Wednesday, November 18, 2020

Half Day & Rasa Kurang Sihat

Hi korang...

Hari ni SA last kerja dari office, lepas tu SA half day plak hari ni...ada personal nak kena settle. Dan- dan rasa kurang sihat, rasa tonsil bengkak sebelah kiri. Check suhu pagi tadi tinggi sikit 36.8 walau masih di paras OK. Terus rasa macam nak demam. Pelik gak cane tonsil leh bengkak sedangkan takde pun SA minum ais ke apa. Hari2 supplement tak tinggal ni...lama dah tak demam. So SA apa lagi..cepat2 cari strepsil dan makan ubat demam. Now dah rasa lega. Nasib baik SA half day hari ni.

Korang sarapan apa hari ni. SA hari ni sarapan nasi lemak Tangling, ada kawan opis belanja sempena Deepavali treats. Alhamdulillah rezeki hari ni. Padahal SA dah sarapan pagi tadi...kenyang lagi..tengok la makan untuk lunch rasanya...Korang yang tau Nasi Lemak Tangling ni portion dia besar. Memang SA x leh habis 



Harap- harap SA tak demam la...susah kalau demam sebab Mak Abah high risk kan...dah la SA berulang Seremban KL. Dania pun nanti berisiko tinggi..Nampaknya memang SA kena makan ubat ikut time walau takde demam ke apa. Mencegah lebih elok dari mengubati kan...SA risau kalau tetiba demam je ni sebab SA travel hari- hari kan...harap- harap SA okey je la..just pelik tonsil ni asyik mengada je..macam mana SA tau tonsil SA membengkak? Masa nak menelan tu rasa macam sakit, pastu dah start berkahak dan rasa tak selesa..makan strepsil tadi terus rasa ok skit...tapi SA tetap makan gak strepsil. Tak nak tonsil terus bengkak. Kalau bengkak nanti sekali pakej ngan batuk. SA tak suka la batuk2 ni...susah nak bernafas.

Korang jaga diri ye..KL kes makin meningkat...Seremban pun sama..SA tak tau nak lari mana lagi dah...Lari PKPB Lembah Klang sangkut PKPB Seremban. La ni harung jer la...just kena extra carefull nampaknya..


 


12 comments:

  1. jaga diri & kesihatan, betul, mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga SA & family baik2 sahaja di sana ya

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh...nasi lemak tangling mmg sedap..dah lama x makan, dulu2 bila ada celebration kt office, selalu order nasi lemak tangling..suka lauk sambal sotong..

    ReplyDelete
  3. Semoga baik baik je kak. Take care.

    ReplyDelete
  4. get well soon SA.. now wabak virus ni makin byk juga.. take care tau

    ReplyDelete
  5. moga cepat sembuh dan sihat selalu

    ReplyDelete
  6. Jaga diri dan makan ubat.. balik nanti rehat puas-puas yaaa SA..

    ReplyDelete
  7. Jaga diri kak SA. Kalau demam teruk sangat, pakai je mask pun walaupun kat rumah. Saya ni nasib baik fully work from home. Bos x bagi datang opis langsung. Menternak kemalasan. Huhu

    ReplyDelete
  8. Semoga dikurniakan kesembuhan secepatnya, SA.
    Baca entri ni terus jadi rindu nasi lemak Tangling 😊

    ReplyDelete
  9. Bawa-bawa berehat SA. Moga cepat sembuh. Lama dah tak sarapan nasi lemak. Kakak sarapan bubur nasi jagung.

    ReplyDelete
  10. Bila tonsil datang memang boleh bawa demam dan macam2 lagi.
    Mudah2an cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
  11. sama dengan saya, hujung minggu lepas tonsil meragam, muncul white spot and rasa tak selesa nak menelan..terus minum air banyak2, telan panadol and hisap ubat sakit tekak..esoknya baru ok balik alhamdulillah..kita yang ada tonsil ni sensitif badannya..mudah terima jangkitan, jadi kena selalu jaga2..huhuhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah