Thursday, November 19, 2020

Dinner Malam Semalam

Hi korang...

Hari ni SA bersiaran dari rumah Seremban. As usual work from home setelah 6 hari bekerja dari office sejak Rabu minggu lepas. Penat skit sebenarnya sebab berulang kan Seremban- Kuala Lumpur. Macam yang korang ketahui, SA kerja ikut rotation 3 hari bekerja dan 2 hari cuti. So hari ni sampai Selasa minggu depan SA akan bekerja dari rumah. Agak relaks sikit nampaknya walau hakikatnya takde la relaks macam mana pun. SA rindu betul nak "metime" la...selalunya kalau SA penat melampau, SA akan kemana- mana berdekatan untuk me time. Kali ni memang tak boleh kan...

Well nak citer pasal semalam. SA ambil cuti half day. Takde apa pun cuma nak rehat je..ingat keluar office pukul 12.30 tu boleh la SA balik cepat dan rehat kat rumah. hakikatnya non hado..tak dapek de sebab train ikut schedule baru. Next train nyer timetable masa tu pukul 2.30pm. Terpaksa la SA merayau- rayau ke NuSentral selepas makan sekejap kat The Chicken Rice Shop. Sorang? Harus la sorang...takkan berdua or beramai- ramai plak. Lepas makan...merayau sana sini walau dalam hati risau sangat. Pergi Sam Grocer beli Lamb slice. Dah janji ngan Dania dan Abah nak masak lamb grill nanti.
Lepas settle semua SA balik. Sampai rumah Seremban 4.00pm lebih kurang.

Bawah ni lauk SA masak untuk dinner...yang SA x masak lauk Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api tu. yang lain tu simple je kan so memang SA yang masak....


Kailan Goreng Ikan Masin


Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api campur Daun Kunyit- Mak Masak


Telur dadar last minute requested by Dania


Pekasam Ikan Sepat...my fav and SA sorang je makan..

Makanya kita nangis kat bucu sofa sebab terpaksa makan nasi malam tadi.. Giler tak makan dah lauk sedap macam tu ha...macam mana badan x naik...tapi SA berjaya makan sesenduk nasi je...takde makan bertambah. Memang sedap makan nak plak ada pekasam baru sampai. Pekasam tu pun SA sorang jer layan. Kalau ada adik ipar orang Utara tu ok gak bleh gang makan pekasam. 

Macam mana SA pandai makan pekasam?

Hasil bergaul ngan ramai orang kat opis dan ada kawan- kawan alam maya yang ramai. SA ni suka mencuba. Nanti nak cuba pula pekasam daging dan pekasam telur sotong....ermmm...x sabar...Sebenarnya SA kena marah ngan mak. SA beli 2 pek pekasam tu. Dia risau nanti buang je...eh...mana pernah buang...elok je SA simpan dan masak...nanti nak cuba jugak ikan belanak jeruk. Kawan- kawan kata sedap....ermmm....canti wait lagi....

Korang masak apa hari ni?

Lauk pauk hari ni SA update petang ye....

See ya next entry...

 


14 comments:

  1. pekasam daging and telur sotong tk pernah try..slalu mkn pekasam ikan je..tu pn dh try mcm2 jenis ikan pekasam

    ReplyDelete
  2. Kita kan, paling takut nak goreng apa2 pekasam pun sebba sure akan makan banyak punya, huhu

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka makan ikan pekasam. Bertambah tambah nasi. Alhamdulillah sebab jenis badan susah naik. Takpelah SA, jalan2 kat NU Sentral tu anggaplah me time. Janji jaga SOP

    ReplyDelete
  4. Teringat kenangan zaman purbakala, praktikal di Seremban. Naik bas ekspress dari Puduraya. Tak ingat berapa jam baru sampai, sempat tidur dalam bas.
    Kirim salam kat Mak SA ye, bagi tau sedap betul tu siakap masak lemak cili api campur daun kunyit. Aromanya terbau dampai LD!

    ReplyDelete
  5. pekasam tu membuka selera akak la SA

    ReplyDelete
  6. Pekasam memang lah sedap... Hari ni LeYa rehat masak.. Haha.. Ibu yang masak.. Lauk sotong goreng kunyit dengan sayur goreng pucuk paku

    ReplyDelete
  7. sedap-sedap menunya SA.. cuma, tak pandai makan pekasam. Nama je orang utara, tapi tak makan. hihi

    ReplyDelete
  8. allahu pekasam sepat tu SA, mana nak cari ni SA ku sayang :)

    ReplyDelete
  9. Kak Sue pun peminat ikan pekasam, nanti nak try juga pekasam daging n telur sotong..

    ReplyDelete
  10. Duk gilir2 baper hari masuk ofis baper hari keja kat rumah.Bila time keja dari rumah selalu blur / tak ada idea nak masak apa...tanya mr hubby pun kdg x membantu..sbb dia pun sejenis tak kisah..makan je...

    ReplyDelete
  11. pagi ni buat nasi goreng kicap..hujung minggu, boleh la saya makan nasi..ehhh alasan..haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah