Tuesday, April 11, 2017

Neutrogena Happy Skin 24/7 Antara Product Perlindungan Wajah Terbaik

Hi korang,

Memiliki kulit yang cantik, bersih dan sempurna sememangnya idaman semua wanita di dunia ini. Tapi awas, adakah product penjagaan muka anda betul- betul sesuai dengan keperluan kulit anda?Penting atau tidak product penjagaan muka mengikut kesesuaian kulit? ya..ianya sangat penting ye kawan- kawan. Penting kerana setiap product yang mengikut kesesuaian jenis kulit ada fungsi- fungsi khas mengikut keperluan kulit kita. Kalau salah penggunaan maka kulit kita jadi lebih teruk.Untuk itu SA diberi pengalaman untuk mencuba  satu set penjagaan muka dari Neutrogena Malaysia mengikut jenis kulit muka SA iaitu Kulit Kering.


Berikut merupakan 3 product yang SA terima dan dah pun SA cuba dalam masa seminggu.
  1. NEUTROGENA DEEP CLEAN HYDRATING CLEANSING OIL TO FOAM 
  2. NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB 
  3. NEUTROGENA DEEP CLEAN HYDRATING FOAMING CLEANSER 

Dan dalam 3 product diatas, SA sangat jatuh cinta pada Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil To Foam ini. Sebab apa? Sebab ia bertindak bukan sahaja sebagai buih pembersih malah ia juga menanggalkan kotoran dari sisa- sisa mekap dengan lebih mendalam dan pantas membersih serta sesuai untuk kegunaan hari- hari. Dwifungsi yang sangat hebat dalam membersihkan kulit muka..korang tak perlu nak guna make up remover sebab dah cukup lengkap dah..cukup apply Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil To Foam. Buih yang lembut di muka membersih dari dalam..Korang tau jer la kan..SA ni jenis hari- hari mekap ke tempat kerja..kadang- kadang balik kerja dah malam atau tengah malam so SA tak cukup masa untuk belek muka kan...dengan Deep Clean Hydrating Cleansing Oil To Foam ni menyelamatkan SA. Jimat masa dan sekejap aje muka SA dan bersih sebersih- bersihnya.


Jom SA kongsikan sedikit tentang product Neutrogena Happy Skin 24/7 ini.


NEUTROGENA DEEP CLEAN HYDRATING CLEANSING OIL TO FOAM
 RM44.90 142ML

  1. Telah diluluskan oleh Dermatologi
  2. Mempunyai tekstur yang sangat ringan
  3. Dwifungsi transformasi ( mengubah dari minyak gel ke buih yang lembut) berkesan, lembut pada kulit dan mudah dicuci. Meninggalkan kesan dan membantu kulit bersih dan sihat
  4. Gel mengandungi ekstrak daun Oleifera, perlahan-lahan membuang kesan solekan, kotoran dan lebihan minyak dalam satu basuhan
  5. Kulit akan segar, terhidrat dan sihat tanpa kesan sisa kotoran

NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB RM23.70 100G
  1. Scrub lembut yang pantas bekerja dengan dua cara bukan hanya untuk mengeluarkan bintik hitam yang degil dan lama tetapi untuk membantu mencegah bintik hitam yang baru daripada terbentuk.
  2. Membersih hingga tembus ke dalam untuk menghapuskan bintik hitam dengan membuang kotoran yang degil serta lebihan minyak yang terperangkap dalam liang.
  3. Mengawal lebihan minyak dan membaiki liang- liang pori
  4. Sesuai dijadikan scrub harian tapi SA guna selang 2 hari scrub ni..
  5. Kemudian kulit akan terasa lebih lembut, tenang dan sedikit menggelupas dan tidak mengeringkan untuk menghalang bintik hitam kembali terbentuk.
  6. Cara menggunakan mudah sahaja, squeeze dalam jumlah yang cukup ke tapak tangan dan biarkan berbuih terus urut perlahan-lahan ke muka, bilas dan keringkan.


NEUTROGENA DEEP CLEAN HYDRATING FOAMING CLEANSER 
RM21.70 100G

  1. Melembap dengan berkesan, mengimbangi  kawalan minyak yg tahan lama dan 2 kali lebih ransangan kelembapan untuk membersih, melembutkan kulit dengan setiap cucian.
  2. Menghilangkan kekotoran dengan lebih berkesan
  3. Formula unik untuk membersih dari dalam dengan kuasa mineral menghidrat kulit dengan 2 kali kelembapan.
  4. Buih yang berkrim membersih jauh ke dalam liang- liang untuk membersih 99% kekotoran seperti lebihan minyak dan kekotoran.
  5. Menyegarkan kulit kekal bersinar lebih lama dan meningkatkan penghidran kulit.
  6. Cara guna - basahkan muka, ambil dalam kuantiti yang cukup, lumurkan pada muka dalam gerakan membulat untuk membersih dengan sekata. elakkan bersentuh dengan mata. Bilas dan keringkan. Gunakan 2 kali pada waktu pagi dan petang.

Sebagai Neutrogena Beauty Squad SA berasa sangat bangga diperkenalkan dengan Neutrogena Happy Skin 24/7 ini sebabnya..Neutrogena ini merupakan product penjagaan muka yang terkenal di dunia tau. Global Brand Ambassador terbaru Neutrogena plak merupakan pelakon jelita suatu masa dahulu iaitu Nicole Kidman. Dalam usia dia yang semakin meningkat dia nampak sangat- sangat jelita.SA nak jadi macam tu la...nak plak SA kan dah diambang 40an..Biar berusia tapi nampak muda gitu..kan?So jawapan untuk kekal jelita adalah dengan menggunakan Neutrogena secara berterusan..

Korang nak cuba? Jangan risau tentang kualiti product Neutrogena kerana ianya telah terbukti secara Dermatologist.

Untuk keterangan lanjut korang boleh layari web rasmi : www.neutrogena.com 
FB : https://www.facebook.com/myneutrogena/


16 comments:

  1. Nieyl sejak dapat peluang try produk neutrogena dlu..
    sampai ke hari ini,nieyl masih lagi menggunakan produk ni..best..:)

    ReplyDelete
  2. Wah menarik nie.. Kak Sue pun kulit muka kering..

    ReplyDelete
  3. Sama SA..my feveret NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM tu jugak..rasa jimat sangat sebab dwifungsi...

    ReplyDelete
  4. semakin tambah berseri kulit SA

    ReplyDelete
  5. TQ for review kak..orang nak try la sebab skrg ni kulit macam tak berapa nak "bersih" la..macam pasir-pasir.

    ReplyDelete
  6. patut makin berseri seri..kekal.jelita gitu

    ReplyDelete
  7. Belum pernah try lagi neutrogena. Tapi berdasarkan review nampak mcm bagus

    ReplyDelete
  8. yg buang blackhead tu mmg best.... mmg syg sgt ngn barang neutrogena sbb tu dkt 10 tahun setia pakai pencuci muke dia kak... tak penah tukar... toner ngn pelembab seklai

    ReplyDelete
  9. macam best je produk ni, kena start menabunglah

    ReplyDelete
  10. neautrogena dah lama bertapak di pasaran dan salah satu jenama yang menghasilkan produk yang terbaik :)

    ReplyDelete
  11. Produk neutrogena ni memang dah cukup dikenali tapi sekali pun tak pernah try

    ReplyDelete
  12. Ana pernah guna daily scrub tu. Memang best sgt tahan lama pula tu.

    ReplyDelete
  13. Produk neutrogena ni memang terbukti berkesan. LeYa tengok semakin berseri Kak SA... Cayalah kak..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah