Thursday, November 26, 2020

Lamb Grilled Versi SA..

Hi korang...

Siapa pencinta lamb grilled? lamb  chop? SA memang fav la bab- bab lamb grilled ni...baru ni SA beli shoulder lamb kan...ada 8pcs korang..banyak kan? murah pun murah walau belum marinated. SA marinated sendiri dengan tunjuk ajar dari kawan chef SA. rupanya nak marinated lamb ni tak payah over sangat..cukup beberapa bahan dan marinated la semalaman untuk bagi semua bumbu marinate tu serap ke dalam daging. tak perlu guna penambah rasa macam maggi cukup rasa tu ke...cukup beberapa bahan yang senang je dan korang pun ada bahan- bahan tu semua. So sekarang kita dah boleh buat sendiri Kambing perap korang..tak yah beli dah..sebab mahal gak kan...buat sendiri baru puas makan...

Bahan- bahan marinated

1. Bawang putih 7 ulas - tumbuk lumat

2. lada hitam segenggam - tiumbuk halus

3. Sos tiram - 5 sudu besar

4. Rosemary 2 sudu besar

Campurkan semua bahan bagi mesra dan gaulkan pada lamb...make sure akalu nak lagi sedap perap/ marinated lamb shoulder semalaman. masukkan dalam bekas kedap udara atau plastik makanan dan simpan dalam fridge. Bukan bahagian freezer ye...



Step seterusnya lumurkan semua bahan marinate tadi pada kepingan lamb shoulder, kalau nak pedas boleh jugak letak serbuk cili..or paprika..SA tak letak sebab lada hitam dah cukup pedas dah..


Grill guna kuali ajaib je..tapi jangan letak minyak sebab lemak- lemak dari shoulder lamb tu akan membantu jadi minyak


sedapnyaaa..semerbak bau masa ni...balik- balikkan untuk dapatkan kesan grill yang cantik..jangan biarkan nanti hangit


Grilled la nak medium ke..well done ke..SA prefer medium well..so daging kambing tu juicy je...


Dh siap grill boleh hidang dah...tapi takde makna kalau xde sos kan...

Dalam kuali ajaib yang sama tuangkan sos lada hitam, SA suka jenama Adabi. then tuangkan air sikit ikut banyak mana korang nak sos tu...jangan terlalu cair dan terlalu pekat., hiris cendawn shitake kalau suka...rasa cukup garam atau tak..kalau tak cukup boleh adjust..


Then curahkan sos lada hitam pada lamb grilled korang tadi...sedap.....

Petua untuk lamb grilled sedap sama macam kat kedai- kedai...or restaurant western, korang hanya gunakan Rosemary untuk lamb grilled korang...jangan guna oregano atau mix herbs. cukup dengan Rosemary...

Senang kan?

Selamat mencuba korang....kalau dah buat nanti share eh...ni ada permintaan Lamb Grilled lagi...insyaallah kalau sempat SA pi beli shoulder lamb lagi....

16 comments:

  1. feveret nih..selalu beli kambing perap Mamasab..

    ReplyDelete
  2. bahan dia berkonsepkan less is more gitu. tp betul gak..kengkdang tu lagi sikit lagi sedap sbb dapat rasa the real taste of the meat

    ReplyDelete
  3. Lama tak membakar kambin ....alahai sedapnya tengok

    ReplyDelete
  4. Tak banyak pun bahan-bahan yang diperlukan rupanya.

    ReplyDelete
  5. LeYa pun dulu pernah buat perapan sendiri je.. Lebih menjimatkan. Gituhh! Tapi, ni lagi menyelerakan and mudah la.. Cuma xde Rosemary tu. Kalau ade dah boleh try buat ni. Hee..

    ReplyDelete
  6. Uishhh terkecur sungguh laaa nengokkk.. sedapnyaa...
    Betulkan SA kalau bakar dalam Af kering nauu, tak juicy, kena bakar api juga baru syokkkk

    ReplyDelete
  7. fav kambingbakar...slalu bab perapan mmg huband yg buat...buat sdiri puas ati...yummyyy

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, terliurnyaaa.... daging yg lembut best makan

    ReplyDelete
  9. gebusssnya size lamb tu.. padu bakar puas hati makan..
    saya suka juga kadang2 grilled simple oo yang aa sos tu semuala..

    ReplyDelete
  10. Kami sekeluarga hantu lamb grilled. Tq SA, nanti nak try yang gunakan rosemary tu.

    ReplyDelete
  11. memang sedap mkn begitu kan kak SA :)
    sedapnyeee yummiess

    ReplyDelete
  12. wahh peminat lamb chop/grilled mesti terliur tengok..kita bukan peminat kena duduk tepi je :)

    ReplyDelete
  13. wah..sos lada hitam tu yang penyedap rasa nya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah