Monday, November 30, 2020

Jom Booking Hotel Di Negeri-Negeri Zon Hijau Dengan Traveloka

Booking Hotel Di Negeri- Negeri Zon Hijau Dengan Traveloka | Tahun 2020 ni kita semua di uji dengan pandemic yang kita sendiri tidak tahu entah bila akan berakhir. Dari Mac sampai la sekarang kan..dah hujung tahun pulak dah.. Semua yang kita biasa buat sudah menjadi ketidakbiasaan. Kita semua dah tidak bebas melakukan sebarang aktiviti yang kita suka khususnya melancong baik luar negara mahupun dalam negeri.

source from google.com

Pandemic dan CMCO ini sedikit sebanyak menyebabkan kemerosotan industri perhotelan kerana objektif kerajaan Malaysia adalah untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19. Impak itu tidak memberi sebarang pilihan lain dalam kalangan penggiat industri perhotelan, melainkan dengan meletakkan kebergantungan kepada pasaran domestik selagi pelanggan dari peringkat antarabangsa dan perniagaan luar negara tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Berdasarkan perkembangan semasa, Penularan COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan awam bahkan impaknya turut dirasai sektor ekonomi khususnya bagi industri pelancongan dan perhotelan.

Keadaan itu menyebabkan banyak pemain industri terpaksa mengecilkan operasi selain ada yang terpaksa gulung tikar ketika kebanyakan negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam menangani penularan COVID-19.

Namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun lalu sehingga 06 Disember depan berupaya merancakkan kembali sektor ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan perhotelan yang kini bersedia menerima kunjungan tetamu dengan kebiasaan baharu.

Dengan keadaan negara kita yang masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat, kita masih boleh bercuti di negeri- negeri zon hijau. Inilah masa yang sesuai untuk kita membantu industri perhotelan dengan menyokong percutian domestik. Banyak hotel- hotel domestik di zon hijau yang telah menurunkan harga bagi tempahan hotel mereka. Dan SA percaya ramai yang ingin bercuti di hotel- hotel domestik setelah lama berkurung di rumah. SA sendiri menggunakan applikasi Traveloka baru- baru ini untuk menempah hotel di Melaka. 

source dari google.com

Kenapa SA pilih Traveloka?

  • Harga Jujur - Harga yang disenaraikan termasuk semua cukai yang berkenaan, fi dan surcaj.
  • Harga Rendah - Muat turun Traveloka App dan dapatkan harga terbaik untuk bilik dan pelbagai promosi menarik
  • Ulasan Sebenar Tetamu - sekiranya perlukan pendapat tetamu lain untuk membuat keputusan? Traveloka  menyediakan lebih 2 juta ulasan sebenar daripada tetamu hotel.
  • StayGuarantee - Dengan StayGuarantee, tempahan hotel dijamin sepenuhnya. Jika berlaku lebihan tempahan, Traveloka akan mencadangkan hotel lain yang setaraf, tanpa kos tambahan. Atau, bayaran akan dikembalikan.
  • Pelbagai Pilihan Pembayaran - Sama ada anda ingin membayar melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet, atau di 7-Eleven, Traveloka menyediakan pelbagai pilihan untuk anda,Tiada fi transaksi.
  • Diskaun Istimewa - Ahli Traveloka biasanya akan mendapat diskaun hotel istimewa.

Untuk itu anda semua tidak perlu risau atau buntu apabila keinginan untuk bercuti bersama keluarga atau orang tersayang terganggu akibat Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat. Anda masih boleh bercuti di negeri- negeri zon hijau. Jom kita hotel booking melalui Traveloka Malaysia. 

Pelbagai hotel di zon hijau yang tersenarai di applikasi Traveloka. Anda hanya perlu layari website Traveloka dan pilih mengikut pilihan hotel kegemaran anda di negeri- negeri zon hijau yang tersenarai. Jangan jadikan alasan Pandemik atau Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ini untuk anda tidak bercuti. Anda masih boleh bercuti tetapi perlu mengikut kebiasaan yang baharu. Patuhi syarat- syarat SOP yang telah di sediakan oleh pihak perhotelan. 

source dari google.com


Antara negeri yang didalam zon hijau adalah Kedah, Pahang, Trengganu, Melaka , Johor  dan Perlis. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dari MKN dan KKM. Anda boleh rujuk kepelbagaian cadangan hotel di website dan applikasi Traveloka. Traveloka bekerjasama dengan rangkaian hotel di seluruh dunia agar anda dapat menikmati penginapan yang selesa di mana sahaja. Cuma sekarang anda semua hanya boleh menikmati penginapan domestik. Semua tidak menjadi masalah kan? Aslkan anda masih boleh bercuti. 

Jom bercuti! Pastikan penginapan anda adalah selamat dan didalam zon hijau.

Jom Traveloka!!


23 comments:

  1. Seronoknya negeri hijau. Daerah LD masih merah, belum boleh langkah kaki keluar ke tempat hijau.

    ReplyDelete
  2. Waaa best ni.. kita kat Johor ni pun geramm jee nak staycation, tapi tu lerr, anak-anak pulak datang tak nak.. grrrrrr...

    ReplyDelete
  3. tak tahu nak ke mana masalahnya..

    ReplyDelete
  4. memang kekadang saya rindu untuk berjalan-jalan ditempat orang. saya suka menginap di hotel. tak perlu yang mahal pun. sekadar ada kemudahan buat minuman ringan dan mart berdekatan.

    ReplyDelete
  5. Kakmim terbiasa dgn agoda dah lagipun dah byk point kat situ syg pulak nk bertukar.. setakat ni 2x dah cancel booking untuk staycation... huhu

    ReplyDelete
  6. Syoknya kalau dapat staycation kat zon hijau.

    ReplyDelete
  7. tak sabar dah nak bawak anak jalan2 nih. kesian diaorang terperuk je dalam rumha. Kalau dah habis PKP di penang nak jalan2 ke luar penang nih.

    ReplyDelete
  8. alahai rindunya nak jenjalan stay hotel tapi saya zon merah huhuuu lagi

    ReplyDelete
  9. ikut plan nak ke Pantai Timur bulan 12 ni.. Selangor pula PKP tak sudah.
    tunda lagila plan tapi dok intai2 dah hehe.. atur mana nk p jalan..

    ReplyDelete
  10. Sabar ye. Apakan daya duduk dalam Negeri Merah. Rindu nak staycation

    ReplyDelete
  11. da lama tak travel..kalo dulu2 memang traveloka antara platform yang saya akan guna untuk riki2 hotel bajet

    ReplyDelete
  12. syok la negeri yang dah tamat pkpb, kita kat selangor ni mampu tengok je lah. Zon merah pulak tu haha

    ReplyDelete
  13. Bila sis share pasal traveloka ni baru kite teringat pasal jenama ini. nampak tak berapa lama tak travel sampai lupa pasal traveloka. bila lah nak habis PKPB ni!! tak sabar nak travel and book guna Traveloka

    ReplyDelete
  14. Memang tengah cari hotel best nak bercuti bulan 12 ni. Penat dah duduk rumah tak pergi mana-mana. Nanti kita check traveloka ada tempat dekat sikit tak untuk staycation

    ReplyDelete
  15. Sejak cmco ni dah lama terperap kat rumah hehehhe apekandaya... Harap ni lepas ni boleh la staycation lagi. Kita tak pernah guna traveloka .. Lepas ni bole la pakai apps tu

    ReplyDelete
  16. Haritu sebelum gelombang ketiga ni, dah plan dah nak pegi Ipoh & Penang. Tiba2 announce pkpb pulak. Terus kena cancel semua booking. Ni pun tak tau la bila lifted.

    ReplyDelete
  17. I miss going out so much! Hope this PKPB will end very soon! God bless everyone!

    ReplyDelete
  18. Senang bila ada Traveloka so boleh booking hotel2 kat zon hijau tapi tu la kte dr zon merah kena la bersabar dulu hehe

    ReplyDelete
  19. Star 7 haribulan dah boleh rentas negeri dah hehehe bestlah nak booking dan juga jalan-jalan sebeb lama sangat duduk rumah tepu otak ni asyik kerja jer kan...

    ReplyDelete
  20. Dulu pernah try traveloka. sekali jelah tapi. sekarang pkp tak sempat nak melencong kemana mana

    ReplyDelete
  21. Ini pun antara my favorite apps untuk booking hotel sebelum PKP dulu.. Easy and really convenient apps.. Yes, selalu boleh dapat harga jauh lebih murah compare to others apps..

    ReplyDelete
  22. convenient kot apps ini. dulu i seringkali buat booking via traveloka tapi tak user friendly sangat. best gila kalau boleh jimat sikit

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah