Monday, December 14, 2020

Malaysia Hargai Media Sebagai Petugas Barisan Hadapan Di MTMA2020

Acara tahunan disempurnakan di pentas laman sesawang tahun ini untuk menobatkan organisasi media terbaik dalam kewartawanan pelancongan perubatan



Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) hari ini meraikan rakan media pada majlis Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) anjurannya yang mengiktiraf laporan dan artikel cemerlang oleh para wartawan, editor, penerbit dan organisasi media atas sumbangan mereka dalam mempromosikan industri pelancongan perubatan Malaysia. MTMA2020 memberi perhatian terhadap dedikasi media tempatan dan antarabangsa meskipun berhadapan kekangan akibat pandemik.



“Anugerah tahun ini meraikan sumbangan golongan media sebagai petugas barisan hadapan dalam lingkungan keupayaan mereka. Pihak media merupakan sumber penting maklumat dan tidak pernah berhenti untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan sentiasa mendidik dan menyediakan maklumat terkini sepanjang tempoh krisis ini. Dalam menempuh semua ini, mereka tetap memberikan sokongan kepada Malaysia Healthcare untuk mengetengahkan pencapaian kami dalam bidang pelancongan perubatan antarabangsa. Kami amat berterima kasih atas sokongan padu dan jitu mereka ini,” kata Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC.


Mengenai kejayaan MTMA2020, Sherene berkata, pihak sektretariat telah menerima kira-kira 400 penyertaan dari 11 negara selain dari Malaysia, iaitu Indonesia, Brunei, Kemboja, Bangladesh, Korea Selatan, China, Vietnam, India, United Kingdom, Croatia dan Tunisia. Penyertaan tahun ini meningkat sebanyak 60% berbanding penyertaan tahun lalu.




Suhaimi Sulaiman, seorang personaliti media tersohor di Malaysia dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman sebagai penerbit, wartawan penyiaran, pengacara utama dan ahli strategi kandungan, mengetuai sepasukan tujuh juri. Barisan panel juri ialah Ketua Biro Malaysia akhbar The Straits Times, Shannon Teoh; Ketua Bahagian Televisyen di Jabatan Pengaturcaraan ABU, Hanizah Hamizah; Profesor Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (UiTM), Prof. Dr. Kiranjit Kaur; Pensyarah Kanan dalam Komunikasi Persuasif, Universiti Sains Malaysia, Dr. Izzal Asnira Zolkepli; Editor Kanan Convergence, Komersil dan Multimedia, The New Straits Times Press (NSTP), Salina Ahmad; Editor The Yum List, Monica Tindall, dan Editor Kumpulan The Expat Group, Chad Merchant.
 

"Proses pengadilan pada tahun ini lebih mencabar, bukan sahaja kerana peningkatan bilangan penyertaan, malahan kebanyakan penyertaan mempamerkan kualiti yang cukup cemerlang, sehingga terdapat persaingan sengit semasa proses pemilihan pemenang yang menyukarkan tugas kami untuk menentukan pemenang,” komen Suhaimi.

Tahun ini, MTMA2020 menobatkan sembilan pemenang kepada media antarabangsa dan tempatan dalam lima kategori:

 


·         Laporan Media Cetak Terbaik (Malaysia) – Kong Lee Lian, UNRESERVED Magazine (Wang Tunai: RM8K dan Trofi)

·         Laporan Media Cetak Terbaik (Antarabangsa) – Jannatul Islam, Daily Sun, Bangladesh (Wang Tunai: RM8K dan Trofi)

·         Laporan Dalam Talian Terbaik (Malaysia) – Christina Chin dan Yuen Meikeng, The Star (Wang Tunai: RM8K dan Trofi)

·         Laporan Dalam Talian Terbaik (Antarabangsa) – Neang Sopheap, The Phnom Penh Post, Kemboja. (Wang Tunai: RM8K dan Trofi)

·         Laporan Penyiaran Terbaik (Malaysia) – Shafizan Johari, Astro Awani (Wang Tunai: RM8K dan Trofi)

·         Wartawan Pelancongan Perubatan Terbaik (Malaysia) – Christina Chin dan Yuen Meikeng, The Star (Wang Tunai: RM8K dan Trofi)

·         Wartawan Pelancongan Perubatan Terbaik (Antarabangsa) – Paul Bradbury, Total Croatia News, Croatia (Wang Tunai: RM8K dan Trofi)

·         Pasukan Editorial Pelancongan Perubatan Terbaik (Malaysia) – BERNAMA (Wang Tunai: RM10K dan Trofi)

·         Pasukan Editorial Pelancongan Perubatan Terbaik (Antarabangsa) – The Bruneian, Brunei (Wang Tunai: RM10K dan Trofi)

 

Salah satu kriteria dalam pemilihan pemenang adalah keboleh capaian perkongsian artikel atau laporan penyiaran tersebut di media sosial – alat utama dari segi aktiviti promosi. Semua penyertaan juga diadili berdasarkan kualiti penyelidikan laporan, pendekatan dalam persembahan dan teknik, kreativiti, pemilihan tajuk serta isi kandungan laporan mereka.

 


Sherene memberi penghormatan khas kepada para penaja MTMA2020, Pusat Perubatan ParkCity, Pusat Perubatan Sunway, Pusat Perubatan Mahkota, Hotel Majestic Kuala Lumpur, dan SM Advertising, serta menyatakan penghargaannya kepada mereka yang memainkan peranan untuk mengiktiraf sumbangan pihak media dalam situasi semasa.

 
Pada 2019, MHTC menyediakan khidmat kepada hampir 1.3 juta pelancong perubatan, memperoleh lebih daripada RM1.7 bilion pendapatan hospital, yang menyumbang kepada kesan ekonomi keseluruhan sebanyak RM7 bilion.

 
MTMA2020 disokong oleh platform perhubungan awam pertama dan terbesar di Asia, Supernewsroom.

9 comments:

  1. Tahniah buat semua yang menang..

    ReplyDelete
  2. Wah ada nama saya terkenang zaman kanak-kanak, Prof Dr Kiranjit Kaur biasa saya kacau di pejabat nya dahulu hehehe...
    Congratulations to all.

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat semua pemenang!
    Manisnya Sherene.

    ReplyDelete
  4. suhaimi sulaiman ni dari kite kecik tengok dia kat tv3 hehe

    ReplyDelete
  5. tahniah pada semua..suhaimi sulaiman tu dah lama tu. legend

    ReplyDelete
  6. banyaknya anugerah.. tahniah pada semua pemenang

    ReplyDelete
  7. tahniahhh ! they all deserve it :)

    ReplyDelete
  8. oh..media2 perdana..tahniah semua..

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada pemenang media yang terpilih.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah