boleh juga dijadikan homestay dan sekaligus mampu menjana pendapatan dengan menampilkan Rumah Percutian. Untuk adakan majlis perkahwinan pun sesuai kan..
  4. Investment Jangka Panjang - Rumah semestinya pelaburan untuk jangka panjang. Bagi SA, membeli rumah adalah pelaburan jangka panjang yang bagus dan setiap orang perlu memiliki walaupun hanya sebuah rumah kerana nilainya sentiasa meningkat. Dewasa ini, pelaburan hartanah adalah instrumen paling popular dan kebanyakan pelabur hartanah menggunakan metode beli dan sewa atau beli dan jual selepas kawasan tersebut dikomersilkan.

Jom tengok contoh pelan untuk rumah impian SA..sila klik link ini untuk lebih banyak contoh pelan rumah sebagai rujukan..

https://www.dawaibesi.com/2018/08/pelan-banglo-3-tingkat-5-bilik-tidur-air.html



Banglo 2 tingkat yang mempunyai 6 bilik dan 5 bilik air

Contoh pelan di tingkat bawah

contoh pelan di tingkat atas


Konsep interior design / rekaan dalaman impian SA.

Untuk  hiasan dalam atau interior design SA lebih mementingkan konsep,disamping pilihan dan penggunaan warna yang tenang serta sesuai untuk keluarga yang ramai.Bagi SA , konsep (gaya) hiasan dalaman setiap rumah itu sebenarnya mencerminkan personaliti seseorang. Dan SA gemar memilih hiasan dalaman rumah yang berkonsepkan Moden Kontemporari dimana SA menganggap konsep ini ‘tidak lapuk dek hujan, tidak lekang telan dek zaman’.

Di bawah ni adalah contoh hiasan dalaman yang menjadi idaman SA. Lagi best kalau dapat buat rumah ala resort ni di atas tanah sendiri kan?



Ruang tamu dan ruang makan


Ruang dapur


Bilik tidur

Pulau Langkawi Memang Sesuai Jadi Lokasi Buat Banglo Style Resort. Boleh Jadi Alternatif Hotel Di Langkawi Untuk Pelancong.


Korang setuju tak Langkawi sebenarnya sesuai menjadi lokasi untuk banglo style resort? Kebanyakkan banglo style resort ni sememangnya banyak didirikan di Langkawi?Selain dijadikan rumah persendirian, sekarang dah ramai yang buat rumah banglo style resort untuk investment ataupun menjana pendapatan dengan menjadikan alternatif hotel untuk  tujuan pelancongan. Pulangan adalah sangat lumayan. Korang boleh lihat sendiri betapa majunya Langkawi sebagai lokasi pelancongan yang terkenal.

Baca ini juga > https://sukamakanjalan.blogspot.com/2019/12/hotel-di-langkawi-murah-terbaik.html

Kenapa tinggal di homestay di tepi pantai lagi berbaloi berbanding tinggal di hotel sekitar langkawi menurut pendapat SA sendiri.

Pada pendapat SA, sekiranya diberi pilihan antara hotel dan homestay SA lebih prefer homestay kerana orang pergi bercuti adalah untuk berehat dalam suasana yang tenang dan damai. Kalau tinggal di homestay pelbagai aktiviti keluarga boleh dilakukan seperti majlis keramaian dan BBQ di mana kita tidak dapat aktiviti ni di hotel. Sekiranya memilih hotel banyak kemudahan yang mungkin kita tidak dapat untuk percutian keluarga yang besar. Semestinya homestay di tepi pantai dikelilingi oleh alam semula jadi dan pemandangan pantai yang dapat memperbaharui segenap tubuh anda dengan oksigen yang bersih lagi menyegarkan. Selain itu dapat menambahkan sensasi kepuasan bersama alam semulajadi dan lari dari hiruk pikuk kota yang sesak. Lagipun SA memang akan bercuti dengan keluarga SA. Sebab tu homestay menjadi pilihan untuk sebuah keluarga yang besar.

Kenapa pilih Nas Nuri Construction untuk bina rumah banglo idaman hati?




Untuk merealisasikan impian rumah banglo ala resort yang SA idamkan, perkara pertama yang amat penting selain dari budget adalah kontraktor.Antara kontraktor yang telah direkomenkan adalah Nas Nuri Construction. Nas Nuri Construction adalah antara Kontraktor yang banyak terlibat dalam pembinaan rumah terutama di kawasan Selangor dan Negeri Sembilan. Dan hasil carian SA di FB Nas Nuri Construction, banyak review hebat dari pelanggan telah diberikan. Ini terutama kredit diatas pembinaan rumah banglo. Dan memang SA kagum melihat design pada rumah yang telah siap dibina. Sangat cantik dan bahan material untuk 'finishing' sangat berkualiti. Boleh rambang mata tau tengok hasil kerja Nas Nuri Construction yang kini mendapat tempat di hati ramai pelanggan. Review komen dari owner rumah yang pernah mendapatkan khidmat Nas Nuri Construction pun sangat menarik. Semua memberi review yang positif.






Nas Nuri Construction menyediakan khidmat arkitek, pelukis pelan dan sebagainya. Jadinya sangat mudah! Kita hanya berurusan dengan satu syarikat sahaja tanpa melibatkan banyak pihak (syarikat luar yang lain).

Selain itu melihat pada hasil kerja pembinaan Nas Nuri Construction, bukan hanya 1 projek tetapi begitu banyak kejayaan yang dilaksanakan menjadikan SA cukup positif dengan reputasi syarikat ini. Ini merupakan antara faktor yang penting sebelum kita ambil keputusan untuk membina rumah. Kita  juga boleh melihat kepada contoh-contoh projek rumah yang siap dibina untuk dijadikan sebagai  rujukan dalam pembinaan rumah idaman.

Korang boleh melihat sendiri contoh-contoh pembinaan rumah dan projek renovasi yang telah mereka jalankan di laman FB - https://www.facebook.com/NAS-Nuri-Construction-Sdn-Bhd-298134537338/ 


Kesimpulan

Memegang pepatah ‘Rumah Ku, Syurga Ku’, SA sanggup berhabis duit untuk membeli barang bagi menghias dekorasi tanpa rasa sedikit menyesal atau menganggap ia satu pembaziran. Bagi SA, biarlah sedap mata memandang dan keluarga selesa bersama ketika di rumah. 

Pendapat SA membina rumah perlu ada bajet,perancangan dan pengetahuan yang tinggi agar tidak salah membuat keputusan. Sebaiknya kita perlu mencari rujukan dari mereka yang dipercayai sebelum membuat keputusan. Contohnya rujukan dari pihak bank sekiranya perlu membuat pinjaman. Ini penting sebelum kelulusan pembinaan rumah diperolehi dan mula dijalankan. Tidak dinafikan kita juga perlu melantik peguam terbaik dan boleh dipercayai untuk menguruskan segala urusan berkaitan dengan Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran atau semua yang berkaitan. Sememangnya proses membina rumah tidak mudah tetapi melantik peguam sekurang- kurangnya memudahkan urusan kita

Membeli rumah adalah pelaburan jangka panjang yang bagus dan setiap orang perlu memiliki walaupun hanya sebuah rumah kerana nilainya sentiasa meningkat akan datang. Orang ramai khususnya bakal pembeli semestinya  mengetahui perkembangan semasa berhubung aliran jual beli rumah terkini dan  mendapatkan maklumat diperlukan agar kita tidak membuat keputusan yang salah sebelum membina atau membeli rumah.

So bakal- bakal pemilik rumah banglo ala resort tepi pantai, sekiranya korang berminat hendak mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang pembinaan rumah banglo, bolehlah hubungi pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd ya!


NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
No. 26-2F (2nd floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
40170 Shah Alam, Malaysia

sales.nasnuri@gmail.com

Atau boleh juga layari laman web dibawah :-

Laman web: www.nasnuri.com
Blog rasmi: www.dawaibesi.com

Semoga SA ada rezeki membina rumah yang SA Idam-idamkan..Ameen.......

14 comments:

  1. wah..cantik2... suka gak dok umah tepi pantai...but for holiday je kot.
    sbb suka dgr bunyi ombak laut. malam2 sejuk..damai je
    but for permanent, tak pernah plak bayang kan. sbb bila monsun, angin kuat..mesti takut. almaklum la..penakut. he he he.

    ReplyDelete
  2. Semoga akk diberikan rezeki yg murah dan berpanjangan supaya boleh jadikan impian satu kenyataan..Amin...

    ReplyDelete
  3. Semoga Kak SA diberikan rezeki untuk memiliki rumah idaman seperti di atas. Dan sememangnya LeYa juga menginginkan rumah yang suasana tenang dan damai.

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak SA. Setiap org ada impian rumah sendiri. Mcm sy pun dok planning je even suami dh ada rumah sendiri. Tanah ada tapi tulah byk benda lg nak fikir. Semoga kak SA dan kita semua dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  5. Kalau ada rezeki memang nak sgt rumah banglo ala resort ni kak. Hujung minggu boleh pgl family dtg berkumpul rakai2. Syok tu.m

    ReplyDelete
  6. semoga tercapai hasrat dan impian

    ReplyDelete
  7. Bestnya, moga satu hari nanti impian SA terlaksana

    ReplyDelete
  8. Kalau ada ranah sendiri boleh bina rumah yang luas dan besar ikut impian kita kan kak.

    ReplyDelete
  9. Perghh..ni kalau dapat resort ala resort tepi pantai memang nikmat betul lah..memang tak keluar rumah gini

    ReplyDelete
  10. dulu saya pun ada impian, nak rumah atas tanah tinggi atau bukit bukau, lepas tu ada kandang lembu biri2...dah macam kat new zealand...haha

    ReplyDelete
  11. Bestnya..!! Semoga terlaksana impian awak...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah