Tuesday, July 28, 2020

SA Terkena Dengan Kisah Cinta Rolex Abah Kau.....

Hi korang...

Pagi- pagi lagi SA dah terkena kat FB...perkongsian ni menarik sampai SA tak sedar sebenarnya ianya hanya gurauan dan rekaan semata- mata. See betapa kusutnya fikiran SA sampai tertipu...hahahaha....jom la baca...Dan SA percaya ianya ada kena mengena dengan kisah viral baru- baru ni...Kisah Gold Digger yang melibatkan seseorang....wallahualam....


Suami orang.

Aku sendiri pernah bercinta dengan suami orang. Masa tu masih muda. Umur dalam 19-20 camtu. He supported me financially, no doubt.

Tagline, "Tak hensem takpe. Janji kaya".

Betul lah tu. Ex BF aku tu gemuk, berjalan 200 meter pun dah mengah, hitam, dah tua, rambut pun beruban. Nak berjumpa pun sorok-sorok either at the book store or expensive cafe. Yelah, dah suami orang and well known person juga.

Dia cakap dia dah nak divorce dengan wife (now ex wife). Padahal menipu. Kantoi sebab aku terserempak dengan dia duk shopping dengan wife dia dekat butik LV.

Aku pun masuk juga butik tu. Dia terkejut macam nampak pontianak. Aku tak buat apa pun. Masa wife dia duk ralit pilih purse, dia datang sebelah aku. Dia cakap,
"I temankan wife je. Last before cerai kan. U nak apa-apa ke? Pilih la. Nanti send gambar kat i. I belikan".

Aku tengok bini dia atas bawah. Perfect. Cantik. Kulit putih mulus. Body cantik.

After cuci mata tengok diorang berdua, aku keluar macam tu je. Then aku hantar gambar kat dia. Gambar middle finger aku.

Since that day, ex bf aku tu hari-hari call. Beriya2 pujuk. Selang sehari hantar hadiah and bunga kat ofis. Gigih natang gemok tu. Padahal aku dah ada bf lain dah.

Selang beberapa bulan, wife dia text aku. Nak jumpa. Aku okay je. Aku ingat lagi, kitorang jumpa di La Brasserie, The Legend Hotel (now, Sunway Putra Hotel)

His wife was very kind and polite. She was very sorry sebab dia tahu husband dia masih ganggu aku. Dia cakap dia dah lali dengan perangai laki dia. Memang dia tunggu masa je nak cerai. Katanya lagi, laki dia hidup senang pun atas ehsan bapak dia.

She was planning untuk jatuhkan suami dia tu. Dia minta tolong i untuk jayakan plan dia.

Heh.

Begitulah kisah yang aku reka🤣🤣. Mana-mana director yang nak skrip or storyline, boleh contact aku. Boleh tayang kat slot Drama Sangat.

Tajuk drama, "Cinta Rolex Abah Kau".

Kredit : MrsMoon MJ

#copypaste 😆
#thanksforreading
#akubukangolddigger

11 comments:

  1. ingat kisah betul.... tertipu gak hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahahahha... memula baca ingat SA pun nak kata SA pernah bercinta ngan laki orang. hadoyaiiii

    ReplyDelete
  3. Cerita rekaan tapi sebenarnya ada perempuan yang pernah alami benda ni. jeng jeng jeng..

    ReplyDelete
  4. Haha ku sangkakan cerita betul haha gigih tau nak tau ending hehe

    ReplyDelete
  5. menarik ceritanya..bila ade smbungan kak SA..

    ReplyDelete
  6. menarik, macam kisah si gold digger tu.
    Juta2 dia pancing.

    ReplyDelete
  7. Hahaha... LeYa pun ada baca.. Menarik juga jalan ceritanya kan

    ReplyDelete
  8. Menarikkk boleh buat drama ni.. Nanti kena baci pelakon hahaha

    ReplyDelete
  9. ahaha x lama lagi kang keluar drama kat tv storyline ni..
    lawak tol beriya baca masa kawan share.. hehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah