Tuesday, November 28, 2017

NZTE Taste Of New Zealand AEON | SA & Henry Di Nobat Pemenang Cabaran Memasak Blogger

PAMERAN MAKANAN TASTE OF NEW ZEALAND DI 7 OUTLET AEON

New Zealand Trade and Enterprise (NZTE) akan menganjurkan Pameran Makanan Taste Of New Zealand bermula pada 30 November 2017 - 10 Disember 2017 di 7 outlet AEON di seluruh negara. Kepada peminat makanan dari New Zealand boleh lah berkunjung dan mendapatkan makanan keluaran New Zealand Trade Enterprise.

Terdapat lebih dari 150 jenis produk keluaran New Zealand terdiri dari produk tenusu,biskut, produk organik, produk kecantikan dan kesihatan dan macam - macam lagi produk terbaik New Zealand yang akan dipamerkan dan boleh dilihat sendiri. Harga yang menarik juga turut ditawarkan sepanjang pameran makanan ini berlangsung dan jangan risau semua produk keluaran NZTE adalah Halal.

Antara jenama yang terkenal yang terlibat dalam pameran adalah :

  1. Mainland - https://www.mainland.co.nz/
  2. Pure n Ezy - http://www.leaderbrand.co.nz/products/pure-n-ezy
  3. Eco Store  - http://www.ecostore.co.nz/
  4. Only Organic - http://www.onlyorganic.co.nz/why-only-organic
  5. Greenlea - https://www.greenlea.co.nz/
  6. Whitakers - https://www.whitakerschocolates.com/
  7. Griffin - https://www.griffinsfoodcompany.com/
  8. Pic's Peanut Butter  - https://www.picspeanutbutter.com/
  9. Prosper Crisps - http://www.propercrisps.co.nz/
  10. Weet Bix  - https://weetbix.co.nz/
  11. The Sweet Meadow - http://www.thesweetmeadow.com/

serta banyak lagi jenama yang bakal memeriahkan pameran.


Antara produk makanan yang mengambil bahagian dalam pameran nanti


Pelbagai Keju


Biskut dan produk tenusu


Keju

3 hidangan yang akan dimasak semula oleh blogger

Cabaran Pertandingan Memasak Blogger NZTE

Percaya tak kalau SA katakan yang SA tak tau pun semua blogger untuk sessi petang kena jadi peserta pertandingan memasak. Kami yang tak tau semua terkejut bila rupanya blogger sessi pagi baru aje habis sessi pertandingan memasak diorang...bila tanya kena masak apa...diorang cakap kena masak steak dan cheese mussel...telan air liur SA tau...matilanak...SA tak reti masak western..masak lauk- lauk kampung tu pejam mata je boleh lulus...tapi hati sedikit lega bila diorang cakap nanti Chef akan tunjuk demo masak steak.

Cooking Demo Oleh Chef Krishnan

Selepas sesi lunch dengan blogger sessi pagi kami semua blogger sessi petang masuk ke dapur "masterchef" untuk mencuba nasib dalam cabaran memasak antara blogger. Masa ni dah tak fikir apa..Apa nak jadi pun jadilah..SA cuma mencari pengalaman kan...maunya tak seriau korang..ingat datang untuk cover event kan..tapi rupanya jadi antara peserta. Nasib baik ada demo masakan oleh Chef Krishnan. Lega sikit perasaan kan...kalau tak maunya meraung....satu demi satu tips yang di kongsi oleh Chef Krishnan cuba diingati sebagai panduan tetapi bila dah sampai di station masing- masing semua yang dipelajari hilang!


Chef Krishnan memulakan sesi demo masakan..


Chef Krishnan menerangkan tentang kualiti daging steak yang paling baik..


Ada 3 jenis hidangan yang di masak oleh Chef Krishnan. Bagus juga kan sebab SA dapat ilmu cara - cara memasak 3 hidangan yang tak pernah SA masak. Lepas ni boleh cuba di rumah

3 Hidangan yang di masak oleh Chef Krishnan:

  1. Sirloin Steak
  2. Cheese Baked Mussel 
  3. Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum



Cara- cara memasak Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum


Bahan- bahan


Baked Mussel Cheese 


Bahan- bahan untuk hiasan steak rasanya..


Tips untuk memasak Sirloin Steak
1. Pilih daging yang sesuai yangterdapat di pasaran sebaiknya Sirloin Steak
2. Marinate dengan garam sahaja
3. Dimasak Medium Rare
4. Pan mesti betul- betul panas dan gunakan sedikit minyak sayuran.


Sirloin Steak yang sedang dimasak..


Sirloin Steak yang dimasak oleh Chef Krishnan...


Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum


Baked Mussel Cheese


Pertandingan Memasak Antara Blogger Bermula

Dan....dengan debaran yang tak berhenti...SA memulakan dengan memasak semula hidangan yang di masak oleh Chef Krishnan. Aduhaiiii....macam mana la rasanya nak masak 2 jenis hidangan dalam masa 30 minit..Macam- macam rasa ada ni...rasa nak muntah..rasa nak tarik diri pun ada tapi malu la..kawan- kawan lain dah menuju ke station masing-masing..SA plak takde pasangan..tiba- tiba Henry offer diri jadi teammate SA..huh legaaa...ada teammate...well kami mulakan la sesi memasak dan 2 hidangan yang perlu di masak semula oleh semua peserta adalah Baked Mussel Cheese (Wajib) dan Sirloin Steak serta Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum ( Pilihan)  ..kelakar betul bila tengah leka masak- masak assistant chef umumkan dah tinggal 10 minit...huwaaaa...steak baru nak masuk frying pan....ah belasah je la...Henry plak siapkan plate. Kami siap dalam masa yang ditetapkan alhamdulillah..Cuma sayangnya gambar semasa sedang memasak tak sempat ambil..sebab sibuk memasak kan...


SA sebelum memulakan pertandingan....nampak muka cuak tak?


Baked Mussel Cheese


Medium Rare Sirloin Steak


SA dan Henry bersama hidangan kami

Dan pengalaman manis sangat apabila SA dan Henry diumumkan sebagai Pemenang..masa ni tak tau nak cakap apa sebab kami berdua tak target untuk menang. Hanya suka- suka kan...rezeki betul...special thanks to Henry sebab sudi jadi teammate SA.


SA dan Henry setelah dinobatkan sebagai pemenang bersama Ms Tam Poh Poh dan Chef dari Berjaya University College


Selain Pameran Makanan Taste Of New Zealand, terdapat 2 peraduan yang akan diadakan bermula 30 November 2017 sehingga 10 Disember 2017. Anda semua boleh mengambil bahagian dengan syarat yang sangat mudah seperti terdapat di dalam poster di bawah. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan untuk mereka yang menyertai pertandingan ini 


Berbelanja RM80 dalam satu resit anda berpeluang untuk redeem shopping bag dan juga meneyertai cabutan bertuah.

atau


Bergambar dengan kreatif, tulis sesuatu yang menarik dan post di facebook. Jangan lupa tag #TasteNZMY dan pastikan anda ''public' kan penyertaan anda. 10 pemenang bertuah bakal pulang dengan RM100 AEON voucher tunai.

Menarik kan?

Jom ramai- ramai ke Pameran Makanan Taste Of New Zealand di AEON yang terlibat.

36 comments:

  1. Wah tahniah kak menang pertandingan memasak..daoat hadiah apa...hehehe

    ReplyDelete
  2. Pengalaman menarik ni kan kak SA, dapat belajar dengan chef lagi tu.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak. We know u can do it. Nanti masakkan ana resipi tu plssss.

    Nak terjah aeon lps ni.

    ReplyDelete
  4. kak sa memang dah ada bakat memasak mana tau lepas ne boleh jadi chef selebriti.

    ReplyDelete
  5. Tahniah. dah terbukti kak SA ni handal bab masak. hehehe

    ReplyDelete
  6. bestnya SA. Kolin pun patut join event ni. Tapi dah ada komitmen lain. Kalau tak mesti dapat merasa semua masakan sedap oiiiii

    ReplyDelete
  7. tahniah SA....mesti SA masak sedap kan...comel pakai topi chef tu..hihi

    ReplyDelete
  8. tahniah kak.. ketaq2 tapi menang tauuu hehehhehe

    ReplyDelete
  9. Tahniah SA.. Kak Sue tau SA boleh..

    ReplyDelete
  10. bestnya menang. Sis SA memang handal memasak.

    ReplyDelete
  11. wah...tahniah²...
    lepas ni boleh la masuk pertandingan memasak lagi...

    ReplyDelete
  12. syok masak2 dh mcm ala2 masterchef hehe..tahniah juga menang

    ReplyDelete
  13. Wow! Tahniah.
    Lepas ni kena panggil Chef Suria Amanda la ye..

    ReplyDelete
  14. comelnya kak SA. tahniah ye menang kak SA memang juara. Pandai masak

    ReplyDelete
  15. Baked Mussel Cheese nampak sedap sangat... Tahniah menang pertandingan masak

    ReplyDelete
  16. TAHNIAH SA N HENRY PAKAR MEMASAK

    ReplyDelete
  17. Kalau saya pun cuak, SA..tetiba kena masuk pertandingan memasak walaupun chef dah tunjuk step sebelum tu, sampai depan kuali terus blur...hehe..tahniah menang, SA..Pengalaman tu yg penting...

    ReplyDelete
  18. Tahniah SA. baked mussel tu perghh.. ehh stri fry beef with capsicum tu pebrett akak tau, turun ler JB masak kan akak

    ReplyDelete
  19. Tahniah kak SA menang pertandingan memasak. Best event ni dapat tau tips memasak strak dan banyak lagi

    ReplyDelete
  20. wahh bestnya akak! ilmu dapat, menang pun dapat tahniah!!

    ReplyDelete
  21. Ala..sayang nya tak de gambar masa SA memasak..kalau tidak boleh buat kenangan tu..hahaha..Tahniah SA..orang pandai makan biasanya memang pandai masak..kan??

    ReplyDelete
  22. Tahniah Sis SA . Bertuah selalu ..hehehe ..dah la tengah lapar pastu jengah sini ...tertelan telan air liur..huhuhu

    ReplyDelete
  23. Wah seronoknya. Haruslah menang, pandai masak kan. Sedapnya sirlion tu. Tak pernah makan. Huhu. Tahniah ye Kak memang pertandingan tu

    ReplyDelete
  24. Wah SA dh jadi chef .hehe bestnya dapat pergi event macam ni

    ReplyDelete
  25. Tahniah akak memang layak untuk menang sebab kita selalu tengok resipi akak sangat menggiurkan lepas ni kita nak belajar dengan sifu lah hehehehehe..

    ReplyDelete
  26. Tahniah SA..SA memang terer masak pun kan.. - jmr23.com

    ReplyDelete
  27. Buat masa nie, tak berani nak join mana-mana pertandingan memasak dimana kena beraksi didepan orang lain hahahha

    ReplyDelete
  28. Perghhhh...
    Ni boleh masuk masterchef ni kak...
    Perghhhh...
    Pndai buat steak medium rare..nnt share tips mcm.mana nk buat medium rare ye

    ReplyDelete
  29. Wahhh tahniah SA. Mesti sedap steak tu kan

    ReplyDelete
  30. wow tahniah SA! pakai topi chef tu memang nampak macam professional! hehe

    ReplyDelete
  31. I love the cheese from New Zeland must check out this at AEON!

    ReplyDelete
  32. Tahniah kak Suria, memang pakar bab memasak ni...

    ReplyDelete
  33. Bestnyaaa....menang pulak tu.... kalau dekat ni, dahh ke sana...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah