Saturday, November 4, 2017

Persembahan Hebat Mafa Di Asia's Got Talent

Memperolehi 3 "YES" Mafa Tarik Nafas Lega



Walaupun persembahannya menerima tepukan gemuruh penonton dan tiga juri Asia's Got Talent memberikan 'standing ovation', naib juara program realiti, Vokal... Bukan Sekadar Rupa, Mafarikha Md Akhir, mengakui terlalu gementar ketika beraksi pada persaingan awal pertandingan itu.

Tampil membawakan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey, tiga juri pertandingan iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park memberikan penghormatan sebaik Mafarikha, 25, menamatkan persembahannya.

Mafarikha yang mencari ruang dalam industri hiburan sejak enam tahun lalu, terlebih awal memohon maaf apabila terpaksa merahsiakan penyertaannya dalam musim kedua pertandingan itu, biarpun sering ditanya mengenainya.

"Memang betul saya menyertai pertandingan Asia's Got Talent. Sekian lama tidak beraksi di pentas besar, saya agak gementar hingga ramai yang menegur wajah saya kelihatan begitu pucat sebelum membuat persembahan," kata Mafarikha menerusi paparan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.


Mafarikha berkata, hatinya tersentuh apabila ditanya produksi apa yang berlaku kepadanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini hingga menyebabkan kelibatnya seperti hilang dari radar industri hiburan.

"Terlalu banyak dugaan dalam kerjaya nyanyian saya dan secara jujur, saya penat diajukan soalan yang sama. Di sebalik semua itu, saya gembira dapat mewakili Malaysia untuk musim kedua pertandingan itu.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mereka yang tidak pernah jemu menyokong sejak enam tahun lalu," katanya.



Pernah menghasilkan lima single termasuk Jujur Saja Sayang, Mafarikha yang menamatkan zaman gadisnya pada Julai tahun lalu berkata, penyertaannya dalam program realiti terbabit juga memberi isyarat kesediaannya untuk kembali mewarnai industri hiburan.

Asia's Got Talent ditayangkan di 27 negara di rantau Asia. Nama 24 peserta yang bakal meneruskan cabaran pada peringkat separuh akhir akan diumumkan sebaik episod akhir uji bakat ditayangkan pada 9 November ini.

Bangga kan anak Malaysia beraksi di pentas Asia's Got Talent ni...bukan senang nak ketengahkan bakat kan..begitu jugak Mafa, kehadiran dia di dunia seni seperti tidak dihargai..selepas beberapa ketika walau menyandang Naib juara pertandingan vokal bukan sekadar rupa dan dah hasilkan 5 single sendiri kehadirannya masih tidak mewarnai arena seni. SA suka suara Mafa...walau dia tidak mempunyai package tetapi dia mempunyai bakat yang sangat berharga...







10 comments:

  1. Good luck to her and malaysia too :)

    ReplyDelete
  2. banyak sangat rancangan realiti ni sampai x tertengok kat tv, apap2 pun tahniah pada penyanyi semoga mampu pergi lebih jauh dalam industri muzik yang penuh onak dan duri

    ReplyDelete
  3. meremang dengar suara si mafa ne serius best. Good luck mafa

    ReplyDelete
  4. syg sgt.... kt malaysia ni kadang lbh memandang rupa dr bakat....

    ReplyDelete
  5. Ohh ni laa Mafa eaa.. hehhee ingat2 luoa dah siapa dia..Tahniah tahniah

    ReplyDelete
  6. Sedih dengar masa dia cakap depan juri.. :(
    Apa-apapun moga dia terus kuat dan berjaya akhirnya.

    ReplyDelete
  7. Kak Sue terlepas nak tengok.. apapun good luck untuk beliau..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah