Sunday, June 14, 2020

Resepi Rendang Udang Harimau

Hi korang...

Lama dah rasanya blog SA ni x share resepi kan? semua kerana kemalasan nak menaip entry...makan rajin..hahaha...apapun hari ni tak tau la kenapa SA terlampau excited sangat nak update entry...semangat plak tetiba memandangkan SA tak buat apa pun kat rumah..semalam jer sibuk masak- masak...kang kalau SA share resepi yang sama je kang orang cakap SA pandai masak tu je...hehehe...haaa...jangan kata takde yang komplen SA macam tu ye...ada..just selama ni SA ignore je.,..malasa nak amik port..

Meh la SA share resepi...



Bahan- Bahan

3 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
5 batang serai ( hiris)
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
1 inci lengkuas
*Semua ni kene kisar halus

2 sudu besar cili kisar
Santan sekilo
Daun kunyit (racik halus)

Cara masak

  1. Tumis bahan kisar sampai betul- betul naik bau dan masak cilinya..
  2. Masukkan santan
  3. Masak sampai pekat
  4. Perasakan garam
  5. Dah pekat kuah dan hampir kering baru masukkan udang
  6. Udang masuk last supaya rasa udang dan tekstur masih kenyal dan segar, lagipun tak nak overcooked sangat
  7. Masukkan daun kunyit
  8. Dah pekat tutup api...
  9. Siap!!
Rendang udang sedap dimakan dengan lemang, nasi impit atau sedap juga dimakan dengan nasi putih....SA dan adik beradik memang suka pelbagaikan masakan...nanti nak test masak rendang sotong plak..tapi kena masak seekor- seekor la..baru cantik rendang tu nanti....nanti kita cuba eh..kalau jadi SA up kat sini..kalau tak jadi SA up kat group MATJHN...hehehe.....

10 comments:

  1. Sedapnye rendang udang... Yummy! Okay...waiting for rendang sotong lak

    ReplyDelete
  2. Perghhhh gile sedap nengoknyaa....aishhh rasa nak jilat skrin hahahahah

    ReplyDelete
  3. Biasanya rendang ayam atau daging.
    rendang udang pun sedap agaknya.

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak...kita tak pernah makan rendang udanggg

    ReplyDelete
  5. Orang negeri sembilan rajin bona merondang... cuk ubi pun dirondang...ni udang pun haaa...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak.. Lama xmkan udang harimau ni.. Sekali sekala dapat sedapnyaa

    ReplyDelete
  7. ammi simpan resepi ni sbb masa raya aritu mmg sebut ngan adik2 ipar..tahun depan takmolah buat rendang kerang. nak try buat rendang sotong / udang pulak

    ReplyDelete
  8. udang my favourite! balik kampung wajib mak simpankan stok udang.

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa! Udang pun besar besar, puas hati makan macam ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah