Monday, November 13, 2017

Masakan Simple Menggamit Selera Bonda

Assalammualaikum...

Selamat pagi korang...SA senyap tanpa sebarang entry baru weekend kan...huiiii....giler pemalas lipas weekend ni...pc Dania dah on..broadband dah on...tapi nak mulakan entry tu alahaiiii....kenapa la takde langsung idea yang muncul...SA balik Seremban petang Sabtu...pas tu lepak jap..malam masak...lepas makan tengok HBO pas tu tido...pagi bangun buat sarapan..pas tu kemaskan dapur, kemas rumah..gegar kakak Dania suruh tolong kemas..haaaa...sekali dah masak tengahari..masak simple2 je...kul 2 lebih dekat kul 3 naik atas mandi pas tu baring jap..ingat nak bangun kemaskan porch luar plak...sekali terbabas tido...sedar2 Dida masuk bilik.... "mama...oo mama...bangunla mama...dah tnghari ni..." terus SA macam....erk....tengahari? cepat2 SA bangun terus tengok jam...hish..budak kecik ni tau...saje je bagi mama gelabah...pukul 5 petang dikatanya tengahari...

Well SA tengahari semalam masak simple- simple je...mak takde selera makan...so kita ubah skit lauk..mak cakap hari- hari makan ayam..ayam..ayam....hahaha...mak..mak...dah ayam je murah mak...ikan laut semua mahal..ikan sungai pun mak dah muak nak makan...bukak fridge tengok ada 2 biji peria besar2...SA decide buat goreng berlada..pas tu celur kangkung dan buat sambal belacan campur buah kundang...buah kundang pun SA jumpa dalam fridge...tak banyak la..tapi cukup untuk buat sambal belacan...then  buat telur dadar...itu je lauk kami tapi sebab lain dari yang lain jadi mak makan dengan berselera....


Peria goreng berlada


2 biji peria besar2 yang SA beli rasanya kat Econsave


Sambal belacan buang kundang...

Bila masak simple macam ni memang laju la selera masing- masing makan...seronok tengok mak makan dengan selera...lama tak makan macam tu katanya...
Biasa la kan orang tua...kalau duduk berdua ngan abah jer...memang takde selera nak makan...kalau anak- anak balik ramai seronok dia makan..SA semalam panggil adik yang no 3 balik rumah...lagipun mak tak berapa sihat kan...tapi bila dah ramai tu elok plak sihatnya dia...rindu nak ada anak- anak ramai la tu kot....sekarnag anak- anak semua dah berkeluarga so tinggal la Mak Abah berdua kat rumah...macam tu la lumrah kehidupan kan...SA nanti pun agaknya sama macam tu jugak....kita semua akan menempuh keadaan yang sama bila tua nanti ....betul tak?

32 comments:

  1. Walau pun simple nampak menyelerakan.
    peria tu banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  2. sedapnya peria goreng berlada tu... Lawankan dengan ikan goreng garing.. Pergh..

    ReplyDelete
  3. uhuiii sedapny akak, terliur kita

    ReplyDelete
  4. fuhhh walaupun nisa x gemar peria, tapi masakan ni nampak menarik tertarik la pulakkk

    ReplyDelete
  5. ty jarang mkn peria..tiba2 teringin pula

    ReplyDelete
  6. sedapnya kemu kak SA.. menjejes air liur ni

    ReplyDelete
  7. Ngences tgk menu2 kak SA especially belacan kundang tu. Tak tgk dah menu lain kalau ada tu.

    ReplyDelete
  8. Menu sedap2 belaka . Tapi CCL tak makan peria ni . Tekak tak bokwh terima pahit peria tue . Sambal buah kundang . Nampak macam menarik ni

    ReplyDelete
  9. Aduhhh peria oh peria sedap pahit mu ku rindu. Hahahaha. Bukannya susah nak masak. Tapi takda geng makan peria gini. Family suka makan peria goreng. Macam nak hangus ada la . Hahaha. takda khasiat terus.

    ReplyDelete
  10. kadang kadang masakan yang simple simple tula yang jadi pembuka selera sampai tak sedar berpinggan pinggan tambah nasi.. hihii..

    ReplyDelete
  11. aira suka sangat-sangat peria goreng! walaupun masih muda tapi ini jugak yang jadi fevret. hehe

    ReplyDelete
  12. tk mkn peria..tp mak masak peria pecah telur ..kita mkn part telur je hehe..tp yg peria celop tepung mkn juga

    ReplyDelete
  13. Sedap tu peria berlada. Yang simple yang sedap

    ReplyDelete
  14. masak simple pun tak pe.

    janji kenyang dan senang nak buat

    ReplyDelete
  15. Wahh sedapnyaaaaa....dpt ini pun cukuplah utk lunch.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya peria!! My forever favorite.....sokmo terliur tengok masakan kak SA. Ngencessss !!!!

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi makan peria masakan macam ni. Sedapnya tengok. terliur dibuatnya. Seronok makan berkumpul adik beradik.

    ReplyDelete
  18. Alamak kita tak suka peria ni hehehe cuma kalau peria goreng garing macam kat kedai mamak tu jer kita makan tapi kalau pahit memang tak makan waakakakakka..

    ReplyDelete
  19. Sedap nya kak..kita mmg hantu peria ni..masak apa pun suka kalau namanya peria

    ReplyDelete
  20. Tak suka sangat peria sebab pahit dia kan. tapi tengok kak SA masak. sedap plak.

    ReplyDelete
  21. Peria Annur makan macam ulam je. Makan mentah-mentah. Bila dimasak, Annur kurang sikit, sebab pahitnya tu keluar huhu. Tapi sambal tu nmpak umpph!

    ReplyDelete
  22. Peria tu goreng garing pun sodap. Tak pernah buat sambal belacan dgn buah kundang lagi. Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  23. Tgok masakan SA sure sedap2, kalau akak dok gan SA sure gumukz ni..hehehe. Peria akak boleh makan tapi kena rasa dulu..kalau tak pahit akak makan..:D

    ReplyDelete
  24. Lin tak pandai makan peria. Pahit tak kak?

    ReplyDelete
  25. Betul kak..kitorang kalau call mak ngan abah tanya makan apa mesti cakap makan biasa jer tak lalu nak makan. kalau kitorang ada..masak macam macam semua berselera nak makan. hehe. Seronok anak anak ada rumah terus berselera.

    ReplyDelete
  26. Paling best adalah telur mata, sambal kicap, ikan bilis goreng and nasi panas. Hahaha. Memang bleh bertambah

    ReplyDelete
  27. Kak Sue suka lauk pauk macam nie SA, mau bertambah.. tapi first time tengok Sambal Belacan buah Kundang.. nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  28. peria is my fevret akak!! pahit2 sedappp

    ReplyDelete
  29. Baru tahu kundang boleh buat sambal jugak. Nanti nak try lah

    ReplyDelete
  30. betul..bila ramai selera lain macam..hahah..laju ja makan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah