Thursday, June 4, 2020

Simple Birthday Celebration Untuk Pak Zain

Hi korang

Kenal Pak Zain? Haaa Pak Zain ni agak popular la kat FB berbanding anak dia...macam mana bleh popular pun tak tau la...kalah anak dia ni..selalunya anak dia ni yang ada ramai pengikut, tapi sejak MCO hari tu Pak Zain sedikit popular bab tanaman yang ditanamnya di rumah. Sekarang semua tanaman Pak Zain dah harvest dah..tinggal beberapa je lagi dalam proses nak tanam semula..

So 28 May lepas merupakan birthday Pak Zain yang ke 66 tahun...ada la buat simple celebration untuk Pak Zain...bukan main happy dia lagi...tak lepas ucapan terima kasih kat mulut dia..Makin di mamah usia, makin Pak Zain ni sangat menghargai Mak SA..setiap apa yang dilakukan demi isteri tercinta, gaduh, rajuk manja dah menjadi asam garam buat Pak Zain. Anak- anak dan cucu dah faham dah...ketua keluarga memang begitu sifatnya kan..eh..jangan tak tau Pak Zain ni pandai urus rumah tau, masak pun dah power dah...berkat jadi Surarumah sejak mak sakit kan...

Jom tengok gambar...sebenarnya gambar ada banyak tapi banyak censored sebab  Mak tak bertudung...so macam tak best plak nak letak kan....




Nampak muka terharu abah kat situ.


Beli kek Choc Odyssey by SR
 

Zoom Cake skit..


Mommy Dida sponsor Kambing grill

Simple je celebration, Actually Mak SA ada masak pulut kuning masa ni..ada sambal ikan bilis petai dan kari ayam..pas tu buat sedekah kat jiran- jiran dan kawan- kawan...cucu plak semua mandi kolam depan rumah..so potong cake pun kat area pintu rumah je...meriah petang tu masing- masing mandi dari tengahari bawak ke petang...siap SA belanja makan durian. Kenyang sampai ke malam sudahnya...

10 comments:

  1. Semoga ayah SA diberi kesihatan yg baik,sentiasa berbahagia bersama anak cucu..

    ReplyDelete
  2. HB buat abah SA, moga di beri kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan bahagia selalu

    ReplyDelete
  3. Happy birthday. semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat sentiasa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....happy belated birthday abah akk...
    nieyl doakan semoga abah akan sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik Amin..

    ReplyDelete
  5. Ringkas namun sangat-sangat bererti.

    ReplyDelete
  6. Alaa comel Ayah Zain...selamat hari lahir buat Ayahnya SA, moga sihat dan bahagia bersama anak menantu cucu tersayang...

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun kelahiran buat abah..semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  8. Tahniah abang Zin sambut hari jadi yang ke-66
    Semoga sentiasa sihat dan ceria.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...semoga diberi kesihatan yang baik dan umur yang diberkati kepada Pak Zain..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah