Saturday, November 7, 2020

Tutorial Sambal Ikan Keli Versi SA

Hi korang...

Selamat hari Sabtu...lambat SA bersiaran hari ni..biasa la Sabtu kan .hari untuk bersenang lenang walau hakikatnya memang ada kat rumah je...work from home sampai Selasa, lepas tu sambung work from office hari Rabu sampai Jumaat. Kerja nanti SA nak balik rumah Sewa la...nak amik baju kerja...

So hari ni SA masak simple je...takde la masak beria sangat sebab adik beradik tak balik so takde masak beria...cukup 3 jenis lauk je...

Hari ni SA rajin skit nak buat tutorial Sambal ikan keli..SA guna cili kering dan x guna cili api..jom la tengok gambar dan tutorial


Bawang besar hiris, bawang putih 3 ulas, bawang kecil 5 ulas tumbuk lumat


Ikan keli ni abah SA pancing semalam...dh kelar, bersihkan dengan asam limau kasturi...kenapa guna limau instead of asam jawa..Limau lagi cepat hilang hanyir dan lendir-lendir pada ikan keli tu...


Bersih kan xde lendir..percaya la..cuci dengan asam limau betul2 sampai hilang lendir so masa goreng tu dia x meletup2


Letak kunyit serbuk dan sedikit garam..goreng dalam minyak yg banyak dan betul-betul panas..


Dah siap goreng garing sikit...


Bahan yg tumbuk dan cili kering  tadi tumis sampai betul-betul masak..jangan lupa letak garam dan gula sedikit...



Dah masak sambal tutup api...masukkan ikan yang dah di goreng tadi..gaul rata..


Dah siap!! makan dengan nasi panas...

 
SA up sayur kangkung dan peria celur dan sambal belacan...sedap betul mak SA makan...bertambah dia makan tadi...



Sambal belacan pedas giler kata mak


sayur kangkung dan peria celur..

Alhamdulillah...

Settle masak..settle makan tadi..rezeki hari ni...Semalam memang abah SA mancing kat sungai..dapat dekat 30 ekor ikan keli..tak besar tak kecik sangat...memang sedang elok la hari ni buat sambal..selebihnya nanti cadang nak salai aje yg selebihnya....

Jumpa next entry....


13 comments:

  1. ooo ada tips rupanya nak goreng ikan keli ni ek...sebab kita tak makan ikan ni, tu yang tak pernah goreng dia...

    ReplyDelete
  2. nyum nyum..ikan keli peberet akak..samad digoreng garing,dibuat sambal,dimasak kari,masak cili padi..semua sedap

    ReplyDelete
  3. Fuh ni bila PC balik kg jadi menu utama keluarga mertua.Mesti manis ni dagingnya sebab fresh kan SA. Jeles.

    ReplyDelete
  4. haih lapar terus tengok sambal keli

    ReplyDelete
  5. Ala tak makan ikan keli tapi ulam ulaman celur tu makan dan suka teruk. Lagi lagi ada sambal belacan. Heee

    ReplyDelete
  6. terasa sedapnya gigit sirip keli tuuuuu.. garing kan

    ReplyDelete
  7. kite tak pandai masak ikan keli hehe

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ikan keli.. Fav kak oiiii.. Lgi2 masak mcm ni... Nangis bucu katil lah mcm ni😢😢😢

    ReplyDelete
  9. lama tak makan ikan keli ni..sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  10. Sedapnya ikan keli. Di tempat kakak takde ikan keli. Kalau balik Malaya baru jumpa.

    ReplyDelete
  11. Yup.. kalau guna limau lagi cepat hilang lendir dan hanyir ikan..
    Sedap dan mengancam betul sambal ikan keli kak SA..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah