Thursday, November 2, 2017

Diskriminasi Terhadap Wanita Tidak Bertudung..

Hi korang....

gambar sumber google


Apa kes ni...SA meroyan lagi ke? Eh tak la korang..SA cuma rasa sedikit sedih je sebab wanita tidak bertudung macam SA di anak tirikan..

Kisahnya macam ni..SA sedang cari bilik sewa yang baru...so hari-hari SA akan tengok iklan kat Mudah atau mana2 je..never failed memang akan tengok iklan sampai la ternampak iklan bilik sewa yang baru je keluar 2 hari lepas..SA whatsaap la no si pengiklan tu..maybe dia tengok default pic whatsaap SA yang cun tu pas tu dia jawab "saya cari wanita muslimah bertudung bukan yang tak bertudung"..SA macam erk....soalan aku tak jawab kau dh buat conclusion? Then SA pun jawab " terima kasih..kenapa dengan wanita tak bertudung?" Dia jawab "dalam rumah ni semua bertudung" SA tambah lagi "semua wanita kan..maaf tanya sepanjang masa bertudung ke 24hrs? Next time kena tambah info dalam iklan MENCARI WANITA BERTUDUNG &MUSLIMAH SAHAJA"..then SA delete whatsaap SA dgn dia sebab dia x balas pape dh lepas SA cakap macam tu.

Kalau 10 orang macam ni macam mana la SA nak cari bilik sewa baru...diskriminasi terhadap wanita tak bertudung..hina ke kami yang x bertudung ni..jahat sangat ke kan..pelik la pandangan sesetengah orang macam ni..ikutkan stress tau..SA mmg tgh focus mencari bilik sewa...ikutkan hati nak sewa sebuah rumah then duduk sensorang.. senang Mak Abah or anak SA nak datang lepak kan...ikut kemampuan memang tak mampu la sebab sebuah rumah je kat area KL or Selangor ni sewa mmg mahal..

Haih x tau la bila boleh dapat bilik sewa ni..SA mmg nak keluar dari rumah sekarang paling cepat hujung bulan 12..korang kalau tau mana2 bilik sewa area Sg Buloh inform SA eh...bajet SA dlm RM250- RM400 sebulan..dan yang pastinya nak duduk rumah bujang perempuan la kan...serik dah duduk ngan rumah family...kenapa? Takpe la biar la SA simpan sendiri sebab musababnya....blom masa SA nak citer lagi...

22 comments:

  1. Saya percaya, jika kita cuba lebih memahami dan kurang menghakimi, pasti dunia ini lebih bahagia untuk didiami.

    ReplyDelete
  2. Haish....teruknya SA kena sampai mcm tu ...
    Sabarlah sA, manusia ni mmg byk ragam .....

    ReplyDelete
  3. kenapa ya label orang macam tu..? yoorin sebelum ni pon free hair.. tapi memang ada orang pandang slek je.. tak paham lah kenapa

    ReplyDelete
  4. kesiannya sis SA jumpa orang yang macamtu. Tak apa lah mungkin bukan rezeki. Cheer up! :)

    ReplyDelete
  5. sabarla sis SA,xsangka ada juga org gitu..

    ReplyDelete
  6. Rugilah dia tak kenal SA yang teror masak... tapi jauh disudut hati Bonde berkata, tak payah guna ayat mcm dia... nampak sangat prasangka negatif selalu dengan wanita tidak bertudung.

    ReplyDelete
  7. Zaman dulu2 puas cari bilik sewa. Tapi tak pernah lak mention kena pakai tudung ke tak..

    ReplyDelete
  8. Kalau orang bukan muslim mama faham juga kerana kena jaga batas aurat. tapi ni sesama islam takde masalah. cuma diorang saje yang bermasalah. aduyai kalau mcm ni bagaimanalah nak berdakwah ajak org bertudung. belum apa2 dah didiskriminarikan

    ReplyDelete
  9. Saya tak tahu nak komen apa..

    Hidup perlu diteruskan..

    Bertabah la selalu..

    ReplyDelete
  10. Sabar kak sa. Rugi dia x nak sewakan bilik untuk kak sa dia tak tau kew akk ne chef :) sabar ye kak nanti mesti dapat bilik sewa

    ReplyDelete
  11. bertabahlah. mana tau kita diberikan yang lebih indah dari mereka yang menghakimi selepas ini. Semua tu kerja Allah. Dulu masa duduk rumah sewa bujang, sorg hsmate yang free hair, jarang balik rumah tp dia la tak pernah miss bersihkan bilik air & kemas rumah bila sampa turn berbanding yang lemah lembut bertudung litup tapi pemalas Ya Allah tak tau nak cakap sampaikan bila turn dia kene cuci rumah, dia buat2 x tau or ngelat keluar la ape la...sakit hati jugak. So penampilan kdg2 x seiring dengan yang kita sangkakan. :)

    ReplyDelete
  12. Sedihnya ada juga perkara macam ni. Tak logik pun ada. Takpelah kak parizan, ada hikmah tu. Semoga urusan akak dipermudahkan. Moga cecepat dapat bilik sewa.

    ReplyDelete
  13. Sabar ajelah SA. Hidup ni kan satu cabaran. Cabaran tu ada kalanya buat kita lagi kuat. So buat tak tau sudah. Mereka ada alasan tersendirilah tu.

    Cuba SA cari rumah sebuah then SA ajaklah kengkawan yg bujang tu sewa sekali
    Ha a sekarang ni nak cari rumah sebuah mmg mahal.

    ReplyDelete
  14. makcik bawang la org tu. tak baik judge org begitu.. haihh.. macam ragam.

    ReplyDelete
  15. Sabar ya SA, akak doakan dimudahkan urusan semua ya.. aamiin..

    ReplyDelete
  16. la macam tu pulak, teruk sangat syaratnya sampai macam tu sekali, elokla tahu sekarang dari dah masuk nanti sakit hati kan SA

    ReplyDelete
  17. semoga dipermudahkan urusan SA

    ReplyDelete
  18. Warna warni kehidupan.
    Kalau hitam putih aje macam kurang garamnye.

    ReplyDelete
  19. Syukurlah baru bertanya, belum bersemuka.
    Ai doakan SA dapat rumah sewa yang ahli dalamnya baik dan boleh dipercayai.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah