Friday, November 20, 2020

Tips 'belajar' Membantu Peniaga Jalanan

credit photo from google.com


Jika kita adalah golongan yang tidak terjejas dalam pandemik ini, sesungguhnya tips ini untuk kita.

Tips 'belajar' membantu peniaga jalanan

1. Jika makcik jual kuih RM2, 5 keping. Belilah RM4 dan bayar RM5. BELAJAR tak mahu menerima baki. Nampak kecil, tapi makcik gembira bukan kepalang.

2. Jika ada pakcik penjual nasi bajet, sebungkus RM4, manakala 3 bungkus RM10. 

BELAJAR ambil 2 bungkus, dan bayar RM10. Pakcik ada tambahan RM2, juga lebihan sebungkus lagi untuk dapatkan RM4. Senyum bahagia pakcik, kita akan turut bahagia.

3. Jika pergi ke kawasan jualan, carilah gerai makan yang paling sikit pengunjung. Atau carilah penjual yang sedang termenung resah. Sila datang, berbual, bertanya khabar dan belilah daripadanya. 

Selain membeli jualannya, kita BELAJAR empati, ambil berat dan mengurangkan gusar di hatinya. Melihat ada pengunjung yang hadir ke gerainya pun sudah cukup membahagiakan.

4. Jika datang ke gerai jualan yang tidak mahir beroperasi, jangan banyak komplen itu ini. Barangkali itu hari pertama dia berniaga dan tak mahir susun letak barang, tak bersedia dengan duit kecil dan pelbagai lagi.

BELAJAR maniskan muka, tak perlu marah dan herdik. Berakhlak baik kepada mereka adalah rezeki perasaan untuk mereka.

5. Jika kita lalu di satu gerai, yang jualannya tinggal satu atau dua bungkus, BELAJAR berhenti dan beli semuanya. Walaupun kita tak menginginkannya, kita boleh beri kepada orang lain.

Selain membeli barang jualannya, kita sedang menyedekahkan waktu untuk mereka. Supaya mereka dapat tutup gerai dengan lebih awal, pulang ke pangkuan keluarga dan melepaskan lelah seharian bekerja.

Begitulah rakan-rakan yang baik,

Belajar memberi walau sedikit.

Ikhlaskan hati, moga semuanya dalam perhatian dan perhitungan Allah.

Peniaga jalanan,

Mereka bukan golongan yang senang-senang mahu terima wang kita tanpa usaha. 

Lihat sajalah kecekalan mereka berpanas-panas sepanjang hari di gerai jualan.

Untuk semua yang sedang menerima ujian, Allah menguji kita dengan kasih sayang yang sarat. Sambutlah ujian ini dengan redha dan harungi bersama. 

Fasa ini bukan kegelapan panjang, hanya gerhana. Kita mampu hadapinya!


11 comments:

  1. time2 gini memang kena saling membantu...semua sama2 susah...

    ReplyDelete
  2. Ye lah kan... Waktu getir sekarang ni memang kita kena bantu-membantu antara satu sama lain

    ReplyDelete
  3. Setuju.Membeli itu membantu. Mereka pun nak menjana pendapatan juga. Sama-samalah kita.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. acu pun sikit2 mula amalkan bayar lebih.
    Kalau dulu, baki seposen amik gak hahaha

    ReplyDelete
  5. btul tu..sling bantu membantu. kecil bagi kita tapi besar bg mereka

    ReplyDelete
  6. Ramai yang susah sekarang ni peluang kita untuk memudah kan kehidupan orang lain. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

    ReplyDelete
  7. betul SA, jika kita ada lebih, kita bantu. Even kalau tengah ada duit cukup2 pun, kita bantu. Insyaallah duit tu datang balik nanti dari Allah dalam cara yang tak disangka :D

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar. Sebaknya saya baca. Moga akan menjadi amalan baik yang berterusan dalam diri kita.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, tq share. Sebenarnya kita akan rasa bahagia bila buat org bahagia.

    ReplyDelete
  10. Nombor 3 tu saya selalu buat. Manala tau kan, kedai yang tak ramai orang tu sebenarnya paling sedap. Lagipun, memang selalu beli makanan sebab kesian. Alhamdulillah semua pun selamat dimakan. Hihi

    ReplyDelete
  11. pegawai kerajaan atau orangy yang berpendapatan tetap mungkin tak terkesan.
    peniaga dan orang yang bekerja sendiri mungkin semakin terasa sukar meraih pendapatan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah