Sunday, July 12, 2020

Resepi Udang Harimau Goreng Sempoi Style SA...

Hi korang....

Selamat tengahari...eh dh petang la..SA baru sudah masak dan hari ni SA cipta resepi baru yang sangat - sangat senang nak masak...korang tau kan SA kalau masak ikut gerak hati dan tak suka masak yang remeh-remeh..

SA sebenarnya buntu tak tau nak masak apa...bahan ada...kalau masak kari kang asyik kari je kan..kalau boleh tak nak masak bersantan...mak abah tak sihat tapi SA dah siapkan lauk lain...so untuk SA dan Dania..terhasil lah menu baru ni...

Bahan- bahan pun senang je ..

Resepi Udang Harimau Goreng Sempoi

Bahan - Bahan

  1. Udang Harimau 10 ekor
  2. Bawang merah 3 ulas
  3. Bawang putih 4 ulas
  4. Cili api 10 biji ( boleh tambah kalau nak pedas)
  5. Cili merah besar 1 biji
  6. Kiub ayam maggi 1 biji
  7. Bawang besar 1 biji ( hiris bulat)
  8. 2 sudu besar sos tiram
  9. 1 sudu besar Minyak bijan
  10. 1 sudu besar Daun Oregano 
Bahan 2 -6 tumbuk kasar

Cara masak di gambar ye...



Yang sudah siap masak...nampak sedap x?


Bahan2 yg dah ditumbuk ditumis sampai naik bau dan nampak sedikit garing


Masukkan 1 sudu besar minyak bijan


2 sudu besar sos tiram


1 sudu besar daun oregano..

Masukkan bawang besar...gaul rata dan masukkan Udang, gaul agar bahan mesra dengan udang....tak perlu letak garam sebab kiub ayam dan sos tiram dah masin..kalau nak berkuah letak air skit dan  yg SA punya version ni SA buat kering je...saje x nak berkuah...jangan masak terlaku lama sebab udang cepat masak..kalau overcooked rasa dah tak fresh dan dan daging udang keras..


Siap!!! boleh dihidang dan makan dengan nasi panas


Sedap ke?

Harus la sedap...

Udang tu juicy...menu ni simple je...memang senang sangat nak masak..kalau kita nak cepat dan x cukup masa...so masak je macam ni...SA simpan resepi ni untuk rujukan nanti.. SA cadang nak start bawak bekal dah next week..so lauk simple macam ni memang sangat membantu. Jimat masa dan tenaga...next week SA akan start diet..so kena banyakkan menu diet dan  menu sihat...

Selamat mencuba!!!

16 comments:

  1. wah udang. masak apa pun sedap. smlm saya masak udang besar, sup terjun je, tambah asam jawa + serai dan garlic. kenyang berlaukkannya. bagi saya ok je masak ikut rasa ni sebab biasanya camni selalunya outcome dia sedap 😀 tapi dgn syarat yg reti masak je boleh buat lah. sebab dah expert dgn perisa. heheee

    ReplyDelete
  2. Udang ni goreng pun dah sodap sangat, apa lagi kalau berbawang lada bagai

    ReplyDelete
  3. Nasi panas makan dengan udang macam ni dah buat hati berbunga-bunga la SA.

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera.
    Tentulah sedap menunya.

    ReplyDelete
  5. Gojes nya kemenjadian udang tu sis!

    ReplyDelete
  6. simple dan sedap. udang, of courselah sedap kan :)

    ReplyDelete
  7. Simple simple cara masak dia.. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  8. sedapnya nampak..puas hati udang die..

    ReplyDelete
  9. memang nampak sedap..suka gak masak campak2 macam ni, tiberr sedappp pulak..haaa

    ReplyDelete
  10. Aduhhh.. Lamanya xmkan udang harimau kak😂😂😂

    ReplyDelete
  11. yummy..masak apa pun kalau ada cili padi mesti mantoppppp

    ReplyDelete
  12. simple2 sedap ni.. besar udangnya

    ReplyDelete
  13. wah kalau beli udang fresh memang sedap makan walaupun sempoi je resepi dia..hehe

    ReplyDelete
  14. Pertama kali jumpa masakan Melayu yang menggunakan oregano. Nampak sedap.

    ReplyDelete
  15. terimakasih sebab selalu share resepi :) udang harimau tu tak pernah makan lagi hee nmpak besar and fresh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah