Wednesday, November 4, 2020

Oden Je Laa...

Hi korang...

Semalam SA super duper busy...kesana  kesini buat kerja...takpe la dah kerjakan tapi sampai tak tau nak makan apa tu dah jadi satu masalah buat SA..letih oiii...sedar- sedar dah pukul 1, an sedar- sedar makanan pun x beli lagi. Biasa SA akan bawak bekal tapi memandangkan bekerja dari rumah hanya 3 hari so SA malas nak bawak bekal. Tengok la next week macam mana kan..kalau masih sambung PKPB kat KL ni..kena la SA bawak bekal pergi kerja..sekarang nak keluar mana- mana macam takut kan..bahaya terdedah kat luar tu...sepanjang masa SA akan pakai mask je..takut...lepas tu memang jaga kebersihan je..kerap cuci tangan dan guna hand sanitizer..

Gambar bawah ni semalam SA dari level 13 hantar document untuk CEO. Then notice dah pukul 1pm.. terus la SA turun bawah pergi Family Mart beli Oden je...itupun tak dapat makan habis masa tu...makan suku je pas tu ada kerja lagi nak kena buat. urgent pulak tu...nasib ko la SA oii...




Total damage kat FM semalam RM14

Tapi walau macam mana tak sempat makan tetap habis...Tak baik membazir kan...cuma kali ni kuah tomyam dia macam ada kureng and masin skit...eh tunggu la adik2 balik nanti nak beli Udang bear- besar and buat Oden macam sebelum ni...kalau buat sendiri macam- macam boleh tambah kan...

Hari ni last SA kerja WFO...esok SA kat rumah Seremban and WFH plak...hehehe...apapun SA cuba update blog seperti biasa ye.....

10 comments:

  1. lama tk mkn oden FM ni...hot & spicy..

    ReplyDelete
  2. yummyyy but i tak berapa suka oden

    ReplyDelete
  3. Terlebih masin tu yang buat kurang selera nak bagi habis. Apa pun syukurlah juga, ada alas perut di tengahari.

    ReplyDelete
  4. 3-4 kali makan oden ni, SA.
    anak-anak la punyer permintaan.
    aida ok ok je. better beli yong tau foo kat psr mlm.
    last time beli, julai ke ogos lepas, masin ya Allah kuahnya.
    Ijat slurrpp sikit terus menjerit dia, "tak sedap!!!"
    maybe outlet tu aje ekk termasin. and ari tu plak termasin nyer :)

    ReplyDelete
  5. dah lama juga x beli oden dkt FM ni...
    skrg ni buat sendiri dkt umah je, puas makan...hehehe
    boleh ulang-ulang,wah!nieyl hari ini wfh...esok wfo pulak...

    ReplyDelete
  6. Oden dulu2 saya suka lobak putih.
    Memang rambang mata macam pilih yongtaufu.

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap oden tu. Saya pernah beli sekali je sebab family mart jauh.

    ReplyDelete
  8. Saya perasan kuah oden sekarang dah kurang sedap. Terus rasa macam kurang dah makan oden. Sesekali kalau teringin dan dapat yang kuah sedap tu baru rasa nikmatnya oden.

    ReplyDelete
  9. alamak macam teringin pulak nak tapau bawak balik rumah jap gi ni..hahahah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah