Friday, April 29, 2011

X de Kerja cari Kerja...Last2 Cari Pasal!!!!!

Nyaris maut curi kabel
 
MELECUR...suspek yang melecur kini dirawat di Hoshas, Temerloh. 


MARAN: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di sini, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata lelaki terbabit dipercayai penagih dadah berusia 24 tahun melecur teruk kira-kira 36 peratus di seluruh tubuhnya dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu polis menerima maklumat mengenai pencerobohan di pencawang berkenaan sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

“Anggota yang tiba di tempat kejadian menemui peralatan seperti spanar dan parang dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta telefon bimbit milik lelaki terbabit.

“Namun, lelaki terbabit sudah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran selepas menemuinya separuh hangus,” katanya, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit sudah mencuri peralatan TNB di tempat sama sebelum melakukannya kali kedua secara berseorangan dalam usaha untuk mencari wang dipercayai hendak membeli dadah.

1 comment:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah