Tuesday, July 14, 2020

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

Hi korang...

Semalam SA sempat masak untuk makan malam..seawal pukul 6 petang SA dh bersiap sedia kat dapur...hujan seharian semalam kan dari subuh...Badan dh penat sangat sebenarnya tapi memansangkan Mak Abah tak sihat so SA kena la lupakan sekejap kepenatan..sebenarnya lega tengok Mak Abah dah beransur sihat. SA dh boleh kerja hari ni...walau hati tu tak sepenuhnya senang mengenangkan keduanya kat rumah.

So hari ni SA nak share dengan korang  resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Keli...ada peminat ikan keli ke kat sini? Tak semua suka ikan keli kan sebab paras rupa dia tu yang buat org geli..sebenarnya ikan keli ni sedap kalau pandai masaknya..kaya dengan Omega...SA

Jom tengok Resepi

Bahan- Bahan

  1. Ikan keli 2 ekor (Abah Siang kan)
  2. Cili Api 15 biji ( boleh lebihkan kalau suka pedas)
  3. Kunyit hidup sebesar ibu jari
  4. Limau Kasturi 4 biji ( diambil jusnya)
  5. Santan 1/2 kilo

Cara- Cara masak di gambar ye




Yang dh masak


Ikan keli yg belum belum disiang..


Di siang dan dipotong-potong ke 3/4 bahagian


Basuh ikan keli dengan limau kasturi untuk buang lendir dan dan hanyirnya


limau dipotong dua dan di gosok atau ramas pada ikan..lendirnya akan keluar banyak and cepat2 basuh..basuh sampai betul-betul bersih


Masukkan ikan keli dan bahan yg ditumbuk..pasangkan api dan biar seketika, proses ni org NS panggil kecutkan ikan


Masukkan Santan..kacau perlahan supaya tekstur ikan keli tak rosak..kacau selalu supaya tidak pecah minyak...kacau sampai menggelegak .


Bila dh menggelegak..masukkan jus limau dari 4 biji limau tadi..tujuan selain utk rasa yang sedap, limau itu untuk hilangkan hanyir


perasakan garam dan tutup api...


Dah siap...senangkan?

Separuh orang suka goreng garing ikan keli..ada yang suka ikan keli goreng berlada...korang boleh cuba masak lemak cili cara SA. Kalau rajin bleh salai...pun sedap gak..SA pernah cuba masak kari dan masak asam pedas..pun sedap jugak..apatah lagi kalau dibakar ..Banyak sebenarnya cara-cara masak ikan keli...nanti kalau SA rajin..SA up resepi lain menggunakan ikan keli...

Selamat mencuba!!

18 comments:

  1. ammi sorang je dalam family yg tak makan ikan keli. ntahlah takleh nak makan.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak
    its eMMe again! sihat sis?
    Miss my blog n blogwalking la...

    kalau balik nogori, mmg koli ni dorg salai dlu...mmg feveret menu laa blk kg motuo ramai2... perghh!!! ni yg tgk , rasa nak balik kg ni...

    ReplyDelete
  3. saya suka ikan keli. kalau masak memang makan sorang2 je sebab yang lain tak makan. Dulu anak lelaki makan sekarang tak mau sebab dia tengok kakak dan ayahnya tak makan. hahah

    ReplyDelete
  4. Lemak cili api,asam pedas,goreng kunyet dah..tapi kari belum pernah cuba..hehehe

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tapi saya tak makan ikan keli😅.

    ReplyDelete
  6. Ikan keli ni wak suka buat ikan kering

    ReplyDelete
  7. cik nor haritu salai dlu baru buat masak lmak..:)

    ReplyDelete
  8. Kita tak pernah masak sendiri ikan keli, kalau di kedai, nampak masak cili api ni, memang tu la yg kita capai

    ReplyDelete
  9. Ohh kena letak limau rupanya, boleh cuba lepas ni

    ReplyDelete
  10. Anak anak Lya suka keli berlado kak. Yang masak cili api lum cuba lagi. Tapi setakat ni mmg tak buat sendiri biasa bel jer hehehe .

    ReplyDelete
  11. aku tak reti masak keli..selalu makan kat kedai aje weiiii

    ReplyDelete
  12. sedap ni. pekena plak dengan ikan kering dan sambal. perghhh

    ReplyDelete
  13. suka makan ikan keli goreng berlada, kalau masak lain memang kureng sikit..hehe

    ReplyDelete
  14. Adubhhh akak ni.... Favvvv kitaaaa niiii.. Sedapnya kak oiiii

    ReplyDelete
  15. sedapnya..kita suka ikan keli msk lemak lagi dr masak sambal

    ReplyDelete
  16. Tak pernah makan sebab tak makan. ikan masak lemak cili api memang sedap kak. ikan tu memang wajib letak limau dan bersihkan sebersihnya. tak hanyir baru sedap makan.

    ReplyDelete
  17. hurmm bila la saya nak jadi hantu ikan keli macam kawan2 saya ek...kurang sikit makan ikan ni sebab family pun tak makan...tapi kalo ada dihidang, dia sekor aje, kita makan aje...

    ReplyDelete
  18. Fail kalau bab siang ikan keli. Ikan lain takpe lagi hehe. ikan keli ni sebab dia bermisai kot tu jadi mcm geli hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah