Monday, November 6, 2017

Dua Kali Makan Ayam Penyet Dalam Seminggu

Hi korang..

2 kali makan Ayam Penyet last week, sekali masa lunch time Jumaat lepas ngan kawan- kawan opis dan semalam bawak Mak Abah dan Dania makan kat Ayam Penyet Best, Mydin Senawang. Sebenarnya habiskan voucher yang SA dapat beberapa bulan lepas masa event pelancaran outlet terbaru Ayam Penyet Best. Seronok dapat share dengan family. Yang penting diorang pun happy kan...SA sebenarnya masih dalam mood kesedihan..entry banyak nak kena publish tapi tak ada semangat gara- gara kejadian yang menimpa rakan blogger baru - baru ni..rata- rata korang dah tau kot tentang tragedi kilang simen Lafarge di Rawang minggu lepas..sedih kan...tak nak la ingat semula..bukan apa..rasa tak sanggup bila mengenangkan kesedihan Diya Nadia sekarang...berat mata memandang dan berat lagi bahu yang memikul...harapan SA agar beliau tabah meneruskan kehidupan dengan amanah allah yang ditinggalkan...

Jom tengok gambar SA ada snap Jumaat lepas dan gambar lunch ngan family semalam....


Ayam Penyet Express KL Sentral bersebelahan Restoran Treats dan The Chicken Rice Shop Restaurant


SA makan set Empal


Zoom skit daging yang sedap ni...

Semalam SA makan kat Ayam Penyet Best Mydin Senawang...


Mak Abah focus betul makan...


Seronok bila masing- masing selera makan...sedap katanya...


Anak dara SA memang la suka bab makan kat luar ni...


Set Udang Penyet Best RM11.90
( Lauk aje ye...nasi ala carte so kena order lain..untuk nasi RM2.90)


Set Ayam Penyet Best RM9.90
( Nasi Ala Carte RM2.90)


Rendang Ayam Padang Asli RM9.90
( Nasi Ala Carte RM2.90)


Gambar mama dan anak dara perlu ada...

Ikutkan ada banyak lagi kami order..Dania makan Set Nasi Lemak Penyet RM13.90, Tambah lagi Sup Ekor Lembu RM14.50 dan Air2 semua...total RM88.65 dan SA banyak sikit je sebab redeem voucher...Ayam Penyet Best memang sedap cuma SA rasa perlu sekalikan nasi dalam set yang sedia ada, jadi macam pelik bila order set cuma ada lauk dan takde nasi..kalau set sekali dengan nasi mesti ramai yang pilih untuk makan di Ayam Penyet Best ni...ini pendapat SA la..selepas pergi sendiri makan kat outlet Senawang ni...

Walau apa pun...makanan kat sini semuanya sedap..air pun sedap...Soda Gembira yang SA order pun sedap...terus Dania tanya mama gembira tak..hahaha...bab mengenakan mama pandai tau Dania ni...makan sama- sama ngan family mesti la gembira kan...takkan tak gembira plak..sebab tu mama order Soda Gembira...

Ayam Penyet Best adalah harus untuk korang cuba...harus tu...kena la cuba...banyak je tempat makan sekarang memperkenalkan menu ayam penyet...kat sini bukan tertakluk menu ayam je..macam yang SA order Udag Penyet. Yang SA ingat ada set ikan keli penyet, ikan kembung 3 rasa dan banyak lagi..pilihan memang ada dan boleh ikut citarasa atau selera korang...so kena cuba la..tak cuba kita tak tau kan sedap ke tak..kalau sedap boleh bagi tau kawan- kawan...kalau tak sedap kena la inform pihak restaurant itu sendiri untuk penambahbaikkan..

Kalau korang nak cuba  nanti share pengalaman kat blog tau...

30 comments:

  1. Berbanding ayam penyet, mak lebih suka pecal lele... :)

    ReplyDelete
  2. dh try juga byk tmpt ayam penyet...kita suka mkn kt waroeng penyet..mmg antara yg terawal juga kt msia..ori dr indonesia...antara restoran ayam penyet dh try...ayam penyet AP, ayampenyet ekpress, dapur ayam penyet, wong solo

    ReplyDelete
  3. alahai..tiba2 perut berkeroncong..:)

    ReplyDelete
  4. comey sungguh anak SA..

    ayam penyet tu kalau akk..makan hari2 pun sodap..hehe

    ReplyDelete
  5. Adusss sedapnya ayam penyet tu. Tapi tula selalunya nasi ayam penyet dia termasuk dengan nasi sekali. Ni kira lain-lain pulak huhu.

    ReplyDelete
  6. Set udang penyet tu nampak sangat menyelerakan. Ai suka makan ayam, tapi nasi ayam penyet kurang. Tapi ok pergi sini sebab banyak menu pilihan lain.

    ReplyDelete
  7. Qekra pun suka pergi keai ayam penyet. tapi sellau pilihan Qekra lele penyet @ bawak bakar..

    ReplyDelete
  8. Bila tengok ayam penyet ni perut terus terasa lapar padahal tekak xlalu sebab demam selsema.. tapi tengok ayamnya tu mengoda sungguh..

    ReplyDelete
  9. Lamanya tak makan mana-mana ayam penyet sebab tengah menggila makanan Korea kat Sopoong haha

    ReplyDelete
  10. Bestnya makan ngan anak dara dan amak abah juga..seronok laa tu kakak dania dapat enjoy ngan mama.. Ohhh tak sekali ngan nasi set dia rupanya..pelik laaa kan set lauk pauk takde nasi..sebaiknya buh laa set sekali nasi baru senang ..

    ReplyDelete
  11. Harga berpatutan . Food present nampak menarik

    ReplyDelete
  12. Alaaa ni yg buat teringin nak makan ayam penyet ni. Ayam penyet tak pernah tak sedap. Sambal dia sedapnya...

    ReplyDelete
  13. aduh, ayam penyet memang sedap kak. dapat ratah ayam dia dengan kerak kerak tu. yummy

    ReplyDelete
  14. Kalau dah dua kali makan tu tandanya memang sedap sangat lah tu tak apa nanti kita akan pergi cuba makan kat sini hehehe.. tengok cara family makan tu pun dah nampak sedap lapoooorrr...

    ReplyDelete
  15. hahhaha.. Soda Gembira.. Gembira tak SA..hahah Comey anak dara pekena mamanya sama peel ngan hero2 mummy suka menyakat..heheh

    ReplyDelete
  16. Daging ayam penyet tu lembut tak, nampak seketul je... hehehe

    ReplyDelete
  17. kalau dh sedap seminggu berturut mkn situ pun takpe ehehehe...

    lagi2 bila ngn family, semua pun tak kisah... hepi je rasa

    ReplyDelete
  18. sedapnya nampak ayam penyet tu. terliur shu,.,

    ReplyDelete
  19. Lama x makan ayam penyet... Tpi bro ada port makan ayam penyet yang sedap gila....

    ReplyDelete
  20. dap nya kak..ayam penyet ni sayu2 semua nampak fresh kan

    ReplyDelete
  21. The food price here looks affordable and the prawns are big. If you said eat twice, then I have to try it already.

    ReplyDelete
  22. rendang ayam padang asli looks delicious!

    ReplyDelete
  23. sedap tu makan ayam penyet. Kalau dah fevered, makan hari2 pun sedap je kan.

    ReplyDelete
  24. Fav sis ayam penyet ni. Kalau tiap2 hari bg sis makan ayam penyet..sis x kisah pun. Dulu rajin makan kat Tmn Tun. Tgok gambaq ni teringin lak nak cari ayam penyet

    ReplyDelete
  25. Belum pernah lagi try makan ayam penyet dekat sini.. Luqman pernah makan dkt kedai area cheras memang sedap..nanti nak makan lagi kat sana.

    ReplyDelete
  26. Nampak semua sedap-sedap SA.. terus rasa lapar nie ha.. ehehe..

    ReplyDelete
  27. Omg the food looks delicious, lepas baca I feel like having ayam penyetnow.

    ReplyDelete
  28. fuhh nasih baik AS bukan peminat ayam sangat. Kalau tak, jenuh la kalau dalam perut ni memintak-mintak nak makan ayam penyet..kat sini tak ada huuu~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah