Tuesday, June 30, 2020

Mama Bonding With Dania Di MyTown Shopping Centre Cheras

Hi korang...

SA dan Dania sejak MCO ni memang tak pi dating kemana- mana la..tak berani nak bawak dia ke tempat2 awam ni walau dah di bolehkan ikut norma baru...SA sangat- sangat paranoid tapi baru- baru ni saje nak beli jiwa dia skit..ajak dia pergi jenjalan KL dan shopping, punya la dia happy sepanjang kami berdua jenjalan tu..mood dia pun cantik..ye la kena la mood cantik sebab dah tentu- tentu mama nak belanja shopping kan...kalau buat perangai memang balik la jawbnya tak yah nak jenjalan..plan SA mula- mula nak spend masa lama kat KL, nak check in hotel ngan dia..tapi apa yang dirancang tu x menjadi sebab SA x sihat plak...SA di serang period pain teruk...nasib dia ok tak merajuk sebab SA layankan jugak dia walau SA x berapa sihat..Ada yang tanya kenapa tak naik kereta je..kenapa pilih naik kenderaan awam...ye SA guna kenderaan awam sebab mudah. Tak payah pening2 fikir nak park kat mana, nak fikir bayar parking yang memang harga sangat yahudi bila weekend. Naik train bleh relax- relax lagi kan....sambil2 tengok kerenah orang....

Awal pagi SA dan Dania dah keluar dah pergi terminal. Plan asal nak pi naik bas sampai CM. Erm..silap la kat situ sebab bas x gerak pagi...pukul 10 baru nak gerak and waktu SA kat Terminal tu baru pukul 8.30 pagi. giler lama nak tunggu sampai pukul 10 kan...terus jalan kaki pergi KTM...giler la buat hal 2 beranak berjalan dari Terminal ke KTM yang boleh tahan gak jauhnya. Boleh berpeluh ketiak gak masa tu...tapi kami santai- santai jer...nasib baik tak terlepas train...senyap2 jer tak citer kat Mommy Dida ke atau kat Mak Abah..kalau tak sure kena gelak ngan diorang tapi dah citer dah pun...dan memang betul kena gelak...

Sesampai je KL kami terus naik MRT pi Mytown Shopping Centre. Tujuan utama selain nak shopping kat situ..kami nak ke IKEA...erm..sudahnya tak masuk sebab ramai betul orang...Dania nak beli kasut jenjalan dan berkenan satu kasut ni kat Paul & Bear..harga asal RM129 pas tu ada markdown price RM79.90..meroyan Dania nak beli..SA tak berkenan sebab warna putih kan...tapi dia nak jugak sebab dia nak beli guna duit raya dan duit gaji tusyen ajar Dida. Mak Teh dia bagi sehari sebelum pi KL..hehehe...ikut awak la nak...mama ikutkan aje...dah hajat dia kan...sesekali bagi dia rasa puas hati...























Ice Lemon Tea yang sedap nak mati...


Kangkung Goreng Belacan


Telur dadar minced chicken and shrimp


Decoration cantik..


Tomyam Clear Soup Seafood


Sedap...portion besar


Fragrance Rice


Daging Bakar Harimau Menangis..part ni memang menangis makan...sedap!!!!rasa ak cukup plak... 


Bab makan Dania memang tak tolak...dah abih makan siap request nak try Mykori plak...perut dah sendat ni...nasib baik Mykori tutup

SA banyak belikan Dania baju kat Padini. Lama dah tak shopping..baju yang ada pun dah banyak sedekah kat sikembar. Baju semua elok2 dan ada sekali pakai je..Dania ni lain skit peel dia..kalau dia suka baju tu atau satu2 barang tu dia akan pakai selalu. Kalau dia tak suka..jangan harap dia nak ulang pakai. Dari buang je baju tu..SA sedekah je kat si kembar. Nak plak si kembar dah besar panjang kan. Muat je baju kakak Dania...lepas ni memang kalau beli baju biar dia je yang pilih...ikut selera dan citarasa dia..nanti takde la SA dipersalahkan..

Tengahari tu SA bawak Dania makan kat Para Thai Restaurant. Mulanya nak makan Tony Romas...erm..pusing2 tengok directory takde plak Tony Romas..ishhh abang Tony ni tak buka kedai kat Mytown ke...amenda ntah...last2 pilih makan makanan Thai je la...teringat lama x makan tomyam...well moh ler kita makan kat situ...service tip top, makanan nyer price reasonable..SA makan berdua RM117 tapi service charge mahal..hahaha..total damage makan kat situ RM137....

Next time kita makan kat Tony Romas eh...

So petang tu dalam pukul 2 petang kami balik sebab tengok orang dah semakin ramai...paranoid ngan Covid-19 kan...so..moh ler balik sebelum terjebak ramai- ramai macam tu...menakutkan je...SA ngan Dania singgah NuSentral jap..pusing2 lepas tu balik...dalam train minah tu x sampai 5 minit dah lelap..sabar jer la...penat sanagt la berjalan tu...


😊😊

Sampai Seremban dah pukul 5.30 petang...

Pergh...nak patah rasanya kaki...penat betul...malam tu tido awal sebab kepenatan...

Itu aje la citer kami dua beranak Sabtu lepas...next time boleh la Mama Bonding lagi...tunggu rezeki mama bertambah lagi...nanti kita pi jalan jauh skit....doakan rezeki mama murah...

See ya next entry....

10 comments:

  1. seronoknya Dania jalan2 kl, nasib baik dapat mama yg pandai naik mrt, SK tak pandai, takuttttt

    ReplyDelete
  2. Comel sungguh anak SA, dah macam adik badik dah...

    ReplyDelete
  3. dah lama saya tak pergi mall sejak PKP hari tu. rindu sangat nak jejakkan kaki kat mall lagi. hhihi

    ReplyDelete
  4. Belum lagi pergi Mytown.
    Sekali-sekala jalan memang seronok. Penat jalan kaki bakar kalori.

    ReplyDelete
  5. Seronok SA dengan anak dara nya menghabiskan sama sama2 di KL, makan2, chatting2.. memang jadi kenangan best utk anak dan mama kenang.

    ReplyDelete
  6. ammi pun dah lama tak ber"mother-daughter" day ngan kyra. tunggulah reda dulu masalah covid ni.

    ReplyDelete
  7. daging bakar rimo menangis...menangis jugak kita menengoknya ni 😭😭😭

    ReplyDelete
  8. besar dah Dania :) Best ada geng nak berjalan hujung minggu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah